Bacaan Kadar Gula Dalam Darah Boleh Jadi TIDAK TEPAT Jika Ibu Lakukan 5 Kesilapan Ini

undefined

Sememangnya ramai pesakit diabetes membuat pemeriksaan kadar gula dalam darah hanya dari rumah. Namun beberapa kesilapan ini perlu anda elakkan!

Pemeriksaan kadar gula dalam darah umumnya dilakukan untuk mengukur jumlah glukosa (gula). Biasanya ia dilakukan bagi memantau pesakit diabetes jenis 1, diabetes jenis 2 dan diabetes gestasi. Jika sebelum ini ujian kadar gula dilakukan di hospital atau klinik berdekatan, namun kini anda juga boleh dilakukan hanya dari rumah.

Pastinya ia adalah sangat mudah dan menjimatkan masa. Anda juga tidak perlu bersusah-payah untuk keluar hospital bagi melakukan pemeriksaan ini kerana adanya penciptaan alat khusus bagi mengukur kadar gula dalam darah.

Kesilapan umum ketika melakukan pemeriksaan kadar gula dalam darah

Diabetes ketika hamil biasanya dipanggil sebagai Gestational Diabetes Mellitus (GDM). Ini merupakan satu keadaan serius sering kali berlaku kepada wanita hamil yang sebelum ini tidak menghidap diabetes, namun memiliki paras glukosa darah lebih tinggi dari paras normal bagi ibu mengandung.

Justeru, memantau paras glukosa darah setiap hari adalah penting bagi menentukan sama ada anda memerlukan perubahan dalam pelan diet, program aktiviti fizikal ataupun ubat-ubatan yang diperlukan. Biarpun ujian gula dalam darah kini boleh dilakukan hanya dari rumah, ini kesilapan yang sering dilakukan tanpa anda sedari, iaitu:

#1. Tidak mencuci tangan sebelum melakukan pemeriksaan gula dalam darah

bacaan gula dalam darah

credit to sources

Sebelum melakukan ujian gula darah, adalah sangat penting untuk mencuci tangan terlebih dahulu menggunakan air dan sabun. Ini kerana kotoran atau zat lain tidak dapat dilihat dengan mata kasar, misalnya gula dari buah yang baru sahaja anda kupas amat berisiko menganggu hasil dan ketepatan bacaan gula dalam darah nanti.

Menurut penelitian dalam jurnal Diabetes Care mengatakan bahawa ada perbezaan hasil pemeriksaan gula darah sehingga 10 peratus sekiranya anda tidak mencuci tangan sebelum melakukannya.

Pada mereka yang melakukan pemeriksaan darah segera sebaik sahaja mengupas buah, ternyata hasil gula darahnya adalah jauh lebih tinggi. Ia mungkin terjadi disebabkan oleh sisa buah melekat pada jari dan bercampur dalam darah yang digunakan sebagai ujian.

#2. Kuantiti darah yang diambil terlalu sedikit

Umumnya, pemeriksaan gula darah yang dilakukan dengan cara mengambil darah di hujung jari akan membuatkan sesetengah orang berasa ngeri dan takut akan rasa sakit ketika jarum dicucuk.

Keadaan ini sekaligus membuatkan darah yang diambil hanya sedikit dan tidak cukup untuk dianalisis di makmal. Kesannya, hasil bacaan kadar gula dalam darah anda menjadi tidak tepat.

#3. Menekan atau memicit jari terlalu kuat

kesilapan periksa gula dalam darah

credit to sources

Kebiasaannya pesakit diabetes akan meminta pertolongan dari pasangan, ibu ayah atau anak yang masih kecil untuk mencucuk jarum ke bahagian jari. Beberapa titik darah yang keluar akan menyebabkan rasa hangat dan menjadi kurang.

Bagi mengelakkan masalah ini, anda mungkin akan cenderung untuk menekan dan memicit jari. Namun usahlah dilakukan terlalu kuat kerana boleh menyebabkan keluarnya cecair badan (interstitial fluid) lebih banyak dan bukannya darah anda.

#4. Menggunakan jalur ujian darah yang sudah luput

Memetik kenyataan oleh Health Central, Centers for Disease Control and Prevention menyarankan untuk tidak menggunakan helaian atau jalur ujian yang sudah terlalu lama terutamanya jika ia sudah melebihi tarikh luput.

Jika sudah tamat tempoh, anda hendaklah membuangnya. Penggunaan jalur ini akan mengurangkan ketepatan dan menunjukkan hasil ujian darah yang mengelirukan.

#5. Terus periksa darah sebaik sahaja siap makan

periksa gula darah

credit to sources

Sering kali orang akan melakukan pemeriksaan gula darah setengah jam ataupun 1 jam sebaik sahaja siap menjamu selera. Namun ia adalah salah dan sangat tidak digalakkan oleh doktor.

Hal ini kerana melakukan ujian gula darah sebaik sahaja siap makan boleh menunjukkan bacaan glukosa yang terlalu tinggi. Tempoh waktu yang sesuai dan disarankan adalah periksa gula darah 2 jam setelah anda makan.

Selain itu, anda juga hendaklah tahu bahawa jarum glukometer tidak boleh bertahan lama dan menggunakannya berulang kali. Bukan itu sahaja, pemeriksaan menggunakan hanya satu jari setiap kali secara berulang-ulang adalah salah kerana ia boleh menyebabkan kesakitan dan kecederaan.

Sumber: Uzone

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!