Ibu kelar leher anak 1 tahun hingga maut kerana halusinasi

Akibat kemurungan dan mengalami halusinasi, seorang ibu kelar leher anak usia 1 tahun hingga maut. Anda tahu bagaimana ingin membantu mangsa kemurungan?

JENGKA, PAHANG — Netizen digemparkan dengan berita seorang ibu kelar leher anak hingga maut gara-gara halusinasi baru-baru ini. Apa yang terjadi sebenarnya?

Bukankah tugas seorang ibu untuk melindungi anaknya? Sebelum membuat hukuman yang terburu-buru, kami mendapatkan pengesahan dan penjelasan dari pihak keluarga mangsa.

Kejadian itu berlaku pada malam 17 Jun 2018 lalu di kediaman mangsa. 

Menurut laporan, kejadian ibu kelar leher anak ini berlaku dalam sekelip mata. Bapa mangsa, Muhammad Rizal Jusoh mengatakan dia tidak menduga isterinya akan bertindak sedemikian.

Semua berlaku secara tiba-tiba ketika keluarga mangsa sedang menonton televisyen. Ketika itu, mangsa yang berusia 1 tahun 9 bulan tersebut sedang tidur.

Selepas isterinya habis mengaji al-Quran, dia membawa anak mereka masuk ke dalam bilik.

Tapi tiba-tiba, bapa mangsa mendengar suara anaknya merengek kelemahan. Apabila dia masuk ke dalam bilik, alangkah terkejutnya si bapa apabila melihat isterinya sedang mengelar leher mangsa!

Muhammad Rizal yang terkejut pantas menolak isterinya dan membawa anak mereka ke Hospital Bandar Pusat Jengka. Namun mangsa disahkan maut sebelum sempat sampai di hospital.

Ibu kelar leher anak – Apa yang terjadi sebenarnya?

ibu kelar leher anak, ibu kelar leher bayi, ibu potong leher anak, ibu potong leher bayi, ibu bunuh anak, ibu bunuh bayi

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten Komisioner Othman Nanyan ketika dihubungi, siasatan masih dilakukan dan punca kejadian masih belum diketahui.

Akan tetapi, ibu kelar leher anak itu dipercayai mengalami gangguan mental namun tidak pernah menerima sebarang rawatan mental di hospital sebelum ini. 

Muhammad Rizal, suaminya juga mendedahkan isterinya itu asyik termenung dan kemurungan sejak awal Mei lalu.

Mereka tidak ke hospital untuk menerima rawatan lebih lanjut. Namun, suaminya pernah membawa isterinya itu berjumpa pakar perubatan Islam kerana bimbang isterinya terkena gangguan makhluk halus.

Siasatan masih dijalankan sehingga kini. Ibu kelar leher anak ini telah ditahan.

Apa yang boleh menyebabkan ibu kelar leher anak?

ibu kelar leher anak, ibu kelar leher bayi, ibu potong leher anak, ibu potong leher bayi, ibu bunuh anak, ibu bunuh bayi

Terdapat banyak sebab yang boleh mendorong seorang ibu atau bapa mengambil keputusan untuk membunuh anak sendiri

Antara salah satu penjelasan yang paling relevan ialah sama ada ibu atau bapa tersebut mengalami gangguan kesihatan mental yang tidak dirawat atau dikendali dengan betul.

Akan tetapi, masalah gangguan kesihatan mental tidak menyebabkan ibu bapa membunuh anak mereka.

Namun, gangguan kesihatan mental yang tidak dirawat mampu memburukkan keadaan dan keupayaan seorang ibu bapa untuk menjaga anak-anak mereka.

Sebab itu adalah penting untuk kita semua masyarakat Malaysia memahami dan membantu mangsa-mangsa yang memiliki gangguan kesihatan mental. 

Apa yang boleh dilakukan untuk membantu?

ibu kelar leher anak, ibu kelar leher bayi, ibu potong leher anak, ibu potong leher bayi, ibu bunuh anak, ibu bunuh bayi

Ada beberapa perkara yang boleh kita lakukan untuk membantu ibu bapa dengan gangguan kesihatan mental seperti kemurungan, depresi dan sebagainya.

Antara perkara tersebut ialah:

  1. Memahami tanda-tanda masalah kesihatan mental. Namun, tidak semua masalah kesihatan ini menunjukkan tanda. Sebab itu anda perlu memahami dan lebih peka tentang isu ini.
  2. Jangan abaikan kesihatan mental anda! Anda perlu menjaga diri sendiri, barulah anda boleh menjaga anak-anak anda.
  3. Jika anda rasa pasangan anda mengalami masalah kesihatan mental, jangan malu atau takut untuk meminta bantuan. Pastikan mereka tahu anda bersama mereka dan anda akan sentiasa menyokong mereka.
  4. Dapatkan bantuan. 
  5. Jangan lepaskan kemarahan pada anak-anak anda. Mereka ini masih kecil dan tidak dapat memahami apa masalah yang anda alami.
  6. Percaya yang anda akan pulih. Masalah kesihatan mental boleh dirawat. Anda harus percaya yang anda boleh melalui kehidupan yang lebih sihat dan normal.

 

 

 

 

 

 

 

 

Artikel disumbang oleh theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

'Murung Dalam Senyum': Ia Lebih Bahaya Dari Apa Anda Sangka

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!