Anda tahu tak pinjam barang peribadi orang lain boleh mendatangkan bahaya pada pemilik dan juga peminjam itu sendiri?
Sebenarnya, ada beberapa barang peribadi yang tidak boleh dikongsi kerana ia boleh menularkan bakteria dan penyakit berbahaya. Tapi disebabkan tidak tahu, maka ramai di antara kita yang sering pinjam (atau meminjamkan) barang peribadi daripada rakan atau keluarga.
Dipetik dari laman Buzz Feed, ini lima barang peribadi yang tidak boleh dipinjam daripada orang lain.
Pinjam barang peribadi – 5 jenis barang yang tidak boleh dipinjam daripada orang lain
#1. Tuala
Menurut Dr. Whitney Bowe, kain tuala adalah tempat pembiakan kuman terutama apabila tergantung di bilik mandi yang lembap. Sekaligus, ia dapat menularkan jangkitan kuman pada kulit dan bakteria penyebab jerawat.
Selain itu, kain tuala juga dapat membiakkan bakteria CA-MRSA yang berbahaya. Di samping memakai tuala untuk diri sendiri, Bowe menyarakan untuk setiap orang mencuci tuala setelah empat kali guna dan selalu membiarkannya sentiasa kering.
#2. Alat cukur
Kredit: Halodoc
Menurut Profesor Mikrobiologi dan Patologi di Fakulti Kedoktoran Universiti New York, ketika mencukur, pisau cukur akan mengumpul sel kulit mati yang bercampur dengan bakteria.
Jadi jika ramai yang menggunakan pisau cukur yang sama maka lebih berisiko untuk terkena infeksi.
Seperti yang pernah disebut, beberapa orang dapat membawa bakteria berbahaya pada kulit tanpa disedari, jadi jangan pernah berkongsi pisau cukur yang sama dan dilarang pinjam barang peribadi tersebut.
Selain itu, pisau cukur yang menyebabkan luka dan berdarah boleh membawa jangkitan penyakit berbahaya kepada orang lain melalui darah seperti hepatitis dan HIV.
#3. Alat pemotong kuku
Meskipun seseorang itu memiliki kuku yang bersih dan sihat, namun ia juga boleh menimbulkan jangkitan kerana pemotong kuku digunakan pada area kotoran yang bersembunyi di sebalik jari.
Berkongsi alat pemotong kuku dapat menyebabkan kuman kuku jenis HPV merebak kepada orang lain.
Namun begitu, anda boleh membersihkan pemotong kuku dengan air bersih setiap kali selesai menggunakannya dan jangan beri sesiapa pun pinjam barang peribadi itu.
#4. Semua produk kecantikan
Kredit: Hello Sehat
Setiap kali seseorang mencelupkan jari ke dalam bekas produk kecantikan, kuman baru boleh mencemarinya lantas boleh menular ke kulit atau wajah orang lain yang menggunakan produk yang sama itu.
Secara tak langsung, bakteria jenis streptococcus atau staphylococcus juga dapat tersebar dan menyebabkan radang folikel rambut dan masalah jerawat.
Namun, jika sesiapa ingin menggunakannya, minta dia menggunakan cotton bud atau berus yang bersih dan bukan mengambilnya dengan jari.
#5. Deodoran
Beberapa jenis deodoran berfungsi untuk membunuh bakteria yang menyebabkan bau yang kurang enak.
Walau bagaimanapun, banyak deodoran yang dijual jenis organik hanya dapat menutupi bau dan aroma saja sehingga menyebabkan kuman ketiak membiak pada bulatan deodoran.
Jadi sebaiknya elak meminjam deodoran dengan orang lain.
Semoga maklumat ini bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Penulis asal Nia Lara Sari. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.
Baca juga:
https://my.theasianparent.combarang-sekolah-jenama-smiggle/
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!