TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Klitoris Atau Biji Kelentit Wanita: Ketahui Fakta Menarik Tentang Klitoris Wanita

6 min bacaan
Klitoris Atau Biji Kelentit Wanita: Ketahui Fakta Menarik Tentang Klitoris Wanita

Klitoris atau kelentit wanita adalah organ sensitif yang memainkan peranan penting dalam hubungan seksual suami isteri.

Bagaimana lelaki boleh merangsang klitoris atau kelentit wanita kurang dibincangkan kerana menganggap ia adalah perkara yang sensitif. Malah, perkataan ini jarang disebut secara terbuka berbanding dengan organ seksual yang lain seperti payudara, punggung atau vagina wanita.

Isi Kandungan

  • Apa Itu Klitoris Wanita?
  • Apa Fungsi Dari Klitoris?
  • Fakta Menarik Tentang Klitoris Wanita
  • Masalah Kelentit Wanita
  • Cara Penjagaan Klitoris

Apa Itu Klitoris Wanita?

Ia adalah salah satu bahagian luar daripada organ reproduksi wanita atau alat kelamin, yang dikenali sebagai vulva.

Ia terletak di bahagian atas vulva, tepat di atas uretra dan lubang vagina. Di sebelah kanan dan kirinya terdapat dua lipatan kulit yang dikenali sebagai labia minora (bibir vagina bahagian dalam).

Secara luaran, ia kelihatan seperti bola kecil berwarna merah jambu dan sering digambarkan seperti butang.

Namun, sebenarnya, ia mempunyai bahagian yang lebih luas yang meluas ke dalam tubuh, membentuk struktur seperti wishbone atau huruf V terbalik. 

Kelentit ini adalah bahagian tubuh wanita yang paling sensitif dan sering dikenali sebagai pusat kesenangan. Apabila terangsang, ia biasanya akan membengkak, malah ia boleh membesar sehingga dua kali saiz asal.

Secara umumnya, saiznya dipengaruhi oleh faktor genetik dan hormon wanita. Terdapat wanita yang memiliki saiz kelentit yang besar dengan kelenjarnya atau bijinya lebih menonjol dan memanjang ke luar.

Hormon testosteron yang tinggi turut menyebabkan saiznya menjadi besar. Bukan itu sahaja, ada juga wanita yang mempunyai kelentit bersaiz kecil dan bijinya tidak kelihatan langsung.

Apa Fungsi Dari Klitoris?

Pada dasarnya ia hanya memiliki satu fungsi dan tujuan, iaitu untuk anda merasakan kenikmatan seksual.

Walaupun berada pada sistem reproduksi wanita, bahagiian vulva ini tidak seperti zakar dan vagina yang memiliki peranan utama dalam proses reproduksi.

Ia hanya untuk membuat anda merasa lebih nikmat dalam melakukan hubungan seks. Dibandingkan dengan bahagian vulva yang lain, kelentit memang merupakan bahagian yang paling sensitif terhadap rangsangan seksual.

Ia mampu menghasilkan respons seksual yang paling nikmar dan menyenangkan di badan anda.

Disebabkan itulah merangsangnya boleh menjadi salah satu cara untuk meningkatkan kenikmatan berhubungan intim.

Malah, bukan sekadar terangsang secara seksual, rangsangan di situ juga boleh membuat wanita orgasme atau merasa puncak kenikmatan seksual.

Fakta Menarik Tentang Klitoris Wanita

Berikut adalah fakta menarik mengenai klitoris yang anda perlu tahu:

1.Terdiri Daripada Banyak Bahagian

Ia bukan sekadar butang kecil, tetapi ia terdiri daripada pelbagai jaringan dan saraf yang terletak di bahagian dalam dan luarnya, membentuk struktur seperti huruf V terbalik.

Berikut adalah bahagian atau anatomi luar klitoris wanita:

  • Kelenjar (glans) – Ini adalah bahagian yang kelihatan di luar yang tampak seperti butang, terletak di atas uretra.
  • Tudung – Kedua labia minora bertemu di bahagian atas vulva dan membentuk tudung yang menutupi kelenjar klitoris.

Berikut adalah bahagian atau anatomi dalam klitoris wanita:

  • Tubuh (korpus) – Terletak di belakang kelenjar, atau boleh dianggap sebagai bahagian teratas daripada struktur seperti wishbone.
  • Crura – Dua kaki yang memanjang dari bahagian korpus. Kedua kaki ini membentuk huruf V terbalik yang mengelilingi saluran vagina dan uretra.
  • Umbi vestibular – Bahagian ini terletak di antara krura dan dinding vagina.
  • Akar – Ini adalah akar bagi seluruh saraf yang terdapat dalam jaringan klitoris.

2.Lebih Besar Dari Yang Nampak

Klitoris mungkin kelihatan kecil seperti butang di luar, tetapi sebenarnya ia lebih besar daripada yang kita sangka!

Jika kita ukur keseluruhan klitoris, ia panjangnya sekitar 9-11 cm dan lebarnya 6.35 cm! Bahagian yang kita biasa nampak, iaitu kelenjar (glans), hanya berukuran sekitar 2-2.5 cm.

Jadi, klitoris ini lebih besar daripada yang kita jangkakan!

3.Boleh Ereksi, Macam Zakar!

Tahukah anda, klitoris juga boleh ereksi seperti zakar? Ia mengandungi jaringan sensitif yang dipenuhi darah apabila terangsang.

Apabila terangsang, ia akan membengkak sedikit, walaupun tidak terlalu ketara.

Ini sebabnya klitoris adalah pusat kesenangan bagi wanita, dengan lebih daripada 8,000 saraf yang memberikan sensasi kuat.

4.Rangsangan Berlebihan Boleh Membuatnya Sakit

Walaupun klitoris sangat sensitif, terlalu banyak rangsangan boleh membuatkan ia rasa sakit. Bahagian kelenjar pada klitoris penuh dengan ujung saraf, dan jika terlalu banyak tekanan diberikan, ia boleh menyebabkan ketidakselesaan.

Pembengkakan yang berlaku juga boleh menambah tekanan pada dinding vagina, menyebabkan rasa tidak selesa walaupun kadang-kadang ia masih menyenangkan.

5.Sakit Boleh Disebabkan Banyak Faktor

Selain rangsangan berlebihan, klitoris juga boleh terasa sakit akibat beberapa keadaan perubatan lain.

Contohnya, kecederaan, jangkitan, atau penyakit tertentu seperti lichen sclerosus dan kanser vulva.

Selain itu, klitoris juga boleh terasa gatal disebabkan oleh alergi terhadap produk kewanitaan atau bahan kimia dalam kondom.

Stories Rakan Kongsi
What Is PHP and Why My Child Should Take It?
Parenting
What Is PHP and Why My Child Should Take It?
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Understand the Impact of Chickenpox From a Doctor's Diary
Understand the Impact of Chickenpox From a Doctor's Diary
Pencegahan 101: Panduan Ringkas Dalam Melindungi Bayi Anda Terhadap Rotavirus
Pencegahan 101: Panduan Ringkas Dalam Melindungi Bayi Anda Terhadap Rotavirus

6.Klitoris Boleh Mengecil Seiring Usia

Bagi wanita yang lebih berusia, ada yang berfikir klitoris akan hilang begitu saja. Sebenarnya, ia tidak hilang, tetapi boleh mengecil sedikit apabila wanita mencapai menopaus.

Ini berlaku kerana penurunan hormon estrogen dan progesteron. Jangan risau, ini adalah perubahan semula jadi seiring dengan proses penuaan, dan dikenali sebagai atrofi urogenital.

Masalah Kelentit Wanita

Pelbagai masalah boleh berlaku pada kelentit wanita yang boleh menimbulkan ketidakselesaan. Antaranya termasuklah:

1.Kesakitan Pada Kelentit

Kesakitan boleh berlaku akibat rangsangan berlebihan, infeksi seperti vaginitis atau herpes genital, atau penyakit kulit seperti lichen sclerosus.

2.Kelentit Bengkak

Pembengkakan normal berlaku semasa rangsangan seksual, tetapi jika berlarutan atau disertai simptom lain seperti kemerahan atau gatal, ia mungkin disebabkan oleh jangkitan.

3.Gatal atau Tidak Selesa

Gatal boleh disebabkan oleh alergi terhadap produk kebersihan wanita atau jangkitan kulat (candida) atau bakteria.

4.Kelentit Mengecil

Setelah menopaus, penurunan hormon menyebabkan atrofi urogenital, yang boleh mengecilkan kelentit dan mengurangkan kepekaannya.

5.Kelentit Terlalu Sensitif

Beberapa kondisi perubatan seperti vulvodynia atau fibromyalgia boleh meningkatkan sensitiviti kelentit, menyebabkan ketidakselesaan.

Cara Penjagaan Klitoris

Untuk menjaga klitoris, pastikan kebersihan kawasan intim dengan membersihkan menggunakan air suam atau sabun lembut yang tidak mengandungi bahan kimia keras. Anda juga boleh untuk tidak menggunakan sabun.

Pastikan anda pilih pakaian dalam yang selesa dan diperbuat daripada bahan kapas untuk mengelakkan kelembapan berlebihan.

Semasa hubungan intim, gunakan pelincir semula jadi untuk mengelakkan geseran yang boleh menyebabkan iritasi.

Elakkan produk pembersih yang mengandungi pewangi atau bahan kimia yang berbahaya kepada kawasan sensitif ini.

Selain itu, pastikan untuk memeriksa kesihatan organ intim secara berkala dan segera berjumpa doktor jika terdapat ketidakselesaan atau masalah seperti pembengkakan, gatal, atau rasa sakit.

Amalkan gaya hidup sihat dengan pemakanan seimbang dan cukup hidrasi untuk menyokong kesihatan kulit dan hormon.

Berhati-hati dengan rangsangan berlebihan, kerana klitoris sangat sensitif dan terlalu banyak rangsangan boleh menyebabkan ketidakselesaan.

cleveland clinic

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Isteri HANYA MAHU rangsangan ini dari pasangan untuk lebih puas – Kajian

Baca juga: Kembalikan Kehangatan Hubungan Suami Isteri Dengan Petua 15 Minit Ini!

Baca juga: Berapa Kerap Melakukan Hubungan Seks Dianggap Sihat?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Suami & Isteri
  • /
  • Klitoris Atau Biji Kelentit Wanita: Ketahui Fakta Menarik Tentang Klitoris Wanita
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

  • Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

    Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

  • Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

    Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham