5 'Lenggok' Beritahu Suami Cara Buat Anda KLIMAKS, No #4 Paling Ramai Buat Silap

undefined

Hubungan seks suami isteri ibarat seni. Indahnya seks ini adalah, ia tidak perlu 'sempurna' tetapi cukup sekadar beri kepuasan kepada kedua-dua pihak.

Hubungan seks suami isteri ibarat seni. Indahnya seks ini adalah, ia tidak perlu ‘sempurna’ tetapi cukup sekadar beri kepuasan kepada kedua-dua pihak.

Seperti melukis di atas kanvas, pada mata kasar nampak mudah saja seperti conteng-conteng, tetapi sebenarnya ada asas yang perlu diikuti, ada simetri yang perlu dipatuhi bagi menjanjikan kepuasan bersama. 

Sama juga dalam hubungan seks, tiada istilah ‘seks yang baik’ atau ‘seks yang tidak baik’, selagi mencapai matlamat yang memberi kepuasan berganda kepada kedua-dua pihak ia sudah dianggap sebagai berjaya.

Kita selalu berkomunikasi dan bertindak balas kepada isyarat secara lisan atau bukan lisan pasangan ketika melakukan hubungan seks tetapi sebenarnya kunci kepada kepuasan berganda dalam hubungan seks adalah komunikasi secara lisan. 

Buat suami, jika kena caranya, hari-hari isteri mahu tau!

Indahnya seks jika masing-masing faham kehendak

indahnya seks

Beritahu pasangan apa yang anda mahu. Komunikasi dan perbualan yang sangat membantu dalam menjamin hubungan seks yang berjaya adalah beritahu pasangan bagaimana cara membuat anda klimaks.

Mungkin ada yang menganggap memberitahu apa yang anda mahu ketika melakukan seks adalah seperti ‘terhegeh-hegeh’ atau nampak terlalu terdesak, selain menimbulkan marah atau menyinggung perasaan pasangan. 

Perlu diingat mencapai klimaks tidak boleh dilihat sebagai tujuan akhir hubungan seks,. Tetapi memandangkan terdapatnya jurang besar antara tempoh klimaks lelaki dan wanita, perkara ini perlu dibincangkan dengan lebih dalam lagi. 

Suami perlu tahu apa yang buat anda klimaks supaya senang dia menjalankan ‘tugasnya’ menerokai anda. Hanya anda yang tahu cara terbaik yang boleh merangsang anda hingga buat suami gila bayang!

5 ‘lenggok’ beritahu suami apa yang buat anda klimaks

indahnya seks

 

Dalam hubungan seks, semua perkara perlu diambil kira bagi menjaga hati pasangan. Ia termasuk cara beritahu pasangan apa yang anda selesa atau tidak selesa ketika melakukan hubungan seks.

Seks ini berkait dengan hati dan perasaan, jika salah cara cakap, jika salah lenggok bahasa yang dipilih, boleh buat mood berasmara turn off tau! Jadi siapa yang rugi?

Untuk pastikan anda tak tersalah pilih perkataan yang bakal menyinggung perasaan pasangan, boleh rujuk tips di bawah ini.

#1. Beritahu mereka apa yang anda suka

Berterus terang dengan mereka apa yang anda suka. Jangan malu mengenainya kerana anda sedang mengajar mereka apa yang anda suka.

Jika tidak diberitahu, bagaimana mungkin mereka tahu apa yang anda suka dan tidak suka. Jangan berselindung atau malu, berterus teranglah bagi menjayakan hubungan seks anda berdua!

#2. Sentiasa berkomunikasi dan bersabar

indahnya seks

Sabar dan komunikasi adalah sangat penting dalam hubungan seks. Mereka mungkin tidak faham untuk beberapa ketika, tetapi lama kelamaan mereka akan faham.

Apa yang penting, ingatkan mereka apa yang and suka atau tidak.

#3. Berterus-terang

“Saya boleh klimaks dengan cara ini”, beritahu dia secara direct dalam ayat yang mudah difahami. Ia bukanlah subjek yang sensitif yang anda perlu malu sangat untuk berbicara mengenainya.

Cuma jika boleh gunakan ayat, “cara ini sangat sesuai dengan saya” berbanding “awak salah’.

#4. ‘Bawa’ terus tangan dia ke mana-mana yang anda suka

Selain gunakan body language, apa kata bawa dan ‘pimpin’ terus tangannya ke bahagian yang anda suka. Jika anda mudah terangsang jika dia meramas payudara anda, bawa tangannya ke tempat sepatutnya supaya dia boleh ‘menerokai’ badan anda dengan tepat.

Jangan biarkan dia tersasar arah kerana hanya anda yang tahu titik sentuhan untuk membuatkan anda klimaks!

Ada lelaki yang memang blur, berkali-kali buat isyarat pun tak faham-faham juga! Jadi lebih senang anda ‘pimpin’ tangan mereka. Jangan diam saja ya. 

#5. Gunakan ‘lenggok’ yang betul

Komunikasi adalah kunci utama kepada kepuasan berganda dalam hubungan seks. Pasangan anda tidak akan tahu hanya dengan anda menggengam tangannya atau mencengkam badannya dengan kuat.

Jika tidak suka cara dia, anda boleh beritahu dengan cara “sayang, mungkin kita boleh cuba begini” atau “cuba kita buat begini.

Indahnya seks ini, ia tiada protokol yang perlu diikut, tiada yang wajib ‘sempurna’ tetapi cukup sekadar memberi kepuasan kepada kedua-dua pihak.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: cosmopolitan

Baca juga:

https://my.theasianparent.commenjilat-kemaluan

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!