Banyak Wad Kanak-Kanak Di Hospital Penuh, Doktor Minta Ibu Awasi Simptom ILI Pada Anak

undefined

Influenza Like Illness (ILI) boleh menyerang anak-anak dengan mudah. Ibu ayah sila waspada sekiranya si manja mengalami beberapa simptom ini

Selepas raya Aidiladha, ramai yang mengalami gejala demam, selesema dan batuk. Menurut perkongsian doktor, ibu ayah perlu berwaspada dengan simptom Influenza like illness (ILI) yang kini menyerang golongan kanak-kanak.

Lebih membimbangkan lagi, sejak dua bulan kebelakangan ini kebanyakan wad kanak-kanak di hospital kerajaan dan swasta telah penuh dengan pesakit.

Influenza like illness (ILI) datang beberapa beberapa penyakit yang lain

influenza like illness

Seorang doktor menerusi Twitter @ctsarahaishah telah berkongsi satu rantaian tweets di mana dia menjelaskan  tentang penyakit influenza like illness ini dengan lebih terperinci.

Beliau memberitahu bahawa penyakit ini selalunya datang dengan penyakit akut pernafasan seperti pneumonia, bronchiolitis, viral induced wheeze, asthma attack ataupun demam sakit tekak dengan kekeringan (dehydrated).

Selain itu, kebanyakan kanak-kanak akan mendapat penyakit pernafasan akut disebabkan oleh virus influenza ataupun RSV.

Bagi mengekang masalah ini, ibu ayah disarankan mengambil vaksin influenza untuk diri sendiri dan anak-anak dengan bayaran tertentu, jelas doktor tersebut.

Apakah itu influenza?

Influenza merupakan penyakit disebabkan oleh virus influenza menjangkiti saluran pernafasan.

Ia boleh menyebabkan gejala jangkitan yang ringan mahupun serius. Dalam keadaan tertentu, berisiko mengancam nyawa individu yang dijangkiti.

Kebiasaannya, gejala akan bermula satu atau dua hari selepas dijangkiti dengan menunjukkan beberapa simptom seperti:

  • Demam
  • Selesema
  • Sakit tekak
  • Batuk
  • Sakit kepala
  • Sakit badan
  • Sukar bernafas
  • Cirit birit
  • Sakit perut (khususnya di kalangan kanak-kanak)

Bagaimana pula cara penularan Influenza Like Illness (ILI) ini?

influenza like illness

Menurut doktor berkenaan, ia akan merebak melalui titisan salur pernafasan (respiratory droplets) apabila bercakap, batuk atau bersin. Titisan ini boleh mencemari permukaan dan menyebabkan jangkitan kepada sesiapa yang memegang permukaan. Sebab itulah kena ada etika bersin.

Siapakah golongan yang berisiko tinggi untuk dijangkiti?

  • Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah
  • Wanita hamil
  • Warga emas 65 tahun dan ke atas
  • Individu dengan penyakit kronik (kencing manis, darah tinggi, asma, dan lain-lain)
  • Individu obesiti
  • Individu yang mempunyai daya ketahanan badan yang rendah (kanser, HIV)

Apakah rawatan khusus bagi Influenza Like Illness (ILI)?

Rawatan ini boleh dilakukan dengan menggunakan ubat anti-viral; iaitu tertakluk kepada hasil pemeriksaan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan yang merawat. Rawatan segera adalah amat penting bagi mengelakkan komplikasi penyakit.

Manakala, cara untuk mencegah adalah dengan memberikan suntikan imunisasi untuk diri dan anak-anak.

influenza like illness

Kanak-kanak di bawah umur 9 tahun yang mendapat vaksin selesema buat kali pertama, akan mendapat 2 dos sekurang-kurangnya 1 bulan. Kanak-kanak yang berumur lebih daripada 9 tahun hanya memerlukan 1 dos vaksin untuk kali pertama. Selepas itu, satu jab setiap tahun.

Semoga artikel ini bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Air Lemon Madu+Saffron Sebagai Ikhtiar Influenza, Musim Ramai Demam & Tidak Sihat

Baca juga: Lepas HFMD, Doktor Minta Ibu Waspada Musim Demam Influenza, Ramai Anak Jatuh Sakit!

Baca juga: Tanda Influenza & Selsema Lebih Kurang Sama, Ramai Ibu Bapa Keliru! Seorang Ibu Kongsi Pengalamannya…

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!