Ibu ini melahirkan anak di Laut Merah! Kisah luar biasa yang menakjubkan! Ketahui kelebihan dan risikonya

Ketahui kelebihan dan risiko apabila ibu membuat keputusan untuk bersalin dalam air.

Ibu melahirkan anak di Laut Merah ini merupakan kisah kelahiran yang sungguh luar biasa! Kala ibu muda yang berasal dari Rusia ini sedang berkeliaran mengambil angin laut di peranginan Dahab, Mesir, beliau akhirnya bersalin dalam air di Laut Merah.

Menurut laporan media tempatan, ibu berkenaan telah mengembara ke bandar peranginan ini untuk melahirkan bayi di perairan Laut Merah. Ketika kejadian, ibu itu ditemani suaminya dan doktor pakar untuk kelahiran dalam air.

Ibu melahirkan anak di Laut Merah, Mesir

Sebelum bersalin, wanita Rusia ini telah berenang dan kemudian berasa sakit untuk bersalin. Suami dan doktor mengikuti pergerakannya sepanjang di dalam laut dan membantu menyambut bayi.

Selepas selamat dilahirkan, uri dimasukkan ke dalam mangkuk. Bayi diangkat dan didukung, manakala tali pusat masih belum dipotong. Menurut doktor tersebut, bersalin dalam air memudahkan ibu melahirkan anak.

ibu melahirkan anak, ibu melahirkan bayi, ibu melahirkan anak pertama, ibu melahirkan dalam air, ibu melahirkan anak dalam kolam

Ibu melahirkan anak dalam air, apa yang anda perlu tahu?

Melahirkan bayi dalam air mempunyai pelbagai manfaat dan risiko juga. Jika ibu melahirkan anak dalam tab mandi, mungkin ia lebih terkawal. Tetapi tidak jika ibu melahirkan anak dalam kawasan air laut kerana risiko bayi untuk lemas dan sebagainya mungkin tinggi!

Water birth atau kelahiran dalam air merupakan teknik bagi membantu ibu melahirkan anak dan mengatasi rasa sakit atau kontraksi. Namun begitu, terdapat juga risiko yang membahayakan.

Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan larangan bagi kaedah melahirkan bayi dalam air bermula April 2016.

Kelebihan ibu melahirkan anak dalam air

ibu melahirkan anak, ibu melahirkan bayi, ibu melahirkan dalam air, ibu melahirkan anak dalam kolam 1. Lebih tenang hadapi kontraksi

Kebanyakan wanita yang pernah mengalami proses kelahiran dalam air mengakui ia amat menenangkan. Ketika kontraksi, ibu rasa lebih ringan, relaks dan terkawal.

Air juga menurunkan kadar hormon yang berkaitan stres, di mana ia dipercayai merembeskan hormon endorfin yang dapat mengurangkan rasa sakit.

2. Kurang penggunaan ubat tahan sakit

Menurut Perunding Ginekologi, Obstetrik dan Pakar Kesuburan Hospital Columbia Asia, Dr. Mohd. Suhaimi Hassan, keperluan ibu untuk mendapatkan ubat tahan sakit akan berkurangan melalui kaedah ini.

Hal ini sebab ibu akan rasa lebih tenang. Secara tidak langsung, ia membantu memberi keselesaan serta meningkatkan tumpuan si ibu kepada keadaan bayi yang akan lahir kelak.

3. Badan lebih relaks dan bebas

Apabila bersalin dalam air, ibu melahirkan anak akan rasa lebih selesa kerana berasa ringan dek apungan air. Malah suami juga boleh berada dalam kolam yang sama untuk memberikan sokongan!

Antara manfaat lain:  

  • Air memainkan peranan penting dalam meningkatkan tenaga ketika bersalin
  • Pelampung membantu mengurangkan berat badan ibu dan membolehkan pergerakan bebas. Ia juga menggalakkan kontraksi rahim yang lebih baik.
  • Ia membantu meningkatkan peredaran darah. Seterusnya menghasilkan oksigen yang lebih baik dari otot-otot rahim, selain mengurangkan kesakitan ibu dan meningkatkan oksigen kepada bayi.
  • Ibu melahirkan anak dalam air juga membantu menurunkan tekanan darah.
  • Mengurangkan koyakan ketika melahirkan.
  • Mengimbangi mental ibu lantas memberikan tumpuan kepada proses kelahiran sahaja.
  • Bayi akan merasakan seperti berada dalam kantung amniotic dan berasa lebih nyaman dan tenang.

ibu melahirkan anak, ibu melahirkan bayi, ibu melahirkan bayi dalam air, ibu melahirkan anak dalam kolam

Risiko apabila ibu melahirkan anak dalam air

Walaupun begitu, tidak semua ibu boleh melahirkan anak dalam air. Terutama bagi mereka yang menghadapi komplikasi semasa hamil seperti darah tinggi, kencing manis, bayi songsang dan saiz bayi yang besar atau terlalu kecil.

Antara risiko lain yang dihadapi ibu melahirkan anak dalam air ialah:

 1. Air kotor dan tidak bersih

Jika ibu melahirkan anak dalam air, kolam air yang disediakan perlu mendapatkan suhu bilik 37 darjah celcius. Tidak sejuk atau panas.

Malah, tab khas pula perlu disterilkan. Walauapapun, air tetap terdedah dengan kotoran dari tubuh ibu dan darah yang keluar semasa bersalin. Sekiranya bayi tertelan air tersebut, ia boleh akibatkan jangkitan.

2. Tali pusat putus

Kes tidak diingini seperti tali pusat terputus boleh juga terjadi secara tidak sengaja ketika bayi dikeluarkan dari dalam air. Keadaan ini boleh membahayakan bayi akibat pendarahan yang banyak.

Secara tak langsung bayi mengalami kekurangan oksigen dan jadi punca bayi lemas.

Selain, mengundang masalah aspirasi mekonium, di mana bayi menghirup mekonium (najis pertama bayi) yang ada pada air ketuban semasa proses bersalin sehingga menyebabkan masalah pada sistem pernafasan bayi.

Ibu melahirkan anak dalam air: Kurang kemahiran pakar dan masih dalam kajian 

Proses ibu melahirkan anak dalam air ini perlu penyediaan rapi bagi memastikan keselamatan ibu dan bayi pada tahap optimum.

Sehingga kini, kajian perubatan yang menyokong kelahiran dalam air masih lagi kurang dan ia memerlukan lebih banyak bukti sebelum diperkenalkan kepada orang ramai.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

 Sumber rujukan: theAsianparent SingaporeFox News, American PregnancyZuriat

Foto: Facebook

Baca juga:

Suami, lakukan benda INI ketika ingin bantu isteri bersalin, ia kurangkan sakit kontraksi!

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!