X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Kesihatan anda sebenarnya dalam BAHAYA kerana garam yang dibeli di kedai!

4 min bacaan
Kesihatan anda sebenarnya dalam BAHAYA kerana garam yang dibeli di kedai!

Kajian baru mendedahkan yang garam laut telah dicemari oleh plastik akibat dari pencemaran laut. Garam laut di Asia mempunyai bilangan plastik tertinggi.

Kerana kemudahannya, plastik telah menjadi kebiasaan dalam masyarakat moden. Ia digunakan untuk membungkus makanan dan minuman serta dibuat sebagai peralatan harian.

Tapi, apabila plastik dibuang ke persekitaran, ia boleh mencemarkan segalanya termasuklah badan kita – seperti garam laut yang dicemari plastik.

Kajian: Garam laut dicemari plastik yang tak boleh dilihat dari mata kasar

Kajian terbaru dari Greenpeace menemui 90% garam yang digunakan oleh semua orang di seluruh dunia dicemari oleh mikroplastik – lebih-lebih lagi garam yang dibeli di Asia.

Menurut kajian, umumnya orang dewasa mencerna 10 gram garam setiap hari. Jumlah ini bersamaan dengan 2,000 mikroplastik setahun!

garam laut, jenis garam, keburukan garam, garam dalam makanan, pencemaran laut, plastik

Jika anda tak tahu apa itu mikroplastik, ia didefinisikan sebagai “kepingan plastik kecil kurang dari 5 milimeter panjang dan boleh membahayakan laut dan kehidupan laut.”

Ia juga boleh datang dalam bentuk “kepingan kecil yang ditambah ke dalam produk kecantikan dan kesihatan seperti pembersih dan ubat gigi.”

Kajian yang mengejutkan ini telah diterbitkan oleh jurnal Environmental Science & Technology, dengan melihat 39 jenama garam laut berbeza yang dijual di negara seperti di Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam.

Saintis telah menemui mikroplastik dalam 36 dari 39 jenama dengan kepekatan mikroplastik.

Setiap jenama mempunyai jumlah mikroplastik yang berbeza. Jenama garam yang paling banyak dicemari mikroplastik adalah dari sampel garam laut dari Indonesia.

Hasil kajian juga mengatakan, Asia paling bertanggungjawab dalam pencemaran plastik di Bumi.

Menurut Mikyoung Kim, salah seorang yang berkempen untuk Greenpeace East Asia, penemuan ini mengatakan yang kesihatan dan ekosistem penduduk asia adalah dalam bahaya oleh kerana “pencemaran mikroplatik yang teruk di maritim.”

garam laut, jenis garam, keburukan garam, garam dalam makanan, pencemaran laut, plastik

“Kajian baru menemui plastik di dalam makanan laut, kehidupan liar, air paip dan kini garam. Jelas sekali kita tak boleh lari dari krisis plastik, lebih-lebih lagi bila ia berterusan dicemarkan ke dalam laut dan sumber air,” tambah Kim.

Di Malaysia, beberapa kerajaan negeri telah cuba mengelakkan penggunaan plastik bagi mengelakkan pencemaran laut yang semakin membimbangkan.

Diharapkan anda juga dapat mengurangkan penggunaan plastik bagi menyokong usaha baik kerajaan serta menyelamatkan kehidupan laut.

Jenis garam apa yang perlu dipilih selepas garam laut terbukti telah tercemar

Kajian mendapati, antara 39 jenama garam, tiga jenama berikut adalah bebas dari mikroplastik:

  • Garam laut halus Taiwan
  • Garam batu halus Tanah Besar China
  • Garam laut kasar yang dijemur Perancis 

Pengkaji juga menemui jenis garam yang paling banyak dicemari mengikut turutan adalah:

  • Garam laut
  • Garam tasik
  • Garam batu

Laporan kajian juga mengatakan, untuk mengetahui sebanyak masa garam telah dicemar adalah dengan mengukur pencemaran pada sumber garam.

Bagaimanapun, masih banyak lagi yang perlu dikaji saintis seperti bagaimana mikroplastik ini beri kesan pada tubuh dan kesan pada kesihatan dalam jangka panjang.

Harapnya lepas ini anda akan lebih berhati-hati ketika membeli garam kerana anda mungkin menambah plastik dalam hidangan anda.

Peringatan untuk ibu bapa

Kita sebagai ibu bapa memang akan berhati-hati dengan makanan yang dimakan oleh anak-anak. Jadi ini adalah beberapa peringatan tentang garam yang perlu anda tahu;

  • Bayi bawah 12 bulan tak boleh diberikan garam atau gula langsung.
  • Garam adalah bahan yang penting dalam setiap hidangan dan tanpanya, makanan akan jadi tawar. Tapi, anda boleh gantikannya dengan bahan lain untuk menjadikan makanan anda sedap seperti halia, bawang dan cili. Rempah dan herba juga boleh digunakan untuk memberi rasa pada makanan.
  • Pengambilan garam yang berlebihan adalah sebab biasa banyak penyakit dan boleh menyebabkan komplikasi seperti tekanan darah tinggi. 

Jadi, kurangkan jumlah garam dalam makanan anda kerana ia akan memberikan kebaikan kepada kesihatan anda dan anak-anak.

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Srtikel ini asalnya ditulis oleh Kevin Wijaya dan mendapat kebenaran theAsianparent Singapore untuk diterjemah

Baca juga: 

Stories Rakan Kongsi
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Pilihan Utama Ibu-Ibu Di Australia, 5 Sebab Anak Anda Perlu Beralih Kepada Susu Organik Kanak-Kanak Dari Bellamy’s Organic EQUISPIRE
Pilihan Utama Ibu-Ibu Di Australia, 5 Sebab Anak Anda Perlu Beralih Kepada Susu Organik Kanak-Kanak Dari Bellamy’s Organic EQUISPIRE
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!

6 Makanan Menyekat Perkembangan Otak Anak, Punca Belajar Susah Nak Faham!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nadia Ghafar

  • halaman rumah
  • /
  • Penyusuan & Pemakanan
  • /
  • Kesihatan anda sebenarnya dalam BAHAYA kerana garam yang dibeli di kedai!
Kongsikan:
  • Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

    Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

  • 20 Makanan Bayi 11 Bulan Agar Cepat Gemuk, Pilihan Tinggi Kalori, Vitamin & Lebih Berkhasiat!

    20 Makanan Bayi 11 Bulan Agar Cepat Gemuk, Pilihan Tinggi Kalori, Vitamin & Lebih Berkhasiat!

  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

    Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

  • 20 Makanan Bayi 11 Bulan Agar Cepat Gemuk, Pilihan Tinggi Kalori, Vitamin & Lebih Berkhasiat!

    20 Makanan Bayi 11 Bulan Agar Cepat Gemuk, Pilihan Tinggi Kalori, Vitamin & Lebih Berkhasiat!

  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham