Dapat Tahu Hamil 1 Bulan, Adakah Janin Sudah Bernyawa Waktu Ini?

Bagaimanakah cara atau tanda untuk ibu tahu sama ada janin satu bulan sudah bernyawa atau tidak?

Tahniah, puan mengandung 1 bulan! ini adalah kata-kata yang cukup menggembirakan hati isteri khususnya yang menunggu lama untuk merasai detik indah ini. Semasa janin 1 bulan ini, ibu akan berasa tidak selesa seperti morning sickness.

Walau bagaimanapun, ibu tak perlu bimbang kerana ia adalah satu keadaan yang normal terjadi semasa hamil. Selain keluar pelbagai tanda hamil, ibu juga pasti tertanya-tanya apakah janin 1 bulan sudah bernyawa?

Usia janin 1 bulan, apa yang anda perlu tahu?

janin 1 bulan

Semasa usia janin satu bulan ini, hormon kehamilan ibu terus meningkat naik hingga menyebabkan mual, muntah, sakit perut, pening kepala dan sebagainya.

Sampai kadang kala ibu rasa tak larat nak bangun untuk melakukan aktiviti seharian dan rasa mengantuk yang melampau. Ha...semasa itu terbukti anda sedang hamil satu bulan dan perlu mendapatkan kepastian daripada doktor.

Semasa ini ukuran janin masih terlalu kecil dan halus. Nak tahu lebih lanjut, berikut penjelasannya.

1. Semasa usia sebulan ini, sel telah mula membelah menjadi embrio.
2. Lapisan sel yang terbentuk akan tumbuh menjadi beberapa bahagian tubuh bayi yang anda nantikan.
3. Beberapa bahagian yang terbentuk pada janin ini akan menjadi sistem saraf, kerangka, organ tubuh, otot, kulit dan juga bahagian-bahagian lain.
4. Kemudiannya, plasenta atau kita biasa panggil uri akan mula terbentuk dan menempel pada dinding rahim ibu. Ia berfungsi sebagai bekalan nutrisi dan oksigen dari tubuh ibu kepada janin.
5. Kemudiannya tali pusat akan keluar dari salah satu sisi plasenta/uri lalu pembentukan cairan ketuban mula dihasilkan.
6. Kemudian sistem saraf mula terbentuk pada usia kehamilan yang berikutnya.

Pada dasarnya nyawa janin mula terbentuk semasa usianya telah mencecah 120 hari atau paling tidak semasa di usia kehamilan 4 bulan.

Maka, ibu disarankan untuk kenal pasti usia kehamilan dengan betul mengikut due date yang diberikan oleh doktor.

Tanda-tanda janin sudah bernyawa atau ada degupan jantung

janin sebulan

Ketika masuk ke usia perkembangan janin empat bulan maka pada masa ini janin dalam kandungan sudah mempunyai nyawa. 

Malah pada masa ini juga ibu rasa lebih teruja bila sudah dapat mendengar degupan jantung si comel dalam perut. Jadi tentunya anda nak tahu apa tanda-tanda bayi sudah bernyawa? Ini penjelasannya.

- Ukuran janin antara 16,65 sampai 17,78 cm.
- Berat janin dalam pemeriksaan USG adalah 6 sampai 7 ons.
- Bayi akan melalui perkembangan penting seperti menghisap, menelan dan boleh melalukan beberapa gerakan comel.
- Bahagian tunas gigi susah berkembang.
- Bahagian kelenjar peluh pada tangan kaki dan tangan mula terbentuk.
- Bahagian ibu jari dan jari-jari yang lain mula dilihat jelas
- Jenis kelamin bayi sudah boleh dikenalpasti
- Kulit bayi dilihat berwarna merah muda dan sangat cerah. Namun semasa pemeriksaan USG ia hanya terbentuk transparent dengan ditutupi dengan rambut halus bayi.

Fakta berkaitan degupan jantung janin dalam kandungan

janin dalam kandungan

Sebenarnya nyawa dan degupan jantung adalah dua perkara yang berbeza dan ia dimulai dengan proses pembentukan jantung. Berikut fakta berkaitannya.

1. Degupan jantung janin mula sekitar usia janin 22 sehingga 23 hari. Semasa itu jantung bayi yang terbentuk adalah sangat kecil hingga kekadang tak boleh didengari dengan menggunakan alat perubatan.

2. Setelah usia kehamilan mencecah setengah bulan atau enam minggu, degupan jantung mulai terdengar jelas. Sekiranya aliran darah yang diterima berada dalam keadaan baik antara 100 hingga 160 per minit.

3. Semasa ibu melakukan ultrasound, biasanya jantung terdengar semasa usia bayi 8 minggu. Jadi yang lebih jelas didengari semasa usia 120 hari atau bersamaan dengan 4 bulan.

Diharap dengan penjelasan ini membuatkan ibu lebih faham berkaitan degupan jantung dan adakah janin usia ini sudah bernyawa. Apapun, ibu jangan skip untuk berjumpa doktor untuk memantau lebih lanjut tentang kandungan anda.

Semoga bermanfaat.

Dapat Tahu Hamil 1 Bulan, Adakah Janin Sudah Bernyawa Waktu Ini?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Liputan6 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 12 Gambar Proses Perkembangan Janin Dari 1 Bulan Hingga Lahir

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!