Ibu, Berhenti Rasa Bersalah Jika Tak Puasa! Pengorbanan Susukan Anak Juga Satu Kewajipan

undefined

Penyusuan adalah pengorbanan dari ibu buat anak tercinta. Oleh sebab itu, apabila ibu menyusu tak puasa, anda seharusnya rasa bersalah dengan keadaan itu!

Apabila tibanya bulan Ramadan, ibu menyusu dan wanita hamil sering terpaksa membatalkan hasrat untuk berpuasa demi kesihatan bayi. Atas sebab itu ibu menyusu tidak puasa merasakan berdosa dan bersalah pada Tuhan yang Maha Pencipta. 

Ini kerana bagi mereka, Ramadan adalah bulan keberkatan untuk melakukan ibadah dengan sempurna terutama dengan puasa yang dapat menahan diri dari rasa lapar dan dahaga seterusnya menjadi umat yang taat dengan Rukun Islam ketiga. 

Namun, seorang ibu berkongsi pandangannya supaya ibu menyusu tidak puasa membuang perasaan bersalah itu. 

Perkongsian dari seorang wanita supaya ibu menyusu tidak puasa membuang rasa bersalah 

ibu menyusu tidak puasa, ibu menyusu tak puasa, ibu menyusu tak bleh puasa, ibu menyusu berpuasa, risiko berpuasa ketika menyusu, bahaya menyusu ketika berpuasa, dilemma ibu menyusu, nasihat ibu menyusu, dilemma seorang ibu, dilemma seorang wanita, ibu menyusu, wanita menyusu

Kredit: Mommy Iskandar

Wanita bernama Alia Abdullah menulis di blog peribadinya dan menyeru ibu menyusu agar tidak merasa bersalah jika tidak boleh berpuasa. 

Ini merupakan Ramadan pertama bersama bayiku yang kini berumur 10 bulan. Sebelum ada anak, aku mempunyai banyak target dalam hidup malah tiap kali tiba bulan puasa, aku akan mengerjakan Solat Sunat Tarawih di masjid dan melakukan banyak fardu sunat yang lain. 

Namun kini aku tidak boleh melakukannya. Di minggu pertama bulan puasa, kami diserang selsema teruk. Keadaan Insyirah sangat lemah. Malah dia selalu batuk dan menangis. Matanya juga merah dan aku perlu mendukungnya sepanjang malam supaya dia dapat tidur dengan nyenyak.  Sementara aku pula kelihatan seperti zombie. Tubuh sangat letih dan lemah.  Doktor menasihatkan aku agar terus menyusukan Insyirah supaya dia cepat pulih. Kemudian aku dapati susu badan semakin berkurang maka aku mengambil keputusan untuk tidak berpuasa.  Masa ini aku rasa sangat bersalah kerana aku tidak pernah mengalami Ramadan seperti ini pada tahun sebelumnya.  Kemudian aku bertanya pada diri sendiri, adakah aku telah melakukan yang terbaik? 

Adakah anda merasakan hal yang sama? 

Namun begitu, Allah SWT, Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang tahu kemudahan kita untuk melakukan setiap ibadah. Malah Tuhan tahu dan fahami, meskipun aku tidak dapat melakukan ibadah berpuasa namun menyusukan anak juga dianggap sebagai satu ibadah.  Maka dengan itu aku tidak perlu berasa bimbang kerana Allah SWT lebih tahu segalanya. Tiada sehelai daun yang gugur tanpa pengetahuan Nya. 

Tuhan lebih mengetahui 

ibu menyusu tidak puasa, ibu menyusu tak puasa, ibu menyusu tak bleh puasa, ibu menyusu berpuasa, risiko berpuasa ketika menyusu, bahaya menyusu ketika berpuasa, dilemma ibu menyusu, nasihat ibu menyusu, dilemma seorang ibu, dilemma seorang wanita, ibu menyusu, wanita menyusuAllah juga Maha Tahu setiap titis susu ibu yang diberikan pada anak. Tuhan juga melihat berapa kali anda menggantikan pampers anak. Tuhan juga tahu perjuanganmu ketika menjaga anak yang sedang sakitMalah Allah juga tahu, di saat kau teriak bersendirian sambil mengurus si kecil itu.

Tuhan tahu, bukan engkau tidak bersyukur tapi demi si kecil tersayang anda terpaksa mengorbankan ibadah wajib itu.  Jadi, seharusnya anda tidak merasa bersalah kerana membatalkan puasa demi si kecil tersayang.  Percayalah semua itu sudah dihitung. Maafkan dirimu para ibu dan berhentilah dari merasa bersalah.  Engkau telah melakukan yang terbaik dalam menjalankan tugasmu sebagai ibu. 

*****

Justeru, adakah anda juga merasakan hal yang sama? Kongsikan dengan kami dalam ruangan komen di bawah ini. 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Kredit gambar : Hello Sehat

Sumber: Penulis asal Fitriyani. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemahkan. 

Baca juga 

8 Tanda BAHAYA Jika Ibu Hamil Berpuasa, Sila Utamakan Kandungan & Bayi Anda

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!