X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Risiko maut YANG TERSEMBUNYI jika bubble tea diberi pada kanak-kanak

4 min bacaan
Risiko maut YANG TERSEMBUNYI jika bubble tea diberi pada kanak-kanak

Tak sangka, ibu ini terpaksa belajar tentang bahaya minum bubble tea dari insiden yang hampir meragut nyawa anaknya. Hati-hati ibu jika anak suka bubble tea!

Tahukah anda kenapa bahaya minum bubble tea? Minuman ini bukan saja memiliki kandungan gula yang tinggi. Malah, pearl atau biji hitam yang didatangi dalam minuman juga boleh membawa risiko maut!

Di Asia, bubble tea adalah salah satu minuman kegemaran ramai. Lebih-lebih lagi kerana kemanisan teh dan biji bubble yang boleh dikunyah.

Namun, seorang ibu dari China terpaksa mempelajari bahaya minum bubble tea dari pengalaman yang amat mengerikan. Ikuti pengalaman beliau yang ingin dikongsi sebagai amaran ini.

Bahaya minum bubble tea: Anak hampir maut

bahaya bubble tea, bahaya minum bubble tea, bubble tea, bubble tea kanser,

Jika anda selalu (atau kadang-kadang) membenarkan anak minum bubble tea, sila ingat peristiwa yang mengerikan ini. 

Ia berlaku pada seorang kanak-kanak bernama Xiao Lin dari China. Kanak-kanak ini telah mengalami pneumonia, demam dan batuk selama hampir enam bulan!

Ibunya, Linlin tidak terlalu memikirkan risiko maut pada anaknya itu. Beliau hanya memberikan ubat. Ubat nyata mampu menenangkan anaknya, tapi tanda-tanda kesakitan masih tidak berkurang.

Xiao Lin batuk dengan teruk dan masih demam dengan suhu yang tinggi. Akan tetapi, dia tidak selesema! 

Apabila mula risau dengan keadaan anaknya, Linlin terus membawa Xiao Lin ke hospital bagi melakukan pemeriksaan.

Selepas doktor melakukan pemeriksaan endoskopi pada paru-parunya, mereka jumpa pearl hitam (dari bubble tea) yang tersekat pada paru-paru kanan kanak-kanak ini!

bahaya bubble tea, bahaya minum bubble tea, bubble tea, bubble tea kanser,

Bahaya minum bubble tea: Pearl hitam tidak dihadam

Doktor akhirnya mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan pada Xiao Lin. Apa yang mengejutkan – pearl ini kelihatan masih baru walaupun sudah enam bulan dalam paru-parunya. 

Ini bermakna pearl hitam tersebut tidak dicerna sama sekali! Doktor yang bertugas menerangkan, paru-paru tidak merembeskan jus pencernaan.

Mekanisme perlindungan utama yang dilakukan paru-paru jika ada benda asing di dalamnya ialah dengan membungkus objek tersebut melalui rembesan. 

bahaya bubble tea, bahaya minum bubble tea, bubble tea, bubble tea kanser,

Hal ini bermaksud, dari masa ke semasa, pearl hitam tersebut boleh semakin membesar dan mengancam nyawa! Sudahlah ia susah untuk dikesan!

Nasib baiklah Xiao Lin kini sudah semakin sihat. Lihat video di bawah untuk mengetahui tentang kejadian penuh.

Apa yang ibu bapa boleh belajar dari kisah ini?

Ibu Xiao Lin mengesahkan mungkin anaknya telah minum bubble tea berikut tanpa pengetahuannya. Yang lebih memburukkan keadaan, anaknya itu telah menghisap dan tercekik biji pearl hitam tersebut. 

Kejadian ini merupakan satu amaran buat ibu bapa di luar sana tentang bahaya minum bubble tea dan makanan/minuman lain yang nampak macam “selamat”.

Hari ini, kami di theAsianparent turut akan memberi beberapa langkah keselamatan bagi mengelak kejadian seperti ini daripada berulang.

Langkah keselamatan untuk makanan dan minuman

1 – Untuk bayi dan anak kecil

bahaya bubble tea, bahaya minum bubble tea, bubble tea, bubble tea kanser,

  • Potong makanan mereka kecil-kecil supaya tiada risiko tercekik
  • Jangan bagi makanan yang boleh tercekik seperti gula-gula, kacang, biji bertih, chewing gum, marshmallows, jeli
  • Jangan biar anak makan seorang diri. Anda kena pantau pemakanan mereka. Insiden bahaya minum bubble tea ini adalah kerana kecuaian
  • Ajar pengasuh – Jika anda tinggalkan anak pada pengasuh, ajar mereka tentang risiko tercekik dan apa yang patut dibuat
  • Dudukkan anak ketika makan
  • Jangan bagi mereka mentega kacang – sebaliknya, sapukan mentega kacang di atas roti

2 – Untuk kanak-kanak yang lebih besar

  • Sentiasa pantau aktiviti anak
  • Ajar mereka untuk panggil anda jika ada sesuatu berlaku
  • Ingat, umur bukan bermaksud mereka selamat. Anggur dan pearl dari bubble tea ada risiko tanpa mengira usia
  • Jangan galakkan anak buat sesuatu ketika makan. Suruh mereka fokus pada makanan

Apa yang harus saya lakukan jika anak tercekik?

  1. Pertama sekali, tengok jika objek tersebut boleh dibawa keluar dari batuk. Galakkan anak untuk batuk bagi mengeluarkan objek.
  2. Jika gagal, anda boleh memaksa objek tersebut dari keluar. Caranya – suruh anak membongkok. Kemudian, anda tepuk sebanyak 5 kali di belakang anak. Selepas itu, cuba check mulutnya. 

Lihat video ini untuk memahami bagaimana anda boleh menyelamatkan bayi yang tercekik:

 

 

 

 

 

 

Stories Rakan Kongsi
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya
Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya
Beware of chemicals that can harm your children
Beware of chemicals that can harm your children

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Artikel ini ditulis oleh Kevin Wijaya dan mendapat kebenaran theAsianparent Singapore untuk diterjemah.

Baca juga:

Tahukah Anda Makanan Ini Berisiko Buat Anak Tercekik?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Keselamatan anak
  • /
  • Risiko maut YANG TERSEMBUNYI jika bubble tea diberi pada kanak-kanak
Kongsikan:
  • BAHAYA Selalu Minum Bubble Tea, Tubuh Remaja Ini Dipenuhi Pearl Yang Tak Dihadam Baik!

    BAHAYA Selalu Minum Bubble Tea, Tubuh Remaja Ini Dipenuhi Pearl Yang Tak Dihadam Baik!

  • Kerap Minum Bubble Tea, Budak Ini Maut Lepas Disahkan Menghidap Kanser Buah Pinggang!

    Kerap Minum Bubble Tea, Budak Ini Maut Lepas Disahkan Menghidap Kanser Buah Pinggang!

  • Bila Isteri Melawa Support & Hargailah, Dia Berusaha Jadi Wanita Cantik Di Mata Suami

    Bila Isteri Melawa Support & Hargailah, Dia Berusaha Jadi Wanita Cantik Di Mata Suami

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • BAHAYA Selalu Minum Bubble Tea, Tubuh Remaja Ini Dipenuhi Pearl Yang Tak Dihadam Baik!

    BAHAYA Selalu Minum Bubble Tea, Tubuh Remaja Ini Dipenuhi Pearl Yang Tak Dihadam Baik!

  • Kerap Minum Bubble Tea, Budak Ini Maut Lepas Disahkan Menghidap Kanser Buah Pinggang!

    Kerap Minum Bubble Tea, Budak Ini Maut Lepas Disahkan Menghidap Kanser Buah Pinggang!

  • Bila Isteri Melawa Support & Hargailah, Dia Berusaha Jadi Wanita Cantik Di Mata Suami

    Bila Isteri Melawa Support & Hargailah, Dia Berusaha Jadi Wanita Cantik Di Mata Suami

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.