Bapa Tidak Mampu Bayar Bil Hospital Swasta, Jenazah Bayi 'Ditahan' 2 Minggu Hingga Beku
Jenazah bayi baru lahir beku akibat ditahan selama 2 minggu dalam peti hospital swasta kerana bapa tidak mampu untuk membayar caj bersalin
Kisah menyayat hati seorang bapa yang tidak mampu membayar bil hospital swasta sehingga jenazah bayinya ‘ditahan’ selama dua minggu telah mengundang simpati ramai.
Dalam kejadian memilukan ini, kesulitan kewangan telah menjadi penghalang kepada hak seorang bapa untuk membawa pulang jenazah anaknya yang telah pergi ke rahmatullah selepas 30 minit dilahirkan.
Isi Kandungan
Jenazah Bayi Beku Akibat ‘Ditahan’ Pihak Hospital
Menurut perkongsian sukarelawan pengurusan jenazah Islam, Mr Wan Chai, pasukannya berhadapan masalah sewaktu hendak menguruskan jenazah wildan syurga, Muhammad Adham Mikail.
Hancur luluh bila melihat jenazah anak tanpa dosa ini 100% beku! bayangkan bayi yang sudah meninggal dunia pada 24 nov di tahan selama 2 minggu dan di letakkan dalam peti sejuk.
Isteri Dihantar Oleh Jiran Ke Hospital Swasta
Perkara ini berlaku asbab si ayah tidak mampu membayar bil bagi caj kelahiran anaknya di sebuah hospital swasta sebanyak RM3,600.
Menurut si ayah,isterinya mengadu sakit sebelum di hantar oleh jirannya ke hospital tersebut.
Ketika kejadian beliau sedang berkerja dan bergegas ke hospital selepas dimaklumkan tentang keadaan isterinya.
Guna Air Suam Untuk Melembutkan Jenazah
Pasukkan pengurusan jenazah terpaksa menggunakan air panas yang di campur dengan air paip bagi melembutkan tubuh dan sendi-sendi wildan syurga tersebut.
Ibu Tidak Dibenarkan Keluar Dari Wad
Difahamkan, bukan sahaja jasad baby Muhammad Adham ditahan selama 16 hari dalam peti beku, tetapi ibunya juga tidak dibenarkan keluar dari wad sehinggalah bil dibayar oleh si ayah.
Ibu Orang melaka,ayah orang Negeri Sembilan. Memang kejam pihak hospital!
Lahir Tidak Cukup Sifat
Adik Muhammad Adham meninggal dunia selepas 30 minit dilahirkan asbab tidak cukup sifat iaitu hanya mempunyai satu mata, tiada hidung dan tiada saluran lubang najis.
Memandangkan perkongsian ini telah menjadi tular di media sosial, rata-rata netizen bertanyakan nama hospital swasta berkenaan.
Pasukan pengurusan jenazah memohon maaf kerana tidak dapat mendedahkan nama hospital kerana dikhuatiri boleh mendatangkan masalah kepada ibu bapa adik Adham. Mereka adalah orang Malaysia, namun dilayan seperti warga asing.
Pastinya tiada siapa yang sanggup melalui ujian kehilangan. Ditambah pula dengan prosedur hospital yang sukar sehingga insan yang sudah tidak bernyawa menjadi mangsa. Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap apa yang terjadi.
Mesti berat sangat emosi ibu arwah bayi ni sekarang. Dengan anak meninggal, ditambah pula dugaan tersalah tempatkan di hospital swasta. Allahuakbar. Hari ni saya ada temujanji dengan doktor di hospital kerajaan. Doktor ni betul-betul prihatin dengan emosi saya yang baru kehilangan anak dalam kandungan pada usia 32 minggu 5 hari, tiga minggu lepas. Macam-macam kata semangat dia bagi untuk saya dan suami. Malah, walaupun doktor tu berbangsa Cina, dia tetap sangat memahami dan menyokong.
Lagi sedih bila dengar dalam live tu. Bayar bil pukul 11 pagi, tapi jenazah baru dikeluarkan dari peti beku pukul 4 petang. Nak mandikan pun ambil masa lama sebab badan terlalu beku, kena mandikan dengan air suam sambil urut-urut bahagian yang boleh. Tapi tetap susah nak lembutkan sebab dah lama sangat dalam peti. Team UKVJ pun ada cakap, sepatutnya keluarkan siap-siap untuk mudahkan urusan keluarga nak uruskan jenazah. Bayangkan perasaan keluarga yang dah sedih, tambah lagi dengan proses yang rumit macam ni.
Kalau betul hospital ni dimiliki orang Melayu Islam, dan staf pun semuanya orang Islam, memang mengecewakan bila tengok perikemanusiaan hilang hanya kerana bisnes dan duit. Semoga hospital tersebut tak terus ‘melingkup’ akibat kekejaman sendiri. Staf dan doktor yang bersubahat pun, mana perginya rasa belas kasihan? Tak ada langsung ke rasa tanggungjawab sebagai manusia, apatah lagi sesama agama? Ingatlah, azab Allah itu pasti. Nilai-nilai murni yang sepatutnya jadi pegangan hilang begitu saja sebab mengejar keuntungan semata-mata. Bisnes tak salah, tapi jangan sampai kemanusiaan pun tergadai.