TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Kutu Menjadi Penyebab Kanak-Kanak Ini Meninggal, Ibu Bapa Didakwa Tidak Menjaga Kebersihan

1 Oct, 2020
Kutu Menjadi Penyebab Kanak-Kanak Ini Meninggal, Ibu Bapa Didakwa Tidak Menjaga Kebersihan

Kutu di kepala tentu merengsakan bukan? Namun tahukah anda kutu boleh menjadi penyebab kematian jika dibiarkan tanpa dirawat?

Kutu di kepala tentu merengsakan bukan? Namun tahukah anda kutu boleh menjadi penyebab kematian jika dibiarkan tanpa dirawat?

Kes ini terjadi di Georgia, Amerika Syarikat di mana seorang kanak-kanak berusia 12 tahun meninggal dipercayai akibat kutu di kepala yang tidak dirawat selama bertahun-tahun. 

Menurut laporan Wsbtv 2, kanak-kanak yang bernama Kaitlyn Yozviak meninggal akibat jangkitan kutu yang teruk dan ia disebabkan kecuaian ibu bapanya sendiri. Hasil siasatan juga mendapat bukti yang kukuh untuk menjatuhkan hukuman kepada ibu bapa Kaitlyn atas pertuduhan membunuh darjah kedua. Pasangan ibu bapa ini juga disabit kesalahan menganiayai kanak-kanak. 

Kanak-kanak itu dikatakan meninggal disebabkan serangan jantung akibat anemia. Mengikut laporan perubatan, kanak-kanak itu juga mengalami kesakitan fizikal yang teruk disebabkan rawatan perubatan yang cuai. 

kutu di kepala

Kaitlyn dikatakan telah mengalami jangkitan kutu yang teruk dalam masa tiga tahun. Dan dipercayai disebabkan gigitan kutu yang banyak menyebabkan kanak-kanak itu mengalami penurunan zat besi dalam darah lantas mengakibatkan anemia. 

Ibunya juga menyatakan, Kaitlyn tidak mandi dalam masa seminggu sebelum dia meninggal dunia. 

Apabila seorang agen pergi ke rumah Kaitlyn, dia mendapati rumahnya cukup kotor, dengan kutu yang berkeliaran di atas cadar katilnya, pada patung mainan dan di setiap perabot di dalam bilik.

Simptom jangkitan kutu di kepala

Simptom kegatalan bergantung kepada sensitiviti kulit kepala kepada komponen antigen air liur kutu.

Kadangkala ia mengambil masa 4 minggu hingga 3 bulan sebelum rasa gatal muncul, manakala ada juga yang tidak merasa gatal langsung.

Bagi mereka yang tidak merasa gatal, bintik-bintik putih pada rambut, iaitu telur kutu, menjadi simptom.

Menghilangkan kutu di kepala – bagaimana caranya?

kutu di kepala

#1. Sikat ketika basah

Gunakan sikat kutu khas. Ia mempunyai gigi sikat yang lebih rapat daripada sikat biasa. Basuh rambut menggunakan syampu dan sapukan perapi rambut.

Gunakan sikat biasa untuk meleraikan kekusutan rambut. Apabila rambut telah terlerai, gunakan sikat kutu, bermula dari kulit kepala ke hujung rambut.

Kutu akan terselit pada celah-celah gigi sikat yang rapat. Singkirkan kutu pada sikat dengan mengetuk-ngetuknya pada permukaan keras atau dengan mengalirkan air pada gigi sikat.

Pastikan kutu-kutu yang tersingkir daripada celah gigi sikat segera dibunuh.

Ulang pada setiap bahagian kepala dan rambut supaya tiada kawasan yang tertinggal. Bilas rambut daripada perapi dan ulang proses menyikat rambut dengan sikat kutu semasa rambut basah.

Ulang proses ini pada hari ke-5, 9 dan 13 supaya kutu-kutu yang menetas dapat dibuang sebelum ia dewasa dan mula bertelur.

#2. Ubat losyen atau penyembur

Ubatan seperti losyen dan penyembur hanya boleh digunakan apabila terdapat kutu yang hidup di kepala.

Masa yang diambil dan bagaimana untuk menggunakannya bergantung kepada produk.

Rawatan harus dilakukan sekurang-kurangnya berselang 7 hari bagi membunuh kutu-kutu yang baru menetas kerana kebanyakan ubatan ini tidak membunuh telur.

Stories Rakan Kongsi
Travelling with Your Kids in the New Norm: Where Should You Go?
Travelling with Your Kids in the New Norm: Where Should You Go?
How To Tell If Rashes Are More Than Just A Harmless Rash: Signs To Look Out For In Kids
How To Tell If Rashes Are More Than Just A Harmless Rash: Signs To Look Out For In Kids
The Development at 2 Months Old,  Your Baby Can Smile & Interact!
The Development at 2 Months Old, Your Baby Can Smile & Interact!
7 Expert tips for parents on instilling moral values in kids
7 Expert tips for parents on instilling moral values in kids

#3. Cuka dan minyak

kutu di kepala

Telur kutu melekat kuat pada rambut. Untuk menghilangkan gam yang melekatkannya pada rambut, celup sikat kutu dalam cuka suam sebelum menggunakannya.

Boleh juga menyapu cuka terus kepada kepala dan gunakan kutu untuk menyikat rambut. Kemudian biarkan selama lebih kurang 45 minit sebelum dicuci.

Sebagai alternatif, gunakan minyak seperti minyak zaitun atau kelapa dan biarkan 1 jam atau semalaman dengan memakai penutup kepala seperti shower cap atau balutan tuala kecil.

Boleh juga tambahkan bawang putih yang ditumbuk hancur ke dalam minyak yang dimasak untuk lebih efektif.

Ulang beberapa kali seminggu untuk memastikan tiada kutu dan telur yang tertinggal.

Sebagai langkah berjaga-jaga, elakkan anak-anak daripada berkongsi peralatan rambut seperti sikat atau berus rambut bersama rakan-rakan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: WSBTV

Baca juga:

Patutlah Asyik Garu Kepala, Rupanya Ada KUTU! Ini 8 Cara Berkesan Untuk Matikan Kutu Anak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Kutu Menjadi Penyebab Kanak-Kanak Ini Meninggal, Ibu Bapa Didakwa Tidak Menjaga Kebersihan
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham