Sakit kepala biasanya datang menyerang dengan dua cara samaada secara ringan atau lebih berat. Bila kesakitan ini menyerang pasti nak buat kerja pun tak mampu. Selain telan panadol, doa sakit kepala juga boleh diamalkan sebagai ikhtiar.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Doa sakit kepala yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W
- Cara lain untuk menghilangkan rasa sakit kepala
Sakit kepala ada pelbagai jenis seperti migrain, kepala terasa tegang atau sakit kepala cluster. Kesemua jenis sakit kepala ini datang dengan cara berbeza namun kesannya hampir sama. Ia menyakitkan dan boleh menganggu tugas seharian anda.
Doa sakit kepala yang dianjurkan Rasulullah S.A.W
Rasulullah SAW juga mengajarkan doa sakit kepala untuk dibaca ketika meminta pertolongan daripada Allah SWT.
#1. Telah diriwayatkan dalam hadis Imam Tirmizi dari Ibnu Abbas
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعَلِّمُنَا مِنَ الأَوْجَاعِ كُلِّهَا ، وَمَنَ الْحُمَّى هَذَا الدُّعَاءَ : بِسْمِ اللَّهِ الْكَبِيرِ ، أَعُوذُ بِاللَّهِ الْعَظِيمِ مِنْ شَرِّ كُلِّ عِرْقٍ نَعَّارٍ، وَمِنْ شَرِّ حَرِّ النَّارِ
Bismillahil kabiril ‘adzim wa a’uzubillahil ‘adzimi min syarri ‘irqin na’arin wa min syarri harrin nar.
Riwayat yang dikutip oleh Imam An-Nawawi ini ada dalam Kitab Ibnu Sunni di mana ia datang dari sahabat Ibnu Abbas RA.
روينا في كتاب ابن السني عن ابن عباس رضي الله عنهما، أن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان يعلمهم من الأوجاع كلها، ومن الحمى أن
يقول بسم الله الكبير، نعوذ بالله العظيم من شر عرق نعار ومن شر حر النار
Maksudnya:
Diriwayatkan kepada kami di Kitab Ibnu Sunni dari Ibnu Abbas RA bahwa Rasulullah mengajari mereka terkait (penyembuhan) segala penyakit, dari demam dengan membaca ‘Bismillahil kabiri, a’udzu billahil ‘azhimi min syarri kulli ‘irqin na’arin wa min syarri harrin nari.
#2. An-Nawawi anjurkan agar mereka yang sakit kepala membaca 4 surah ini
Selepas membaca 4 surah ini lalu ditiupkan pada tapak tangan dan diusap ke seluruh badan.
وينبغي أن يقرأ على نفسه الفاتحة، وقل هو الله أحد، والمعوذتين وينفث في يديه كما سبق بيانه وأن يدعو بدعاء الكرب الذي قدمناه
Maksudnya:
Seseorang yang sedang sakit juga seyogianya membaca surah al-Fatihah, al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas untuk dirinya serta meniup kedua tangannya sebagaimana penjelasan telah lalu dan membaca doa kurab (kesulitan) sebagaimana kami telah sebutkan.
#3. Doa sakit kepala vertigo
بسم الله الرحمن الرحيم بِاسْمِ اللهِ اْلكَبِيْرِ وَاَعُوْذُ بِاللهِ اْلعَظِيْمِ مِنْ كُلِّ شَرِّ عِرْقٍ نَعَّارٍ وَمِنْ شَرِّ حَرِّ النَّارِ
Bismillaahii kabiiri na’uudzubillahii ‘azhiimi min syarri ‘irqin na’aarin wa min syarrin naar
Maksudnya:
Dengan nama Allah Yang Maha Besar, aku berlindung kepada Allah Yang Maha Agung dari sakitnya darah yang mengalir (luka) dan dari buruknya panas api. (HR Ibnu Sunni)
Cara lain untuk menghilangkan rasa sakit kepala
Selain doa, kaedah berikut juga boleh diamalkan untuk mengurangkan kesakitan kepala yang dirasai.
#1. Tenangkan diri
Anda perlu bertenang ketika rasa sakit kepala datang menyerang. Anda boleh belajar cara untuk tenangkan diri melalui regangan badan, meditasi atau yoga.
#2. Kurangkan tekanan kulit kepala
Pastikan kepala anda bebas dari sebarang beban. Ikatan rambut yang ketat akan buatkan kepala anda sakit. Malah tudung, topi, atau pemakaian goggle juga boleh menjadi faktor kepala anda berdenyut sakit.
Apabila sakit kepala menyerang tanggalkan dahulu bahan yang memberikan tekanan pada kepala anda.
#3. Kafein
Pengambilan kafein boleh mengurangkan sakit kepala. Kafein ini biasanya ada dalam minuman seperti kopi, teh dan lain-lain lagi. Pastikan juga kafein diambil dalam kuantiti yang sedikit.
#4. Lampu malap
Malapkan sumber cahaya terang yang datang dari skrin telefon mahupun skrin komputer. Cahaya terlalu terang atau berkelip boleh menyebabkan sakit kepala dan migrain. Elakkan juga diri anda dari terdedah kepada cahaya saat kepala mula sakit.
#5. Halia
Halia dapat mengurangkan rasa sakit kepala di mana ia dibuktikan dalam kajian. Halia boleh dianggap sebagai sumber tambahan pada ubatan klinikal.
Cara menggunakan halia ialah anda meletakkan halia ke dalam minuman teh anda. Atau dapatkan sahaja supplemen yang mengandungi halia.
#6. Elakkan mengunyah
Kurangkan pengambilan gula-gula getah. Hasil kunyahan gula-gula getah boleh membuatkan anda sakit kepala, bukan sahaja kepala anda sakit kemungkinan juga rahang anda turut lenguh.
#7. Pad pemanas
Anda boleh gunakan pad pemanas jika kesakitan kepala anda disebabkan tekanan. Letakkan pad pemanas pada leher atau bahagian belakang kepala.
Bagi kesakitan akibat sinus, gunakan kain suam. Tekapkan kain suam pada bahagian kepala. Selain itu, mandi bersama air panas juga dikatakan mampu melegakannya.
#8. Pek ais
Jika anda mengalami sakit kepala akibat migrain anda boleh letakkan pek sejuk di dahi.
Tiada pek ais tidak akan menjadi masalah. Dapatkan ketulan ais lalu dibalut dengan tuala atau dapatkan sebungkus kacang pea beku. Tekapkan ia pada dahi selama 15 minit dan 15 minit kemudian adalah masa untuk anda berehat.
Mandian air sejuk juga akan mengurangkan rasa sakit.
#9. Urutan
Anda boleh mengurut leher secara perlahan. Urutan ini akan redakan ketegangan yang muncul akibat tekanan.Pilih cara yang terbaik untuk anda. Amalkan untuk kesihatan diri anda sendiri. Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Amalkan Doa Ini Elak Penyakit Kemurungan Yang Sering Ganggu Kehidupan Kini
Baca juga: 3 Doa Pelindung Diri Dari Wabak, Basahkan Lidah Dengan Zikir Ini Tiap Kali Keluar Rumah
Baca juga: Doa mustajab untuk cepat hamil, dikongsi oleh Adam Corrie dan isteri Saharul Ridzwan
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!