Kerap Minum Bubble Tea, Budak Ini Maut Lepas Disahkan Menghidap Kanser Buah Pinggang!
Menurut doktor, cara pemakanan yang teruk merupakan sebab kanak-kanak itu jatuh sakit.
Adakah minuman bubble tea membahayakan kesihatan? Seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia akibat kanser buah pinggang, selepas pengambilan minuman bubble tea dan makanan manis yang terlalu kerap!
Budak Perempuan Meninggal Dunia Akibat Terlalu Kerap Minum Bubble Tea Dan Makanan Manis
Menurut Oriental Daily, tragedi tersebut berlaku di negara China. Budak perempuan berkenaan dikatakan sering mengadu sakit perut, malah mengalami penurunan berat badan yang mendadak.
Pada bulan Januari, ibu bapa kanak-kanak tersebut membawanya ke hospital di mana dia disahkan menghidap kanser buah pinggang.
Berita tersebut tentunya mengecewakan ibu bapa kanak-kanak itu yang mula terfikir apa yang menyebabkan ia terjadi.
Menurut doktor, cara pemakanan yang teruk merupakan sebab kanak-kanak itu jatuh sakit. Tambahan lagi, bapanya yang merupakan seorang chef pastri akan selalu membawa pulang kek dan gula-gula untuk anak perempuannya sejak dia berusia 2 tahun.
Disebabkan anak perempuannya sukakan makanan manis, si bapa kerap kali membelikan minuman bubble tea buatnya.
Walaupun anak gadisnya tidak naik berat badan, bapanya tidak penah mengesyaki yang ia mungkin berkait dengan sebarang penyakit. Kini bapanya hanya mampu menangis dan menyalahkan dirinya sendiri kerana mengabaikan pemakanan anaknya.
Kanak-kanak tersebut akhirnya meninggal dunia setelah 30 hari menjalani rawatan di Unit Rawatan Intensif. (ICU)
Adakah Minuman Bubble Tea Membahayakan Kesihatan?
Persepsi masyarakat mengenai teh merupakan minuman yang sihat, mengandungi aktioksidan yang baik untuk tubuh dan pastinya pilihan yang lebih baik berbanding minuman berkarbonat.
Tetapi hakikatnya, minuman bubble tea bukanlah sesuatu yang menyihatkan, malah ia ada kandungan gula dan kalori yang tinggi.
“Bubbles” dalam minuman ini terdiri daripada pearl tapioka, manakala ‘teh’ yang dibancuh dimaniskan lagi dengan gula, kadangkala ditambah dengan susu pekat juga.
Dalam satu eksperiman yang ditugaskan oleh Channel NewsAsia dan dijalankan oleh pelajar yang mendaftar dalam kursus Diploma Sains Makanan dan Pemakanan Terapan di Politeknik Temasek, mereka mendapati 1 cup 500ml susu boba gula coklat boleh mengandungi kira-kira 92g gula, kira-kira 3 kali ganda lebih daripada jumlah gula dalam kapasiti botol Coca Cola 320 ml.
Kegilaan anak-anak muda khususnya tentang minum bubble tea sangat merisaukan!
Sementara itu, satu kajian baru-baru ini yang dijalankan di Perancis, telah menemui kaitan khusus antara gula dan kanser. Menurut kajian yang diterbitkan dalam BMJ, pengambilan berlebihan minuman manis termasuk jus buah boleh meningkatkan risiko kanser.
Pengambilan jus buah-buahan dan minuman berkarbonat Coca-Cola menunjukkan persamaan yang sama yang berkaitan dengan kanser.
“Apabila kumpulan minuman bergula terbahagi kepada 100% jus buah dan minuman manis lain, penggunaan kedua-dua jenis minuman itu dikaitkan dengan risiko kanser keseluruhan yang lebih tinggi,” katanya. “Pendorong utama merupakan gula, jadi ketika kita melihat kandungan gula per 100ml, Coke biasa atau jus oren 100% sebenarnya cukup sama. Jadi, tidak pelik jika kita melihat persamaan ini untuk jus buah-buahan,”kata Dr Mathilde Touvier, yang mengetuai penyelidikan, dari Inserm, institut kebangsaan Perancis penyelidikan kesihatan dan perubatan. “Cadangan daripada beberapa agensi kesihatan awam adalah untuk mengambil kurang daripada satu minuman setiap hari. “Jika anda mengambil dari semasa ke semasa minuman manis tidak akan menjadi masalah, tetapi jika anda minum sekurang-kurangnya satu gelas sehari ia dapat menimbulkan risiko beberapa penyakit – di sini, mungkin kanser, malahan penyakit kardiometabolik, “kata Dr Touvier.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.