X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Risiko Penyakit Legionnaire Apabila Bersalin Dalam Air

3 min bacaan
Risiko Penyakit Legionnaire Apabila Bersalin Dalam Air

Para ibu harus sedar risiko yang terlibat jika memutuskan untuk bersalin dalam air. Artikel ini ada mengupas risiko kelahiran dalam air. Mari baca untuk ketahui lebih lanjut.

Menurut satu laporan baru dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit, dua bayi yang dilahirkan melalui kelahiran air pada tahun 2016 telah mengidap penyakit Legionnaire.

Penyakit yang dijangkiti dari kolam kelahiran yang dipanaskan ini adalah sejenis radang paru-paru yang boleh mengancam nyawa.

Selepas seorang bayi di Texas mati akibat Legionnaire pada tahun 2014, kebanyakan organisasi perubatan utama di Amerika telah menghentikan amalan bersalin dalam air.

Walaupun kedua-dua bayi itu dilaporkan selamat, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit kini mempersoalkan langkah-langkah pencegahan jangkitan semasa proses kelahiran dalam air.

Bakteria Legionella

Risiko Penyakit Legionnaire Apabila Bersalin Dalam Air

foto kredit : Legionella pneumophila bacterium. (Wikimedia Commons)

Penyakit Legionnaire disebabkan oleh sejenis bakteria daripada genus Legionella yang menjangkiti paru-paru.

Bakteria Legionella ini berbentuk seperti rod dan lebih kecil daripada bakteria bacillus dengan lebar 0.5-1.0 µm dan panjang 1-3µm. 

Secara teorinya, organisma ini boleh tersebar di dalam air dan orang boleh menjangkitinya dengan menyedut wap air yang mengandungi bacteria Legionella.

Risiko bersalin dalam air

American College of Obstetricians and Gynecologists(ACOG) dan American Academy of Pediatrics telah mengeluarkan kenyataan bersama pada tahun 2016 yang menyatakan:

“Sehingga bukti yang cukup boleh didapati, ACOG tidak mengesyorkan amalan bersalin dalam air akibat risiko berikut:

  • risiko jangkitan ibu dan bayi yang lebih tinggi,
  • kesukaran untuk mengawal suhu badan bayi,
  • risiko kerosakan tali pusat,
  • gangguan pernafasan akibat bayi menghirup air tab dan
  • berpotensi untuk asfiksia serta sawan.”

Penyokong amalan bersalin dalam air

Ada yang masih menyokong amalan bersalin dalam air kerana ia boleh menenangkan ibu-ibu yang mengalami tekanan semasa kontraksi.

Mereka yakin keapungan air boleh menggalakkan pengecutan perut dan peredaran darah yang lebih baik.

Air dalam tab juga boleh melonggarkan perineum dan mengurangkan risiko miss V dari koyak.

Tetapi, pada masa yang sama, tab yang tidak dibersih dengan baik serta keadaan air yang sederhana panas, menjadikan tab itu tempat sesuai untuk bakteria berkembang.

Persekitaran sederhana panas boleh membentuk biofilm lumut yang tebal, yang melindungi mikrob berbahaya daripada pembasmi kuman.

Pengguna tab tidak perlu menyentuh biofilm itu untuk dijangkiti. Legionella boleh masuk ke dalam badan melalui wap air dalam udara!

Penjagaan tab yang betul boleh menghalang pembentukkan bakteria ini.

Tetapi kebanyakan orang tidak mengikuti garis panduan dan cara untuk membersihkan tab dengan betul.

Kolej Jururawat dan Bidan Amerika serta beberapa pertubuhan bidan lain telah mengeluarkan kenyataan rasmi yang mereka menyokong amalan bersalin dalam air.

Keputusan mereka adalah berdasarkan 4,000 laporan kelahiran dalam air yang berjaya di Amerika Syarikat.

Kajian-kajian lain juga menunjukkan amalan bersalin dalam air tidak mendatangkan risiko untuk bayi yang baru dilahirkan.

Kes Penyakit Legionnaire di Malaysia

Walaupun hanya terdapat satu kes yang dilaporkan di Malaysia, dan tidak menyebabkan kematian, penyakit ini akan terus menular. 

Jangkitan yang kurang serius hanya akan menyebabkan mangsa menghidap demam Pontiac, iaitu penyakit dengan gejala menyerupai influenza.

Simptom-simptom penyakit Legionnaire dan demam Pontiac adalah:

  • Batuk
  • Sesak nafas
  • Demam panas
  • Sakit otot
  • Sakit kepala

Ibu bapa harus sedar risiko yang terlibat jika memutuskan untuk bersalin dalam air. Baca dan fahamkan garis panduan mengenainya.

Hanya 2 hospital di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan bersalin dalam air: Hospital Pantai, Bangsar and Hospital Pantai, Penang.

Sumber: Fatherly, Konsumer Kini, Legionella.org

Baca juga:

13 Benda Wajib Ada Dalam Beg Sebelum Anda Ke Hospital Bersalin

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Sebelum & Proses Bersalin
  • /
  • Risiko Penyakit Legionnaire Apabila Bersalin Dalam Air
Kongsikan:
  • Jangan Takut Untuk Bersalin! Cuba Fahami 3 Peringkat Bersalin Ini Terlebih Dahulu

    Jangan Takut Untuk Bersalin! Cuba Fahami 3 Peringkat Bersalin Ini Terlebih Dahulu

  • Hasrat Pesakit Kanser Untuk bertemu Anaknya Termakbul

    Hasrat Pesakit Kanser Untuk bertemu Anaknya Termakbul

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Jangan Takut Untuk Bersalin! Cuba Fahami 3 Peringkat Bersalin Ini Terlebih Dahulu

    Jangan Takut Untuk Bersalin! Cuba Fahami 3 Peringkat Bersalin Ini Terlebih Dahulu

  • Hasrat Pesakit Kanser Untuk bertemu Anaknya Termakbul

    Hasrat Pesakit Kanser Untuk bertemu Anaknya Termakbul

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.