JE JANGKITI Kanak-Kanak di Pulau Pinang Boleh Sebabkan Radang Otak! 5 Tips Elak Anak Dijangkiti

Japanese Encephalitis (JE) menyerang sistem saraf dan boleh mengakibatkan kematian. Ia adalah virus yang menyebabkan radang otak (ensefalitis).

Japanese Encephalitis (JE) adalah penyakit bawaan vektor nyamuk Culex tritaeniorhynchus yang disebabkan oleh Flavivirus.

Virus ini menyerang sistem saraf  serta boleh mengakibatkan gangguan saraf dan kematian. Ia adalah virus yang menyebabkan radang otak (ensefalitis).

Di dalam babi, penyakit JE boleh menyebabkan keguguran atau kematian anak babi selepas lahir. Babi dewasa tidak menunjukkan tanda penyakit, tetapi akan bertindak sebagai perumah sekunder bagi penggandaan virus itu. 

Japanese Encephalitis (JE) boleh sebabkan kematian

Hari ini, menurut Harian Metro, tiga lagi kes JE dilaporkan di Pulau Pinang menjadikan keseluruhan enam kes dikesan setakat ini yang mana kes baharu ini membabitkan tiga kanak-kanak.

Ia tidak menolak kemungkinan semua mereka dijangkiti JE dari ladang ternakan babi terdapat di kawasan mereka kerana nyamuk culex membiak di air kumbahan ternakan serta parit tersumbat yang kotor.

Nyamuk mendapat virus dengan menggigit vertebra yang telah dijangkiti (khinzir dan burung). Nyamuk kemudiannya membawa virus tersebut kepada mangsa seterusnya. JE tidak boleh merebak dari seseorang ke orang lain. Ia hanya boleh merebak melalui nyamuk, kadar jangkitan biasanya meningkat semasa musim hujan.

Tanda dijangkiti

Sekali digigit, ia biasanya mengambil masa 5 ke 15 hari untuk mengalami simptom, jika ada. Mereka yang mempunyai jangkitan teruk akan mengalami:

  • Demam
  • Kesejukan
  • Sakit kepala
  • Keletihan
  • Mual
  • Muntah
  • Seterusnya, ini akan menyebabkan ensefalitis dan bengkak (radang otak).

Dalam kalangan kanak-kanak, ensefalitis biasanya disertai dengan sawan. Terdapat sesetengah kes di mana koma dan lumpuh mungkin berlaku. Selain itu, 20-30 peratus pesakit yang mengalami ensefalitis akan meninggal dunia.

Apakah nyamuk Culex?

Japanese Encephalitis (JE)

Nyamuk culex membiak di tempat takungan air semulajadi yang kotor seperti kolam, lopak air parit dan sawah padi. Ia membiak pada waktu awal senja dan pagi.

Virus JE membiak dalam tubuh babi dan nyamuk betina Culex akan membawa virus JE.

Selain itu, nyamuk culex juga boleh menyebarkan penyakit kaki gajah (elephantiasis). Nyamuk menyebarkan parasit filaria sebagai penyebab kaki gajah melalui gigitannya.

Parasit menyebabkan penyumbatan pembuluh limfa di kaki atau lengan, menyebabkan bengkak sehingga disebut kaki gajah.

Kaki gajah bukan suatu penyakit yang mematikan, tetapi menimbulkan stigma buruk, dan mengganggu aktiviti harian. Apabila sudah bengkak, biasanya tiada ubat untuk menyembuhkan selain ubat untuk mengurangkan bengkak.

Tips elak anak digigit nyamuk

#1. Musnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk

Lakukan pemeriksaan 10 minit seminggu untuk memastikan kawasan persekitaran kita bebas daripada pembiakan nyamuk. Buang segala bekas yang boleh menyebabkan takungan. Selain itu, pokok hiasan juga mungkin boleh menjadi tempat takungan air. Pastikan anda periksa kesemuanya.

#2. Kurangkan aktiviti luar

Kurangkan aktiviti luar terutama di kawasan berhampiran kes yang dijangkiti. Ia bagi mengurangkan pendedahan kepada gigitan nyamuk terutamanya di lokaliti bermasalah penyakit JE.

#3. Gunakan insect repellent

Japanese Encephalitis (JE)

Gunakan insect repellent pada kulit yang terdedah berdasarkan panduan yang diberikan oleh syarikat pengeluar untuk aktiviti luar terutama di waktu senja hingga subuh.

Kini terdapat pelbagai jenis di pasaran ada yang hanya perlu spray saja, ada yang boleh ditampal di pakaian anak malah ada yang hanya perlu gantung di beg. Selain itu ada juga dijual dalam bentuk seperti gelang tangan.

#4. Pakai baju dan seluar panjang

Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang. Cuba elakkan memakai pakaian berwarna gelap (kerana warna gelap akan menarik perhatian nyamuk).

#5. Tutup tingkap

Tutup tingkap atau bidai apabila berada dalam bangunan terutama ketika waktu senja. Gunakan semburan racun serangga, lingkaran ubat nyamuk atau kepingan penghalau nyamuk.

Vaksin JE

Japanese Encephalitis (JE)

Dengan adanya vaksin JE yang selamat dan berkesan, kerajaan Malaysia mengambil inisiatif untuk memberikannya kepada kanak-kanak di Sarawak pada usia 9 dan 21 bulan.

Vaksin Japanese Encephalitis juga amat disarankan kepada pengembara yang merancang untuk meluangkan 1 bulan atau lebih di kawasan endemik (tempat di mana JE biasanya dijumpai).

Ini termasuklah pengembara jangka panjang, pengembara berulang dan ekspatriat yang tinggal d kawasan bandar tetapi berkemungkinan melawat kawasan luar bandar dan pertanian. 

Sumber: Harian Metro, myhealth, immunise4life

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 

https://my.theasianparent.comlosyen-elak-gigitan-nyamuk

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!