X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

6 cara perhubungan berubah bila pasangan curang di belakang kita

3 min bacaan
6 cara perhubungan berubah bila pasangan curang di belakang kita

Bila pasangan curang, ia memberikan pelbagai kesan dari pelbagai sudut. Perkahwinan tidak lagi sama, perspektif pasangan di mata kita juga akan berubah.

Bila pasangan curang, apakah tindakan yang harus kita ambil? Adakah kita dapat merawat hati yang terluka dan meneruskan rumah tangga yang dibina?

Untuk sesetengah pasangan, kecurangan bukanlah penamat buat segalanya. Ya, ia cukup pedih, namun masih ada yang sudi untuk memaafkan dan membuka lembaran baru. Mereka percaya yang perkahwinan mereka wajar dipertahankan.

Namun, tiada siapa yang dapat menafikan bahawa, bila pasangan curang, rumah tangga tidak akan sama seperti dahulu. Akan ada beberapa perkara yang berubah. Antaranya seperti…

6 perubahan dalam rumah tangga bila pasangan curang

1. Anda sukar untuk percaya pasangan 100%

bila pasangan curang, pasangan curang, pasangan curang di malaysia

Kredit: Elle.com

Bila pasangan curang, tiada lagi rasa percaya 100% seperti dulu. Pemikiran pasangan yang dicurangi akan sentiasa tertanya-tanya sama ada perangai lalu akan berulang lagi.

Bagaimana caranya untuk mengatasi masalah ini? Psychology Today menyarankan supaya suami atau isteri yang curang perlu sentiasa bercerita tentang hari-hari mereka.

Pasangan yang dicurangi pula perlu bertanyakan soalan tentang di mana atau apa yang dilakukan oleh suami/isteri. Lambat-laun, rasa percaya akan kembali hadir

2. Keyakinan diri akan hilang

Seseorang yang dicurangi cenderung untuk hilang rasa keyakinan diri. Mereka akan tertanya-tanya sama ada mereka cukup baik untuk pasangan mereka.

Malah, bila pasangan curang, mereka menyalahkan diri sendiri dengan merasakan kecurangan itu berlaku akibat kelemahan mereka.

Namun, ada juga kes di mana kecurangan telah menyebabkan mangsa lebih tabah dan kuat menghadapi cabaran.

3. Keinginan untuk berhubungan intim akan pudar

bila pasangan curang, pasangan curang, pasangan curang di malaysia

Kredit: Columbiainvestigations.com

Seseorang yang telah dicurangi sukar untuk mempunyai keinginan berintiman seperti dulu. Mereka akan terfikir-fikir tentang suami atau isteri yang telah curang pada mereka.

Mungkin pasangan mereka telah jatuh cinta pada orang lain dan melakukan hubungan sulit dengannya. Untuk mengembalikan rasa seksual seperti dahulu akan menjadi sukar.

Mengambil sedikit masa untuk berjauhan dan tidak memaksa diri adalah langkah terbaik bagi mengembalikan keinginan seksual yang telah pudar.

4. Rasa dendam dan ingin membalas perbuatan

Ia adalah satu perasaan semulajadi. Anda telah dicurangi dan akan ada rasa ingin membalas perbuatan pasangan yang telah mencurangi anda.

Walaupun anda melafazkan kata maaf, akan masih ada rasa dendam jika anda terus memikirkan tentang perbuatan suami atau isteri.

Langkah untuk mengatasinya adalah anda perlu mengingatkan diri bahawa pasangan telah memohon maaf dan ingin membaiki perhubungan.

5. Anda akan berubah perspektif dan mula ada fokus baru

bila pasangan curang, pasangan curang, pasangan curang di malaysia

Kredit: High50.com

Bila pasangan anda curang, anda akan mula sedar yang suami atau isteri boleh meninggalkan anda. Mereka mungkin ada perempuan simpanan atau kekasih gelap.

Pada mulanya, anda mungkin kecewa, bersedih dan berasa tertekan. Namun, perlahan-lahan, anda akan berubah dan mula menyayangi diri sendiri.

Anda mula fokus untuk meningkatkan potensi dan menyiapkan diri demi masa depan. Tiada siapa yang benar-benar boleh diharapkan kecuali pada diri sendiri.

6. Anda mungkin akan lebih komited dalam perhubungan

Anda mungkin tertanya-tanya: bagaimana pula seseorang itu boleh menjadi lebih komited selepas dicurangi?

Menurut psikoterapi, Tina B. Tessina:

“Kecurangan sebenarnya boleh memperbaiki sesuatu perhubungan. Yang curang akan sedar pada kesilapan diri dan cuba menjadi yang terbaik. Yang dicurangi akan melihat apa yang tiada dan mula memperbaikinya.”

Jadi, perhubungan lama akan berubah menjadi lebih indah dan utuh selepas kes curang berlaku.

Mungkin sukar untuk percaya, namun mungkin ada hikmah di sebalik kecurangan. Tetapi, ia bukanlah tiket untuk kita melakukannya pada pasangan!

Semoga mereka yang dicurangi akan terus tabah dan mereka yang berlaku curang akan menyesal dan kembali kepada pasangan yang benar-benar setia menanti kehadiran mereka semula.

Stories Rakan Kongsi
Your Child’s Future Hangs On A Resilient Immune System!
Your Child’s Future Hangs On A Resilient Immune System!
Memupuk Nilai Wang: Memahami Perbezaan Antara Kehendak dan Keperluan
Memupuk Nilai Wang: Memahami Perbezaan Antara Kehendak dan Keperluan
Pencegahan 101: Panduan Ringkas Dalam Melindungi Bayi Anda Terhadap Rotavirus
Pencegahan 101: Panduan Ringkas Dalam Melindungi Bayi Anda Terhadap Rotavirus
Senarai Semak Wajib Tanya Apabila Ke Pakar Pediatrik, #4 Tu Penting!
Senarai Semak Wajib Tanya Apabila Ke Pakar Pediatrik, #4 Tu Penting!

 

 

 

 

 

Sumber: theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

“Kalaulah dari dulu aku hargai isteri aku…” penyesalan tak sudah lelaki ini membuka mata

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noor

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • 6 cara perhubungan berubah bila pasangan curang di belakang kita
Kongsikan:
  • Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

    Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

  • Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

    Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

  • Kedudukan Solat Suami Isteri Yang Betul Ketika Berada Di Ruang Sempit, Solat Tetap Sah & Tidak Batal

    Kedudukan Solat Suami Isteri Yang Betul Ketika Berada Di Ruang Sempit, Solat Tetap Sah & Tidak Batal

  • Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

    Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

  • Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

    Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

  • Kedudukan Solat Suami Isteri Yang Betul Ketika Berada Di Ruang Sempit, Solat Tetap Sah & Tidak Batal

    Kedudukan Solat Suami Isteri Yang Betul Ketika Berada Di Ruang Sempit, Solat Tetap Sah & Tidak Batal

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham