Ditikam 46 Kali Oleh Suami Curang, Tapi Isteri Ini Masih Pilih Untuk Setia!

Seorang isteri telah bertekad untuk kekal di sisi suami walaupun suaminya itu curang dan menikamnya sebanyak 46 kali. Wajarkah tindakan isteri setia ini?

Menjadi seorang isteri setia ada batasnya yang berbeza-beza bagi semua orang. Kalau suami curang dan pada masa yang sama cuba untuk bunuh kita, patut ke kita masih setia?

Isteri setia ditikam 46 kali oleh suami tapi masih mahu bersama suami!

Inilah perkara yang terjadi pada pasangan suami isteri ini.

Shannon dan Michael telah berkahwin dan berasal dari UK. Tak lama selepas mereka berkahwin, Michael menjalinkan hubungan sulit dengan wanita lain.

Sehingga ada satu masa, suaminya itu sanggup letak dadah dalam minuman Shannon supaya dia boleh bawa perempuan simpanannya ke rumah mereka untuk melakukan seks!

Bila Shannon dapat tahu tentang hubungan mereka, dia marah dan bergaduh besar dengan Michael lalu membuat keputusan untuk tidur di sofa pada malam itu.

Pagi keesokannya, Shannon menemui suaminya memegang pisau besar dan sedang menghalakan pisau tersebut ke arahnya. Michael kemudian menikam Shannon sebanyak 46 kali dengan pisau ini!

isteri setia, suami curang, pasangan curang, suami berkasar, hubungan suami isteri, tips suami curang

Facebook: Hamida Shannon Barnard

Isteri setia ini bertuah kerana terselamat

Shannon mengalami kecederaan yang parah akibat dari serangan tersebut. Dia mengalami beberapa luka pada anggota badannya.

Dia menerima 14 pembedahan pada dada dan payudara, empat di dalam organ dalaman dan 10 luka di kawasan perut.

Paru-parunya tak berfungsi. Kaki dan tangan Shannon turut mengalami kecederaan kerana cuba untuk menghalang serangan suaminya itu.

Tubuh badannya penuh dengan parut yang mungkin memerlukan pembedahan untuk kelihatan normal.

Pakar perubatan dan makhamah mengatakan yang dia “sangat beruntung” kerana terselamat.

Shannon terlantar selama 17 hari di dalam hospital. Shannon berkata kepada polis yang dia ingat setiap tikaman sambil merasakan yang dia tak akan hidup lagi.

Walau bagaimanapun, isteri setia ini tekad untuk meneruskan hubungan dengan suaminya.

Dia telah memaafkan suaminya yang berusia 25 tahun ini di makhamah dan berniat untuk membina keluarga selepas suaminya bebas.

Michael juga menjelaskan pada mahkamah yang hubungan mereka belum berakhir.

Ini adalah pos Facebook Shannon pada 4 November lalu yang jelas menunjukkan cinta abadi pada suaminya:

isteri setia, suami curang, pasangan curang, suami berkasar, hubungan suami isteri, tips suami curang

Screenshot: Facebook Hamida Shannon Bernard

Isteri setia: Kenapa suaminya bertindak sedemikian?

Menurut Shannon, ada sesuatu yang tak kena dengan personaliti suaminya. Dia takutkan suaminya hingga dia sorokkan pisau di bawah katil sepanjang masa mereka cuba untuk berbaik semula.

Selepas penilaian psikiatri, mereka menemui yang Michael telah mengalami gangguan untuk membiasakan diri jangka pendek. Penyebabnya mungkin dari stress, hingga membuatkan Michael mendapat paranoia ekstrem, pemikiran emosional dan agresif.

Adakah suami kepada isteri setia ini dihukum?

Pada awalnya, Michael didakwa melakukan gangguan seksual pada perempuan simpananya. Tapi Michael mengatakan yang mangsa telah memberi kebenaran kepadanya untuk melakukan ‘seks berahi’.

Makhamah kemudian mendakwa suami ganas ini penjara selama 20 tahun selepas memutuskan yang dia bersalah kerana percubaan membunuh.

Peguam Michael, David Taylor berkata yang Michael meminta maaf dan rasa bersalah dengan tindakannya – tapi hanya selepas dia didakwa.

Michael kini sedang mengambil ubat dan pakar psikiatri mengatakan yang Michael berkemungkinan besar tak akan mendapat episod gangguan mental semula.

David mengatakan yang pasangan ini patut dibenarkan untuk duduk bersama walaupun Shannon hampir mati ditikam.

Hakim perbiacaraan ini memberi peluang kepada pasangan ini untuk membina semula hubungan mereka sambil menjatuhkan hukuman 20 tahun penjara, berkata:

Dia masih mempunyai isteri dan mereka mempunyai masa depan untuk bersama dan meneruskan hubungan. Walaupun perkara yang berlaku boleh menjadi lebih teruk, selepas berbincang sebagai orang dewasa yang matang, mereka telah memutuskan untuk meneruskan kehidupan mereka bersama apabila dibenarkan.”

Isteri setia: Tip memaafkan pasangan

isteri setia, suami curang, pasangan curang, suami berkasar, hubungan suami isteri, tips suami curang

Pulih selepas dikhianati bukan perkara yang mudah. Ia mungkin mengambil masa berbulan atau bertahun dan anda perlu membuat keputusan yang sukar.

Sama ada anda memilih untuk tinggalkan pasangan atau memaafkannya, anda perlu mengambil masa untuk berfikir tentang keputusan anda.

Bagaimana anda nak tahu yang keputusan anda memaafkan pasangan anda ini berbaloi? Apa yang buatkan hubungan anda patut untuk diselamatkan?

Tanya diri anda soalan-soalan di bawah. Ia akan membantu anda untuk membuat keputusan.

1. Adakah hubungan anda dah tak boleh diperbaiki?

Tanya diri adakah hubungan ini dah tak boleh diperbaiki? Jika anda ada nampak secebis harapan, jangan cepat mengalah.

Tapi, anda juga perlu tahu yang kajian menunjukkan pasangan curang biasanya akan curang semula. Jadi, percayakan naluri anda.

2. Adakah pasangan benar-benar menyesal dan akan berusaha untuk memperbaiki hubungan?

Selepas curang dan meminta maaf, nilai tahap keikhlasan pasangan anda. Adakah pasangan benar-benar jujur dan menyesal dengan perbuatan mereka? Jika betul mereka menyesal, mereka mungkin akan cuba untuk memenangi hati anda semula.

Walaupun pasangan nampak menyesal, ini tak bermakna anda perlu terus meaafkan pasangan. Ambil masa untuk berfikir dulu sebelum membuat keputusan.

3. Adakah anda bersedia untuk percaya pada pasangan anda semula?

Apabila anda dah ambil masa untuk menilai, tanya diri anda adakah anda dah bersedia untuk menerima, memaafkan dan bersungguh untuk menyelamatkan hubungan anda.

Adakah anda bersedia dengan risiko untuk kecewa semula?

Memang tak mustahil untuk anda pulih kembali selepas dikecewakan oleh orang yang anda sayang ia memerlukan komitmen yang serius untuk bersama semula. Tak kira apa pun keputusan anda dan pastikan ia dibuat dengan ikhlas dan jujur.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Kevin Wijaya. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan.

Kredit Gambar: Facebook

Baca juga:

https://my.theasianparent.comhati-seorang-istri-yang-terluka

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!