Jahitan Bersalin Czer Ibu Ini Terbuka Masa Dia Membongkok Dalam Bilik Air, Ngeri!
Mel Bremner membongkok untuk mendapatkan syampu apabila parutnya terkoyak dan dia terpaksa memegang isi perutnya yang terkeluar!
Apabila tiba masa bersalin, pastinya ibu berdebar menjalani proses tersebut, seterusnya melalui berpantang. Sama ada bersalin normal atau pembedahan ceaser, kita semua mesti ada kerisauan tertentu terutama sekali risiko jahitan bersalin terbuka yang sudah tentu menjadi satu pengalaman yang menggerunkan!
Namun bagi seorang wanita, mimpi ngeri tersebut menjadi kenyataan apabila beliau mendapati jahitan bersalin terbuka hanya selepas 5 hari menjalani pembedahan czer!
Selamat Bersalin Dengan Kaedah Pembedahan Caeserean
Mel Bremner, 38 tahun, menjalani pembedahan ceaser untuk melahirkan anaknya.
Mel sepatutnya bersalin lebih awal, namun kandungannya telah melepasi tarikh jangkaan bersalin. Semasa di hospital, rahimnya belum ada bukaan walaupun beberapa kali pasukan perubatan cuba mencetuskan proses bersalin.
Ini menyebabkan dia perlu menjalani pembedahan caeserean.
Tidak lama kemudian, Mel berjaya melahirkan anak perempuannya, Nadie kemudiannya dibenarkan pulang. Setelah memeriksa luka, dan kemasan balutan dalam keadaan baik, akhirnya dia pulang ke rumah ditemani suaminya Aidan.
Tapi 4 hari selepas bersalin, dia melihat dua “gumpalan putih” – dia hanya anggap itu lemak – malah mereka tidak mengesyaki apa-apa yang buruk.
Jahitan Bersalin Terbuka Semasa Sedang Mandi
Kejadian berlaku semasa Mel sedang mandi dalam bilik air di rumahnya. Dia sedang tunduk untuk mencapai syampu apabila jahitan di perutnya tertetas lalu menyebabkan ususnya terkeluar dari perut!
Pelayan restoran itu berjaya jalan perlahan ke sofa sambil dibantu pasangannya, yang telah menelefon ambulan untuk mendapatkan bantuan. Mel juga berkata dia berada dalam keadaan amat sakit semasa gambar diambil.
“Saya tidak ingat jika saya merasakan atau melihatnya berlaku terlebih dahulu, tetapi usus saya jatuh keluar dari perut saya, saya meletakkan tangan di bawah untuk menangkapnya. “Saya menyedari jika saya menjerit, ia mungkin akan memberi tekanan pada perut, dan semuanya akan jatuh, jadi saya hanya cuba memanggil Aidan dengan tenang.” “Saya merasakan ia bergerak dan lembik, saya cuma berfikir ‘oh tuhan saya memegang usus saya. Ini agak menyeramkan.”
Aidan dengan tenang membawanya dari bilik mandi ke sofa di ruang tamu, dan menutup bahagian perutnya dengan tuala sementara menunggu pasukan paramedik tiba.
Jahitan Bersalin Terbuka Akibat Kecuaian Doktor
Selepas kejadian tersebut, Mel menjalani satu lagi pembedahan bagi membetulkan luka dan pulang ke rumah sekali lagi beberapa hari kemudian.
Pasangan itu mengatakan konsultan pembedahan caeserean membuat spekulasi doktor telah memotong hujung benang terlalu pendek, atau tidak mengikat simpulan dengan ketat.
Mel kini mempunyai 3 orang anak perempuan, Allie, Robyn dan anaknya yang pertama, Nadie.
“Orang fikir ceaser adalah cara yang mudah, tetapi ia tidak benar,” katanya. Ini pembedahan besar, tetapi mereka tidak memberitahu anda pada masa itu. Mereka hanya memberitahu anda bertenang dan boleh pulang”.
Jahitan Bersalin Terbuka: Tips Menjaga Luka Caeserean
- Dapatkan Rehat Yang Cukup: Apabila bayi tidur, tidur sekali bersama bayi agar anda mendapat rehat yang cukup.
- Kawal Rasa Sakit: Rasa sakit di tempat luka pembedahan bersalin boleh mengganggu emosi ibu dan mengganggu pergerakan. Dapatkan ubat penahan sakit yang tidak mengganggu penyusuan ibu.
- Banyakkan Berjalan: Selepas bersalin, anda perlu kerap berjalan untuk meningkatkan pengaliran darah.
- Elak Angkat Objek Berat: Minta bantuan sesiapa mengangkat bayi dan berikan kepada ibu jika ingin menyusu. Mengangkat berat boleh memberi tekanan kepada luka bersalin pembedahan.
- Penjagaan Luaran: Pastikan luka bersalin pembedahan sentiasa kering dan bersih. Pastikan ia dilap dengan kering selepas mandi dan sentiasa perhatikan jika ada sebarang ketidakselesaan pada luka seperti berbau atau nanah.
- Elakkan Pakai Bengkung: Walaupun terdapat bengkung moden yang kononnya boleh diguna oleh ibu bersalin pembedahan, penggunaannya tidak digalakkan terutamanya semasa baru melahirkan anak.
- Postur Penyusuan: Jika ibu menyusukan bayi, ibu digalakkan duduk dengan tegak dan tidak terlalu membongkok.
- Pemakanan Yang Berkhasiat: Makan makanan yang mengandungi vitamin C, dan kaya dengan asid Omega-3. Contohnya buah oren, dan sayur-sayuran seperti sawi dan brokoli.
Moga semuanya baik saja untuk anda.
Sumber: TheSun
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia