Anak-Anak Kena Jangkitan Kutu Kepala? Ini Cara Menghilangkannya

undefined

Kutu rambut anak menjadi mimpi ngeri semua parents! Bagaimana cara merawat kutu rambut ini? Ini 3 cara yang anda boleh cuba sekarang.

Bila terbayangkan kutu rambut saja meremang bulu roma! Kutu rambut pada anak-anak kita memang tak boleh nak dielakkan. 

Kalau tak berjangkit dengan kawan-kawan atau adik beradik dan sepupu memang tak sah. Kalau seorang dah kena, habislah semua satu keluarga dijangkiti. 

Kutu rambut pada anak

“Beristighfar saya bila terjumpa telur kutu rambut tergantung 2 3 biji di sebalik rambut anak saya yang lebat. Kulit kepala pun merah-merah kena gigit. Masa tu jugalah kepala saya terasa gatal, merenyam …” sahabat bercerita sambil menunjukkan rasa geli.

“Malam tu juga saya syampu rambut anak saya dan balut dengan tuala putih. Biar lemas kutu rambut itu. Lepas sejam lebih, memang lekatlah kutu-kutu pening pada tuala tu.

Kena buat banyak kali, anak-anak kutu rambut kadangkala belum menetas. Telur pula memang tak ada cara lain, kena buat operasi carilah.

Dua minggu juga saya beroperasi. Haii…janganlah kena lagi” katanya sambil menggeleng-geleng kepala.

Jangkitan kutu rambut itu apa?

Bersaiz antara 2-4mm dan tidak bersayap, kutu rambut hidup di kepala manusia dengan menghisap darah pada kulit kepala.

Ia bertelur pada pangkal rambut dan dalam 7-10 hari, telur akan menetas manakala kulit telurnya kekal melekat pada rambut.

6-10 hari selepas menetas, ia menjadi kutu dewasa dan mula merayap.

Kutu betina boleh menghasilkan 6 biji telur setiap hari selama 30 hari. Telur kutu boleh bertahan sehingga 3 hari namun tidak akan menetas pada suhu selain suhu kulit kepala.

Walaupun tidak boleh terbang, ia boleh merangkak dengan kelajuan sehingga 23cm seminit.

Yang melegakan, kutu kepala, tidak seperti kutu badan, bukanlah agen kepada apa-apa penyakit. Binatang peliharaan seperti kucing dan anjing juga bukan pembawa kepada kutu jenis ini.

Ketahui fakta tentang kutu kepala dan cara menghilangkan kutu jika terkena jangkitan seperti di bawah ini:

Bagaimana jangkitan kutu kepala boleh terjadi?

kutu rambut anak

Jangkitan kutu kepala atau pediculosis terjadi apabila ditemui sekurang-kurangnya 10 ekor kutu hidup di atas kepala. Jangkitan boleh berlaku apabila rambut yang dijangkiti menyentuh rambut mangsa baru.

Cara lain termasuklah menggunakan skaf, sarung kepala, sikat atau berus rambut dan tuala mereka yang telah dijangkiti kutu kepala.

Namun, kutu hanya dapat hidup jauh dari kepala manusia sehingga 72 jam sahaja.

Simptom jangkitan kutu kepala

Simptom kegatalan bergantung kepada sensitiviti kulit kepala kepada komponen antigen air liur kutu.

Kadangkala ia mengambil masa 4 minggu hingga 3 bulan sebelum rasa gatal muncul, manakala ada juga yang tidak merasa gatal langsung.

Bagi mereka yang tidak merasa gatal, bintik-bintik putih pada rambut, iaitu telur kutu, menjadi simptom.

Menghilangkan kutu kepala – bagaimana caranya?

1- Sikat ketika basah

kutu rambut anak

Gunakan sikat kutu khas. Ia mempunyai gigi sikat yang lebih rapat daripada sikat biasa. Basuh rambut menggunakan syampu dan sapukan perapi rambut.

Gunakan sikat biasa untuk meleraikan kekusutan rambut. Apabila rambut telah terlerai, gunakan sikat kutu, bermula dari kulit kepala ke hujung rambut.

Kutu akan terselit pada celah-celah gigi sikat yang rapat. Singkirkan kutu pada sikat dengan mengetuk-ngetuknya pada permukaan keras atau dengan mengalirkan air pada gigi sikat.

Pastikan kutu-kutu yang tersingkir daripada celah gigi sikat segera dibunuh.

Ulang pada setiap bahagian kepala dan rambut supaya tiada kawasan yang tertinggal. Bilas rambut daripada perapi dan ulang proses menyikat rambut dengan sikat kutu semasa rambut basah.

Ulang proses ini pada hari ke-5, 9 dan 13 supaya kutu-kutu yang menetas dapat dibuang sebelum ia dewasa dan mula bertelur.

Ubat losyen atau penyembur

Ubatan seperti losyen dan penyembur hanya boleh digunakan apabila terdapat kutu yang hidup di kepala.

Masa yang diambil dan bagaimana untuk menggunakannya bergantung kepada produk.

Rawatan harus dilakukan sekurang-kurangnya berselang 7 hari bagi membunuh kutu-kutu yang baru menetas kerana kebanyakan ubatan ini tidak membunuh telur.

kutu rambut anak

Cuka dan minyak

Telur kutu melekat kuat pada rambut. Untuk menghilangkan gam yang melekatkannya pada rambut, celup sikat kutu dalam cuka suam sebelum menggunakannya.

Boleh juga menyapu cuka terus kepada kepala dan gunakan kutu untuk menyikat rambut. Kemudian biarkan selama lebih kurang 45 minit sebelum dicuci.

Sebagai alternatif, gunakan minyak seperti minyak zaitun atau kelapa dan biarkan 1 jam atau semalaman dengan memakai penutup kepala seperti shower cap atau balutan tuala kecil.

Boleh juga tambahkan bawang putih yang ditumbuk hancur ke dalam minyak yang dimasak untuk lebih efektif.

Ulang beberapa kali seminggu untuk memastikan tiada kutu dan telur yang tertinggal.

Sebagai langkah berjaga-jaga, elakkan anak-anak daripada berkongsi peralatan rambut seperti sikat atau berus rambut bersama rakan-rakan.

Sumber: Alodokter

Baca juga: Kutu Menjadi Penyebab Kanak-Kanak Ini Meninggal, Parents Tolong Alert!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!