Ramai yang tertanya-tanya sama ada bolehkah ibu hamil berpuasa atau adakah ia boleh membahayakan kandungan?
Ini kerana ada dua keadaan yang diharuskan berbuka puasa iaitu keadaan apabila berpuasa boleh membahayakan kesihatan diri dan keduanya mendatangkan bahaya pada kehamilan.
Menurut Dr Imelda Balchin, ibu hamil semasa berada di trimester pertama boleh puasa jika berkemahuan. Namun, jika anda rasa lemah atau loya, mereka haruslah berbuka puasa.
Malah jika berasa sihat tapi ada tanda yang membimbangkan sebaiknya berbuka puasa demi kesihatan diri, kehamilan dan bayi yang disusukan.
Jika ada 8 tanda ini, ibu hamil disarankan untuk tidak berpuasa dan harus berbuka puasa
#1. Bolehkah ibu hamil berpuasa – Morning sickness yang terlalu teruk
Biasanya semasa berada di trimester pertama, kebanyakan wanita akan mengalami morning sickness yang teruk.
Jika berlarutan sehingga tenaga berkurangan, maka ibu disarankan untuk berbuka puasa kerana ia boleh memudaratkan janin dalam kandungan.
#2. Bolehkah ibu hamil berpuasa – Ada masalah kencing manis
Bagi ibu hamil yang ada kencing manis semasa mengandung, anda mesti berunding dengan Pakar Perubatan dan Pegawai Dietetik berkenaan ubat yang sesuai semasa berpuasa.
Namun, jika anda tidak terima rawatan insulin atau ubat metroformin dan hanya On Diet Control, ibu boleh terus berpuasa sekiranya berkemampuan.
#3. Demam
Ibu hamil juga disarankan supaya tidak berpuasa jika demam dan bila mengalami hypoglysemia atau kandungan gula rendah. Sekiranya badan terasa menggigil, berpeluh, pandangan kabur maka anda dinasihatkan untuk berbuka puasa.
Begitu juga jika alami dehidrasi atau simptom berpeluh dingin dan cirit birit anda dibolehkan berbuka puasa.
#4. Masih mengambil ubat
Jika anda masih dalam tempoh pengambilan ubat, sebaiknya anda tidak berpuasa demi keselamatan janin dalam kandungan.
Sekiranya masih ingin berpuasa dan rasa seolah sihat serta cergas adalah sebaiknya dapatkan nasihat doktor.
#5. Susu badan turun mendadak
Meskipun telah mencuba pelbagai cara untuk banyakkan susu semasa berpuasa, tetapi susu badan masih berkurangan secara mendadak? Anda disarankan untuk berbuka puasa demi si kecil tersayang.
Ini kerana, bayi hanya bergantung pada susu badan untuk pemakanan mereka jadi sebaiknya jangan berbuasa jika bekalan susu semakin rendah. Kasihan si kecil nanti lapar.
#6. Ibu menyusu atau tidak tetapi masih dalam berpantang
Sekiranya anda masih menyusu dan dalam tempoh berpantang atau baru lepas habis pantang, adalah lebih baik dapatkan green light dari doktor sekiranya mahu berpuasa.
#7. Bayi kurang bergerak
Ini yang paling membimbangkan jika semasa berpuasa bayi anda seolah kurang bergerak. Sebaiknya anda berbuka puasa dan terus ke hospital untuk membuat penilaian CTG dan ultrasound bagi melihat pembesaran janin.
#8. Berada di hujung kehamilan atau sudah hampir due date
Semasa bersalin ibu memerlukan banyak tenaga jadi sebaiknya anda dinasihatkan untuk tidak berpuasa jika sudah hampiri due date. Dalam masa yang sama persiapkan diri dari segi fizikal dan mental dalam menghadapi detik melahirkan.
Membayar Fidyah bagi wanita yang tinggalkan puasa
Ramai yang masih keliru sama ada jika puasa ditinggalkan wanita hamil tersebut wajib ganti puasa, membayar Fidyah atau kedua-duanya.
Namun merujuk kepada Irsyad Al-Fatwa ke 31 tentang hukum wanita tinggalkan puasa dijelaskan oleh Mufti Wilayah Persekutuan seperti berikut:
- Jika hanya bimbangkan diri sendiri, wanita tersebut boleh berbuka dan Qadha puasanya.
- Jika kasihankan kandungan dan anak yang disusukan maka wanita tersebut boleh berbuka dan membayar Fidyah.
Kesimpulannya, apa saja keputusan yang anda buat itu haruslah memikirkan juga keselamatan bayi dalam kandungan atau anak yang disusukan.
Jangan berasa sedih kerana tidak dapat berpuasa kerana anda masih boleh mengganti semula puasa tersebut selepas habisnya bulan Ramadhan. Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Kredit gambar: Nakita ID
Sumber: Sirap Limau, Dr Imelda Balchin
Baca juga:
https://my.theasianparent.comresepi-kekal-bertenaga-ketika-puasa/
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!