X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Akibat Belajar Terlalu Lama, Remaja Ini Selalu Bercakap Seorang Diri & Mengalami Radang Otak

4 min bacaan
Akibat Belajar Terlalu Lama, Remaja Ini Selalu Bercakap Seorang Diri & Mengalami Radang Otak

Bagi menghadapi ujian peperiksaan, pastinya setiap pelajar akan memberikan sepenuhnya fokus terhadap belajar. Namun, hati-hati kerana tabiat ini berbahaya!

Dalam jadual harian anak, ibu ayah pastinya akan membahagikan masa anak dengan baik antara waktu bermain dan juga waktu untuk fokus belajar.

Baru-baru ini, remaja lelaki yang berusia 13 tahun dari Kota Hengyang terpaksa dikejarkan ke hospital apabila dia disahkan mengalami radang otak yang serius.

Sebelum itu, dia dikatakan terlalu lama meluangkan masa dengan belajar bagi menghadapi ujian peperiksaan tanpa berhenti seketika untuk berehat.

Bahaya fokus belajar dalam tempoh lama

terlalu fokus belajar

foto: GradePower Learning

Mengikut Word of Buzz, remaja lelaki malang berkenaan turut mengorbankan waktu tidur pada setiap malam hanya untuk belajar.

Persediaan untuk menghadapi ujian akhir pastinya memberikan sedikit tekanan kepada setiap pelajar untuk memperoleh keputusan yang cemerlang.

Namun, disebabkan oleh rutin kesungguhan remaja lelaki ini sehingga tidak tidur malam, sekaligus telah menjejaskan masalah kesihatannya.

Dikatakan, remaja ini juga tidak berhenti rehat kerana terlalu fokus belajar dan mengulang kaji pelajaran.

Pada keesokan harinya, ibu ayah remaja berkenaan mendapati anak lelaki mereka telah berkelakuan aneh dan kerap berteriak.

”Chong! datang sini dan makan ayam.”

Dia menjerit mengatakan sedemikian biarpun tiada sesiapa berada di ruang berkenaan. Ibu bapanya begitu bimbang dan merasakan terdapat sesuatu yang tidak kena dengan anak lelaki mereka.

Setelah dibawa untuk rawatan doktor, remaja berkenaan disahkan mengalami Anti-NMDA ensefalitis reseptor yang serius.

akibat terlalu fokus belajar

Menurut Harvard Health, penyakit ini merupakan sejenis radang otak.

Ia turut dikenali sebagai penyakit autoimun yang terjadi ketika tubuh secara tidak sengaja menghasilkan antibodi yang keliru menyerang sel-sel otak yang sihat.

Biarpun keadaan ini jarang berlaku dan kebiasaannya disebabkan oleh jangkitan kuman, tetapi kajian yang terbaru mendapati faktor stres yang melampau mendorong kepada penyakit autoimun.

Bagi pesakit yang disahkan menghidap penyakit ini, kebiasaannya akan menunjukkan beberapa simptom seperti demam, lelah, delusi (percaya perkara yang salah) dan mendengar perkara-perkara yang halusinasi.

Meskipun ia kedengaran seperti menakutkan, para pengkaji menyatakan bahawa masalah kesihatan ini akan terjadi sekiranya anda mengamalkan rutin kerja yang melebihi kemampuan diri.

Oleh itu, anda perlu bijak dalam mengatur jadual harian antara berehat dan belajar. Selain itu, para pengkaji turut menyarankan agar menekankan juga tabiat pemakanan sihat.

Ia perlu mengandungi buah-buahan dan sayuran yang segar pada setiap hari. Oleh itu, nutrisi ini dapat membekalkan terus bagi mengaktifkan fungsi otak secara optimum.

Bebanan kerja sekolah

risiko fokus belajar

foto: verywellhealth

Berdasarkan penelitian yang telah dibuat, anak yang dipaksa melakukan beban kerja yang banyak dengan perkembangan mereka sehingga menyebabkan tekanan.

Gejala stres akan mengawal tubuh anak kecil sepanjang waktu dan menyebabkan berlaku tindak balas yang luar kawalan.

Mereka akan berasa keliru, sukar untuk menumpukan perhatian dan melakukan kesalahan yang dianggap kurang bijak.

Pada tahun 2013, hasil kajian yang dilakukan Stanford University mendapati pelajar yang dalam kategori cemerlang akan menghabiskan banyak masa untuk belajar akan mengalami stres, masalah kesihatan fizikal, berlaku ketidakseimbangan dalam kehidupan dan terasing dalam masyarakat.

Stories Rakan Kongsi
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca

Manakala The Journal of Experimental Education mengumpul lebih 4 300 pelajar dari 10 buah sekolah menengah di California yang melakukan pelbagai pekerjaan di rumah.

Lebih dari 70% daripada mereka mengatakan bahawa mereka sering berasa tertekan dengan tugasan yang diberikan di sekolah. Hanya 1% sahaja mengatakan bahawa kerja rumah bukanlah punca utama kepada stres.

Para pengkaji juga menanyakan adakah mereka mengalami tanda-tanda stres seperti lelah, kurang tidur, penurunan berat badan, masalah perut dan kerap sakit kepala.

Hal yang mengejutkan adalah hampir 80% pelajar mengakui merasai salah satu tanda stres tersebut dalam tempoh sebulan yang terakhir dan 44% lagi menyatakan mereka mengalami lebih dari 3 gejala berkenaan.

Dari penelitian ini, pengkaji percaya bahawa waktu yang diluangkan terlalu banyak dengan melakukan ulang kaji pelajaran di rumah berisiko menyebabkan mental anak tidak dapat berkembang dengan sihat.

Mereka juga lebih cenderung untuk tidak bersosial seperti menonton televisyen bersama keluarga dan tidak memiliki sebarang hobi lain.

Bukan itu sahaja, majoriti pelajar terpaksa memilih menyiapkan pekerjaan rumah dari aktiviti yang boleh menyerlahkan bakat yang dimiliki mereka.

Berlaku juga perdebatan yang hebat mengenai manfaat dan kekurangan fokus belajar di rumah. Menurut sebuah artikel Monitor on Psychology, terdapat perkara yang mereka bersetuju bahawa menjaga kualiti pekerjaan rumah ada hal yang perlu didahulukan.

Dalam hal ini, salah seorang penulis artikel berkenaan mengatakan tugas pekerjaan rumah perlulah memiliki keseimbangan dua aspek iaitu tujuan dan manfaat.

Ia perlu dilakukan bagi memupuk pembelajaran dan pengembangan intelektual yang sihat.

Sumber: Penulis asal Fadhila Auliya Widia Putri. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami

Akibat Belajar Terlalu Lama, Remaja Ini Selalu Bercakap Seorang Diri & Mengalami Radang Otak

Baca juga:

https://my.theasianparent.comsusu-ibu-rosak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Akibat Belajar Terlalu Lama, Remaja Ini Selalu Bercakap Seorang Diri & Mengalami Radang Otak
Kongsikan:
  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

    Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

  • Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

    Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

    Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

  • Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

    Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham