Adakah Kandungan Gula Dalam Susu Formula Bahaya Untuk Bayi? Ini Penjelasan Pakar!
Tahukah anda bahawa kandungan gula yang tersembunyi dalam susu formula bayi? Ibu ayah perlu semak dengan teliti supaya tidak membahayakan kesihatan si manja
Pemberian susu formula kepada anak yang masih kecil tidak boleh dipandang ringan. Hal yang perlu anda tahu ialah susu ibu merupakan makanan terbaik untuk 6 bulan pertama kehidupan si manja. Justeru ketika terpaksa memberikan susu formula, jangan lupa untuk menyemak kandungan gula didalamnya ya!
Bagi sesetengah ibu yang terpaksa menghentikan penyusuan atas pelbagai sebab, sebaiknya anda dapatkan nasihat daripada kaunselor atau pakar pemakanan tentang cara memilih susu formula yang selamat untuk bayi.
Kandungan gula dalam susu formula bayi
Terdapat beberapa keadaan perubatan atau alasan yang menjadikan susu formula dapat diterima oleh bayi. Misalnya bayi yang berisiko mengalami hipoglikemia dengan gula darah tidak meningkat meskipun mereka telah diberikan susu ibu dengan betul.
Kebiasannya masalah ini akan menimbulkan gejala dehidrasi seperti kekerapan mengeluarkan air kencing kurang dari 4 kali sehari ketika hari kedua kelahiran. Selain itu, ibu yang mengalami masalah kesihatan seperti HIV misalnya, tidak dibenarkan menyusu bayi.
Selain kandungan gula, susu formula umumnya mengandungi protein, lemak, mineral, karbohidrat dan pelbagai vitamin lain bagi memenuhi keperluan nutrisi dalam proses tumbesaran.
Namun benarkah sesetengah orang berpendapat bahawa kandungan gula susu formula boleh memberikan kesan buruk terhadap kesihatan dan perkembangan bayi?
Hadir dalam pelbagai bentuk
Sebenarnya, kehadiran gula dalam susu bayi adalah dalam bentuk laktosa (gula susu), fruktosa (gula buah), glukosa (juga dikenali sebagai dekstrosa, gula sederhana yang terdapat dalam susu) dan maltodekstrin (gula malt) yang cukup tinggi.
Menurut penasihat laktasi dari University of Rochester, Bridget Young mengatakan bahawa kandungan gula perlulah menjadi sumber utama karbohidrat yang mudah dicerna.
Seperti yang ibu ayah ketahui, usus bayi tidak cukup matang untuk memproses banyak karbohidrat dan serat kompleks. Justeru, kandungan gula dalam susu formula boleh dikatakan selamat dan tidak berbahaya apabila dimakan oleh si manja.
”Manakala, karbohidrat susu ibu adalah laktosa (gula semula jadi yang sama terdapat dalam susu lembu). Banyak pengeluar menggunakan laktosa sebagai sumber karbohidrat utama dalam formula bagi meniru komposisi susu ibu dan ia sememangnya mudah dicerna.” kata Young.
Dalam hal ini, laktosa memiliki pelbagai faedah untuk bayi termasuklah membantu pertumbuhan bakteria baik dalam usus si kecil, penyerapan mineral, kalsium yang lebih berkesan dan sumber tenaga.
Walaupun begitu, sekiranya bayi anda mengalami alahan terhadap laktosa, ibu hendaklah memilih susu formula tanpa kandungan ini.
Khasiat tambahan yang membezakan setiap susu formula
Bahan-bahan yang terkandung dalam makanan bayi di bawah 1 tahun dan susu formula susulan (6 hingga 12 tahun) dikawal sangat ketat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Peningkatan hasil kajian telah menjumpai beberapa nutrien diperlukan untuk perkembangan bayi secara selamat dan tanpa kesan sampingan. Justeru, marilah ibu mengetahui sedikit sebanyak tentang khasiat tambahan yang membezakan setiap susu formula dalam pasaran:
#1. Diperkaya prebiotik dan probiotik
Ia menghasilkan persekitaran usus serupa dengan bayi sihat yang menerima susu badan. Bukan itu sahaja, ia berfungsi mengurangkan jangkitan dan risiko alahan. Kajian awal dilakukan memperoleh hasil positif, tetapi keperluan memasukkan bahan-bahan ini ke dalam formula bayi masih belum dipastikan.
#2. Formula hypoallergenic (HA)
Biasanya ia digunakan untuk mengelakkan berlaku alahan makanan terhadap bayi bawah 6 bulan. Sekiranya ibu ayah atau salah seorang adik beradik anak memiliki sejarah reaksi alahan, maka bayi anda memiliki risiko lebih tinggi untuk mengalaminya.
Mereka seharusnya diberikan formula HA sebelum diberi sebarang jenis susu lain. Walau bagaimanapun faedah untuk meneruskan pengambilan ini selepas bayi mencecah 6 bulan masih belum meyakinkan.
#3. Asid lemak Omega 3 (Docosahaexaenoic Acid-DHA & Arachidonis Acis-ARA)
Ia dikaitkan dengan ketajaman penglihatan dan perkembangan kognitif yang memberangsangkan untuk bayi. Bagi susu formula anak bawah usia 6 bulan, dos telah ditetapkan oleh Amerika Syarikat dan Eropah, diguna pakai oleh WHO.
Tujuannya adalah untuk meniru kandungan susu manusia bagi ibu-ibu yang mengambil asid lemak dengan mencukupi.
Sumber: Kumparan, Babycenter
Kredit foto: Google Images
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: