Di sebalik kejayaan seorang suami, sebenarnya, berdiri teguh isteri solehah di belakangnya...

undefined

Sebenarnya, memang betul, di sebalik kejayaan seorang suami, ada isteri solehah yang berdiri teguh di belakangnya. Ini 5 bukti mengapa isteri itu sebenarnya "magnet rezeki".

Baru-baru ini, kecoh laman sosial apabila pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin membawa isterinya, Noor Suzana sebagai “umbrella girl” di litar perlumbaan MotoGP Buriram, Thailand. 

Mana tidaknya, isteri Hafizh Syahrin itu sungguh manis bertudung, tidak sama seperti kehadiran umbrella girl lain yang sering kita lihat. Maka, tindakan Hafizh Syahrin ini mengundang buah mulut netizen.

Ramai yang memuji tindakannya itu, malah melabelkan mereka berdua sebagai sweet couple.

isteri magnet rezeki, rezeki suami, punca rezeki sempit, doa agar suami murah rezeki, penghalang rezeki dalam islam, rezeki istri menurut islam, rezeki suami istri dalam islam, jaga hati isteri, rezeki suami menurut islam, rezeki suami ada pada isteri, rezeki suami terletak pada isteri, isteri punca rezeki suami, isteri rezeki suami

Tidak kurang juga yang mendoakan kebahagiaan kedua-dua pasangan, malah menjelaskan isteri itu magnet rezeki. Sebab itulah rezeki Hafizh Syahrin, pelumba negara ini semakin berlimpah-limpah!

Isteri magnet rezeki: Di sebalik kejayaan seorang suami, ada isteri sentiasa di belakangnya

Kita sering mendengar perumpaan yang mengatakan – “di sebalik kejayaan seorang suami, pasti ada seorang wanita (isteri) yang sentiasa di belakangnya

Berapa ramai yang mempercayai kata-kata ini? Bagaimana pula dengan pemahaman “isteri magnet rezeki” dalam Islam itu sendiri?

Sebenarnya, Islam sendiri amat mengangkat darjat seorang isteri, lebih-lebih lagi isteri yang solehah, bersabar dan menjaga rumah tangganya dengan harmoni. 

Rasulullah SAW pernah bersabda – “Lihatlah di mana dirimu pada suamimu. Sesungguhnya, ia adalah syurga atau nerakamu.” (Thabrani) Allah SWT juga berfirman dari surah al-Baqarah ayat 187 yang berbunyi – “Mereka itu (para isteri) adalah pakaian bagimu, dan kamu (para suami) itu adalah pakaian bagi mereka.

Malah, Syeikh Ibrahim Ali sendiri pernah mengatakan, ketenangan seorang suami itu adalah isterinya. Begitu juga sebaliknya. Di antara kedua-dua insan itu, terbitlah rasa kasih dan sayang.

Ia satu nikmat yang hanya dirasai oleh manusia. 

Isteri magnet rezeki: 5 sebab kenapa isteri itu pembawa rezeki kepada suami

Tapi dalam hati ini, pasti kita pernah tertanya-tanya, kenapa istilah isteri magnet rezeki itu boleh wujud? 

Jangan gusar, hari ini, kami di theAsianparent Malaysia akan menjelaskan mengapa isteri magnet rezeki dan pembawa rezeki kepada suaminya. 

#1 Setiap pagi, isteri tidak pernah lupa mendoakan suaminya dan menyediakan keperluan suami

isteri magnet rezeki, rezeki suami, punca rezeki sempit, doa agar suami murah rezeki, penghalang rezeki dalam islam, rezeki istri menurut islam, rezeki suami istri dalam islam, jaga hati isteri, rezeki suami menurut islam, rezeki suami ada pada isteri, rezeki suami terletak pada isteri, isteri punca rezeki suami, isteri rezeki suami

Di dalam harinya, seorang isteri akan sentiasa mendoakan suaminya agar mereka dimudahkan segala urusan.

Tidak cukup dengan itu, seorang isteri juga akan bangun awal (lebih awal dari semua orang!) untuk menyediakan segala keperluan suami sebelum mereka ke tempat kerja.

Nampak macam remeh, tapi pernah tak anda terfikir, ketika anda sibuk menyiapkan diri untuk ke tempat kerja, isteri ini telah menyiapkan segala-galanya untuk anda tenang memulakan hari anda.

#2 Isteri kerah tenaga untuk didik dan jaga anak, ini supaya suami tenang di tempat kerja

isteri magnet rezeki, rezeki suami, punca rezeki sempit, doa agar suami murah rezeki, penghalang rezeki dalam islam, rezeki istri menurut islam, rezeki suami istri dalam islam, jaga hati isteri, rezeki suami menurut islam, rezeki suami ada pada isteri, rezeki suami terletak pada isteri, isteri punca rezeki suami, isteri rezeki suami

Kredit gambar: Ome-School-Coach.com

Seorang isteri memang sinonim dengan tugas mendidik dan menjaga anak. Semua tugas dari hal makan pakaian anak, semuanya diuruskan si isteri.

Sebab itu isteri ini magnet rezeki. Ketika suami berhempas pulas bekerja, isteri akan menjaga anak-anak di rumah tanpa rungutan. Maka tenanglah suami di pejabat.

#3 Isteri magnet rezeki kerana mereka berusaha jadi akauntan rumah tangga yang terbaik

isteri magnet rezeki, rezeki suami, punca rezeki sempit, doa agar suami murah rezeki, penghalang rezeki dalam islam, rezeki istri menurut islam, rezeki suami istri dalam islam, jaga hati isteri, rezeki suami menurut islam, rezeki suami ada pada isteri, rezeki suami terletak pada isteri, isteri punca rezeki suami, isteri rezeki suami

Seorang isteri yang solehah takkan pernah mengeluh walau berapa banyak gaji yang anda dapat atau anda beri pada mereka.

Mereka akan berusaha sehabis baik untuk membuatkan duit itu cukup! Segala urusan kewangan akan dikawal oleh isteri dengan bijak.

Mana ada isteri yang akan boros jika mereka tahu suami mereka tak berkemampuan? Sebab itulah rezeki suami pun akan makin banyak. Hal ini kerana isteri bijak menguruskan kewangan keluarga.

#4 Seorang isteri akan menyokong suaminya dalam apa keadaan sekalipun

isteri magnet rezeki, rezeki suami, punca rezeki sempit, doa agar suami murah rezeki, penghalang rezeki dalam islam, rezeki istri menurut islam, rezeki suami istri dalam islam, jaga hati isteri, rezeki suami menurut islam, rezeki suami ada pada isteri, rezeki suami terletak pada isteri, isteri punca rezeki suami, isteri rezeki suami

Hidup ini kan umpama roda? Mana ada kejayaan tanpa kegagalan. Tapi dalam kegagalan pun, seorang isteri akan teguh berdiri di belakang suaminya.

Mereka tidak pernah berputus asa, malah mereka yakin, setiap masalah yang datang pasti ada jalan penyelesaiannya. 

Seorang isteri juga tidak akan mengharapkan apa-apa balasan di atas segala pengorbanannya. Cukuplah dengan kasih sayang murni dari seorang suami.

Dengan doa yang ikhlas, dan tanggungjawab yang dijalankan dengan solehah, nescaya hati suami pun akan lebih tenang untuk mengharungi pelbagai cabaran.

#5 Isteri magnet rezeki kerana mereka mendorong suami berusaha lebih baik

isteri magnet rezeki, rezeki suami, punca rezeki sempit, doa agar suami murah rezeki, penghalang rezeki dalam islam, rezeki istri menurut islam, rezeki suami istri dalam islam, jaga hati isteri, rezeki suami menurut islam, rezeki suami ada pada isteri, rezeki suami terletak pada isteri, isteri punca rezeki suami, isteri rezeki suami

Seorang isteri yang solehah juga faham, setiap kejayaan memerlukan pengorbanan. Sebab itu mereka akan memberi motivasi kepada si suami untuk berusaha dengan lebih baik.

Mereka akan menjadi tulang belakang suami sepanjang perjalanan. Mereka akan bersabar, tidak kisah dengan liku jatuh-bangun, dan tidak pernah mengharapkan balasan.

Sebab itulah isteri ini magnet rezeki. Layanilah mereka dengan baik dan ikhlas. Hal ini kerana, di sebalik kejayaan seorang suami, memang berdiri teguh seorang isteri yang hebat dan sabar.

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: Oh My Media

Baca juga:

Suami Abaikan Perasaan Isteri Secara Sengaja, Boleh Sempitkan Rezeki & Sukar Untuk Berjaya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!