Sebak! Ayah Meninggal Dunia Dalam Kereta Ketika Tunggu Anak Temuduga Kerja

Seperti anda yang begitu menyanjung pengorbanan ibu, namun kasih sayang ayah juga tidak terhingga kerana sanggup melakukan apa sahaja untuk anak-anak.

Biarpun pepatah mengatakan kasih sayang ibu sehingga ke syurga, namun sebenarnya kasih ayah juga tiada tandingannya.

Tidak dinafikan bahawa ibu ayah adalah orang yang paling utama dalam hidup anak-anak. Malahan, mereka juga sanggup mengorbankan apa sahaja demi kebahagiaan anda.

Kasih ayah sentiasa bersama anak

kasih bapa

Menurut laporan media tempatan baru-baru ini, seorang warga emas telah dilaporkan meninggal dunia ketika menanti anak yang tersayang menghadiri temuduga untuk bekerja.

Difahamkan ketika kejadian, Mustafa Ariffin yang berusia 60 tahun pada ketika itu berada dalam sebuah kenderaan jenis Proton Wira.

Namun, orang awam yang melalui sekitar kereta berkenaan mendapati dia tidak sedarkan diri dan berada dalam keadaan yang mencurigakan pada tempat duduk penumpang hadapan.

Kejadian ini melibatkan mangsa meninggal dunia seorang diri kerana isterinya menemani anak mereka menghadiri sesi temuduga di tingkat atas bangunan kerajaan itu.

Setelah anak mangsa mendapat tahu tentang hal ini, dia terus memaklumkan kepada sepupu arwah bapanya, Mohd Ali Ahmad, 55 tahun dan mereka sekeluarga bergegas ke lokasi kejadian.

Walau bagaimanapun, dia dipercayai sedang mengalami demam sejak tiga hari sebelum tarikh anaknya terlibat dengan sesi temuduga kerja.

Pengorbanan bapa yang anak tidak tahu

kasih sayang seorang ayah

foto: pamapedia

#1. Perjalanan hidup ayah cukup memenatkan

Tidak hanya ibu, jadual seharian ayah yang begitu padat dalam menguruskan aktiviti anak-anak berjalan lancar turut membuatkan ayah berasa penat.

Namun, kepenatan ini hanya dipendam dan tidak diluahkan melalui kata-kata. Tidak cukup dengan itu, seorang ayah juga pandai merahsiakan perasaan mereka asalkan keperluan seharian anak-anak dapat dipenuhi dengan sebaik mungkin.

Seorang ayah sanggup membanting tulang dengan kudrat yang ada di tengah cuaca yang panas sehingga kadang-kadang tidak sempat untuk menjamah makanan.

#2. Ayah sentiasa ingin bersama anak

Mungkin bagi sesetengah anak, anda akan mendapati bahawa ayah kurang bercakap dan hanya mengiyakan sahaja setiap kata-kata ibu.

Namun, jauh dari sudut hati mereka sebenarnya mahu sentiasa dekat dengan anda.

Jika dia memiliki peluang untuk menghentikan masa, mungkin ayah ingin anda sentiasa menjadi anak kecil agar waktu berharga ini cepat berlalu seperti ditiup angin.

Terkadang seorang bapa mengalami kekurangan waktu untuk bersama keluarga kerana sibuk mencari nafkah dan tuntutan kerja yang begitu banyak.

#3. Usaha terbaik buat keluarga

pengorbanan ayah

foto: babab.net

Anda mungkin tidak perasan bahawa ayah selalu terpaksa ‘overtime’ kerana mahu menyediakan belanja seisi rumah atau kemahuan anak-anak yang pelbagai.

Namun, jika ayah tidak mampu untuk mendapatkan setiap barangan yang anda inginkan, usahlah berdendam dengan dirinya.

Sememangnya seorang bapa akan mengukirkan janji manis agar anak-anak bahagia. Sekiranya janji-janji yang telah ditaburkan tidak dapat dipenuhi, maafkan sahaja dirinya kerana ayah telah mencuba sehabis mungkin untuk memastikan anda cukup makan dan pakaian.

#4. Ayah mahu anda belajar hidup tanpanya

Sikap bapa yang mengawal setiap anak-anak bukanlah bertujuan untuk mengongkong kehidupan anda. Sebenarnya, setiap tindakan yang dilakukan oleh mereka memiliki sebab yang tersendiri.

Bukan itu sahaja, jika dia melarang anda dari melakukan sesuatu perkara ia adalah untuk mematangkan diri anak-anak dan membolehkan anda hidup berdikari.

Hal ini kerana, mereka yang telah makan asam garam terlebih dahulu mahu anda belajar hidup tanpa kehadiran seorang ayah pada suatu hari nanti.

Ilmu dan didikan yang diberikan ini akan membuatkan anda lebih faham tugas dalam membesarkan anak-anak setelah menjadi ibu ayah kelak.

#5. Tenang hadapi masalah

Setiap bulan, ayah pasti memikirkan bajet bagi keperluan rumah, dapur, anak-anak, isteri, dan akhir sekali barulah keperluan dirinya sendiri.

Siapa tahu, ayah yang sering membelanjakan anak-anak mendapatkan setiap yang anda mahukan sebenarnya hanya memiliki baki RM10 di dalam poketnya.

Apabila memasuki sahaja awal bulan, pastinnya ayah akan berasa sedikit lega kerana jumlah gaji telah masuk.

Namun, setelah dibahagi-bahagikan, harapan untuk mendapatkan keperluan dirinya terpaksa dilupakan sehinggalah ke hari ini.

#6. Rasa kecewa jika tidak memenuhi keperluan 

Kasih ayah turut ingin melihat anak-anak sentiasa ceria dan gembira menempuhi setiap perjalanan kehidupan. Sekiranya mampu, mereka juga sanggup membeli sebuah kedai mainan untuk diberikan kepada anda.

Namun, masalah kewangan menjadi kekangan dan tak mengizinkan ayah untuk memenuhi setiap perkara yang anda minta dan mereka sudah tentu diselubungi dengan rasa bersalah.

#7. Mahu anak jadi lebih baik berbanding dirinya

Apabila anda sudah dewasa dan memiliki kerja, barulah anda faham bahawa hidup tidak semudah yang disangka. Pada ketika ini, anda akan mengingati wajah ayah yang sering kelihatan tenang dan tidak pernah mengeluh dalam memastikan seisi keluarga gembira.

Bukan itu sahaja, pastinya dia tidak mahu anda menjadi seperti mereka dan berharap kesemua anak jadi lebih baik berbanding dirinya.

Sumber: Harian Metro, Sirap Limau

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sebak! Ayah Meninggal Dunia Dalam Kereta Ketika Tunggu Anak Temuduga Kerja

Baca juga:

https://my.theasianparent.comhubungan-ayah-dan-anak-perempuan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!