Kanak-kanak ini maut lepas balik tadika dan mengadu sakit perut!
Jangan ingat anak tak terbuka untuk terkena jangkitan bakteria jika mereka sudah divaksin. Ambil pengajaran dari kisah ini selepas anak pulang dari tadika.
Sungguh tidak dapat disangka yang jangkitan bakteria mampu meragut nyawa kanak-kanak dalam masa 24 jam.
Beginilah kisah ibu bapa Henry Walter yang kehilangan anak mereka selepas kanak-kanak itu pulang dari tadika sambil mengadu sakit perut.
Menurut artikel yang diterbitkan oleh Mirror, kanak-kanak itu telah terkena jangkitan bakteria yang sangat jarang bernama Hemofilus Influenza Jenis F yang kemudian bertukar menjadi penyakit Meningitis.
Mereka ingat Henry cuma demam biasa!
Malam itu, Henry masuk tidur pada pukul 7.30 malam. Dia diberi ubat oleh ibunya kerana perutnya sakit. Tapi sejam kemudian, Henry telah muntah dan suhu badannya naik mendadak.
Walaupun demam panas, badannya masih tidak menunjukkan ruam.
Apabila ayah Henry, Mark, pulang dari kerja, dia mengambil alih tugas menjaganya. Mereka biar Henry tidur kerana ingat dia cuma demam biasa dan hanya memerlukan rehat.
Pada pukul 5 pagi keesokkan harinya, ayah Henry gagal membangunkannya.
“Dia kelihatan seperti susah bernafas dan tidak responsif.”
Ibu bapanya terus membuat panggilan kecemasan.
Anak terkena jangkitan bakteria Hemofilus Influenza Jenis F
Henry dikejar ke hospital di Leeds, West Yorks, di mana doktor mendapati Henry telah mendapat jangkitan bakteria Hemofilus Influenze Jenis F yang telah bertukar menjadi Meningitis.
Meningitis adalah sejenis penyakit mengancam nyawa yang menyebabkan radang pada membran yang melindungi otak dan saraf tunjang.
“Kira-kira 20 minit selepas kami tiba di hospital, pakar memberitahu kami yang mereka tidak dapat melakukan apa-apa lagi,” kata Mark. “Ia begitu cepat sekali.“
Selepas diberitahu mereka tidak dapat mengesan sebarang aktiviti otak, ibu bapa Henry terpaksa mengambil keputusan menyayat hati untuk mematikan mesin sokongan hidup anaknya.
Mark dan Vicky masih tidak dapat menerima berita kematian anak mereka. Mereka menasihati ibu bapa lain untuk berhati-hati apabila anak sakit kerana kadang-kadang tanda jangkitan bakteria mungkin keluar lambat.
“Jangan fikir anak tidak akan mendapat jangkitan bakteria kerana sudah divaksin, kerana anak masih terdedah kepada strain bakteria yang lain.
Kami tidak pernah sangka perkara ini akan berlaku kepada keluarga kami.“
Apakah jangkitan bakteria Hemofilus Influenza Jenis F
Hemofilus Influenza Jenis F adalah sejenis jangkitan bakteria yang tidak mempunyai ubat penawar.
“Strain bakteria Jenis F tidak dilindungi oleh vaksin MenB atau Hib yang melindungi terhadap Hemofilus Influenza Jenis B,” menurut laporan Mirror.
Tanda-tanda penyakit ini termasuk demam, sakit kepala, rasa loya, tangan dan kaki yang sejuk, rasa mengantuk dan kadang-kadang tompok-tompok pada kulit badan.
Semoga anda sentiasa peka dengan kesihatan anak-anak agar tidak terlepas pandang tanda-tanda penyakit ini. Sama-sama kita menambah ilmu demi kesihatan si manja kita itu.
Artikel ini diterbitkan semula dari theAsianparent Singapore
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
Herpes membunuh bayi ini! Jangan biar bayi baru lahir dicium sembarangan