Jangan Salahkan Ibu Bekerja Hantar Anak Ke Pengasuh, Amal Doa Ini Pastikan Anak Selamat Di Taska
Jangan salahkan ibu bekerja jika anak ditimpa musibah di taska. Sokongan dan pemahaman terhadap pilihan mereka adalah sangat penting.
Insiden bayi berusia lapan bulan yang baru lima hari dihantar ke taska maut disyaki dibunuh pengasuhnya memang menyayat hati. Dikhabarkan ibu bayi itu sebelum ini mengambil cuti tanpa gaji bagi menjaga zuriat yang 13 tahun ditunggu itu, sebelum mula bekerja. Ada pula yang salahkan dia bekerja. Jangan salahkan ibu bekerja jika anak ditimpa musibah di taska, mereka sudah cukup terluka!
Isi Kandungan
Jangan Salahkan Ibu Bekerja Jika Anak Ditimpa Musibah Di Taska
Tindakan segelintir pihak yang sering menyalahkan ibu bekerja dan menghantar anak ke taska, pengasuh atau pusat jagaan adalah tindakan tidak boleh diterima. Jangan salahkan ibu bekerja jika anak ditimpa musibah di taska.
Memang ada kecenderungan untuk menghakimi atau menyalahkan ibu yang bekerja, padahal mereka menghadapi pelbagai cabaran dan berusaha sebaik mungkin untuk menyeimbangkan kerja dan keluarga.
Menjadi ibu yang bekerja bukanlah sesuatu yang mudah dan keputusan tersebut sering kali diambil kerana keperluan ekonomi, peribadi, atau kombinasi pelbagai faktor.
Penting untuk diingat bahawa setiap keluarga dan situasi adalah unik. Ibu yang bekerja juga memainkan peranan penting dan memberi sumbangan besar, baik dalam persekitaran profesional mahupun dalam keluarga. Sokongan, pemahaman, dan penghormatan terhadap pilihan mereka adalah sangat penting.
Doa Elak Anak Ditimpa Musibah
Amalkan doa ini di mana-mana saja anda berada. Moga doa anda melindungi anak anda daripada musibah.
1. Bismillahillahi tawakkaltu Alallah – 3 kali
بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ
2.Bismillahilazi la Yadhurru 3 kali
بسْمِ اللهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
3.Ayat Kursi
ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلْحَىُّ ٱلْقَيُّومُ ۚ لَا تَأْخُذُهُۥ سِنَةٌۭ وَلَا نَوْمٌۭ ۚ لَّهُۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَمَا فِى ٱلْأَرْضِ ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشْفَعُ عِندَهُۥٓ إِلَّا بِإِذْنِهِۦ ۚ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىْءٍۢ مِّنْ عِلْمِهِۦٓ إِلَّا بِمَا شَآءَ ۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَ ۖ وَلَا يَـُٔودُهُۥ حِفْظُهُمَا ۚ وَهُوَ ٱلْعَلِىُّ ٱلْعَظِيمُ ٢٥٥
4. Surah 3 Qul
Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq, and Surah An-Nas
5. Hasbunall wa ni’mal wakil
حَسبنا الله و نعم الوکیل نعم المولی و نعم النصیر
Mengamalkan doa sebelum keluar rumah atau meninggalkan anak di tempat penjagaan adalah cara yang baik untuk mencari perlindungan dan keberkatan dari Allah.
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 8 Perkara Yang Selalu Dikatakan Kepada Ibu Bekerja Yang Membuatkan Mereka Rasa Dihakimi
Baca juga: Kajian: Wanita DUA KALI GANDA Lebih Stress Dengan Suami Berbanding Anak
Baca juga: 9 Pengakuan Jujur Dari Seorang Ibu Yang Bekerja Sambil Mengurus Anak