Sedih Bayi Maut Ketika Kehamilan 9 Bulan, Ini Punca Stillbirth Yang Anda Perlu Alert!

undefined

Degupan jantung bayi tiba-tiba terhenti di fasa trimester ketiga, namun ibu harus kuat menempuhi dugaan ini

Dipetik dalam laman website Web MD, hampir 80% janin meninggal dunia dalam kandungan apabila sudah masuk ke usia tiga bulan kehamilan.

Bahkan, hanya sedikit sahaja kemungkinan janin mati apabila sudah masuk ke usia 20 minggu. Akan tetapi, ibu harus bersedia kerana ada juga janin mati tanpa pendarahan setelah berada di fasa terakhir iaitu trimester ketiga dan sudah mencecah usia sembilan bulan.

Bila mengetahui janin mati tanpa pendarahan di usia kehamilan sembilan bulanl ini tentunya membuatkan ibu berasa sedih, kecewa dan meratap tangis kerana telah menantikan kelahiran dalam tempoh yang lama.

Tapi, siapalah kita untuk menentukan takdirnya dan harus menerimanya dengan redha.

Apakah penyebab janin mati tanpa pendarahan dalam usia 9 bulan?

janin mati tanpa pendarahan

Bayi yang meninggal setelah 20 minggu kehamilan dipanggil sebagai stillbirth yang terjadi sebelum wanita melahirkan bayi. Namun ada juga kes-kes kecil yang berlaku di mana bayi meninggal semasa dilahirkan.

Stillbirth ini mempengaruhi satu dari 100 kehamilan yang berlaku setiap tahun di Amerika Syarikat, bermaksud 1% dari semua kehamilan pada 24,000 bayi secara keseluruhannya.

Menurut Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit atau Centers For Disease Control and Prevention (CDC), ada pelbagai faktor yang menyebabkan stillbirth dari berlaku.

Keadaan yang menjadi faktor utama terhadap risiko bayi meninggal dalam kandungan atau stillbirth adalah: 

#1. Berlebihan berat badan atau obesiti

Sekiranya anda mengalami obesiti, sudah pasti anda memiliki jumlah lemak tubuh dan indeks massa yang berlebihan. BMI juga adalah ukuran lemak tubuh berdasarkan tinggi dan berat badan anda yang boleh dikira sendiri setiap hari.

#2. Diabetes atau kencing manis

Diabetes atau kencing manis ini adalah satu keadaan di mana tubuh badan anda memiliki terlalu banyak gula atau glukosa dalam darah yang sukar dikawal. Malah kondisi ini adalah sangat berbahaya selama kehamilan anda.

#3. Tekanan darah tinggi

Hati-hati ya, tekanan darah tinggi juga adalah kekuatan darah yang menekan dinding arteri. Sementara itu, arteri pula berfungsi sebagai pembuluh darah yang membawa darah dari jantung ke bahagian tubuh yang lain.

#4. Infeksi bakteria

Jangkitan atau infeksi bakteria adalah punca yang sering menyebabkan janin meninggal dalam kandungan.

Ia berlaku apabila ibu hamil mengalami jangkitan dan tidak segera mendapatkan rawatan untuk menangani masalah ini. Akibatnya, infeksi tersebut tersebar terus dari vagina ke dalam rahim seterusnya menganggu janin dalam kandungan lantas menyebabkan stillbirth.

Keadaan dan sejarah kehamilan

stillbirth

1. Kehamilan bayi kembar boleh meningkatkan risiko stillbirth. Jadi pastikan anda mendapatkan pemeriksaan kehamilan secara teratur setiap bulan mengikut tarikh yang diberi doktor atau jururawat.

2. Komplikasi di sepanjang kehamilan juga dapat meningkatkan risiko kematian bayi dalam kandungan seperti berikut:

– Kelahiran pramatang sebelum 37 minggu kehamilan

– Preeklampsia adalah satu kondisi yang terjadi setelah masuk di minggu ke 20. Ia terjadi ketika wanita hamil memiliki tekanan darah tinggi dan mungkin organ badannya seperti ginjal dan hati tidak berfungsi dengan baik.

– Bayi tidak mendapat berat yang cukup semasa dalam kandungan sebelum dilahirkan.

– Gangguan atau masalah pada plasenta boleh menghambat penyaluran nutrisi penting yang diperlukan janin selama berada dalam kandungan. Contohnya aliran darah dan oksigen.

– Selain itu, cacat genetik atau kelainan kromosom juga boleh menyebabkan sytillbirth seperti otak dan jantung yang tidak berkembang dengan baik.

– Jika ibu pernah mengalami keguguran atau stillbirth pada kehamilan yang sebelumnya.

Faktor usia dan gaya hidup yang menyebabkan bayi meninggal di usia 9 bulan kandungan

janin mati dalam kandungan

  • Berumur lebih muda dari 20 tahun atau lebih dari usia 35 tahun keatas
  • Memiliki warna kulit hitam kerana wanita dengan kulit ini berisiko lebih tinggi untuk lahir mati dibandingkan wanita lain
  • Merokok, minum alkohol atau menggunakan ubat tanpa kawalan dari Kementerian.
  • Tekanan perasaan kerana lahir anak luar nikah hingga membuatkan ibu stres lalu mempengaruhi janin.

Tanda-tanda stillbirth yang harus anda hati-hati

Tanda stillbirth ini yang paling umum adalah bila anda merasakan janin berhenti bergerak dan tidak menendang. Tanda-tanda lain pula seperti berikut:

  • Kram perut
  • Sakit perut
  • Pendarahan dari vagina
  • Batuk
  • Ruam di bahagian tubuh

Walau bagaimanapun, segera hubungi doktor untuk merawat kandungan anda sekiranya berasa was-was dengan pergerakan bayi kerana doktor akan melakukan pemeriksaan ultrasound untuk mendengar degupan jantung bayi.

Semoga artikel ini bermanfaat untuk pengetahuan anda di masa hadapan.

Sedih Bayi Maut Ketika Kehamilan 9 Bulan, Ini Punca Stillbirth Yang Anda Perlu Alert!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Penulis asal Fadhila Auliya Widia Putri. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.combayi-mati-dalam-kandungan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!