8 kebaikan berpuasa untuk kecantikan dan kesihatan, anda pasti tak tahu selama ini!
Sebenarnya, banyak kebaikan berpuasa yang kita tak sangka. 8 kebaikan ini pasti akan buat anda lebih bersemangat nak puasa di bulan Ramadhan! Jom semak ia..
Tahukah anda yang kebaikan berpuasa bukan semata-mata untuk kesihatan tubuh badan, malah ia juga bagus untuk kecantikan?
Ha… kami pasti anda akan terkejut mengetahui 8 kebaikan berpuasa yang akan kami senaraikan ini. Segala kebaikan-kebaikan berikut jarang disebut, jadi mungkin ramai netizen yang tidak tahu mengenainya.
Jom semak apakah 8 kebaikan berpuasa untuk kecantikan dan kesihatan yang anda wajib tahu!
8 kebaikan berpuasa yang jarang disebut – anda wajib tahu!
1. Meningkatkan sensitiviti insulin
Insulin ialah hormon yang mengendali kadar gula dalam darah. Insulin dihasilkan oleh pankreas dan berperanan untuk mengubah glukosa dalam makanan yang kita makan.
Insulin akan menukar glukosa itu menjadi tenaga yang akan disebarkan ke seluruh tubuh. Ketika berpuasa, sensitiviti insulin ini akan meningkat.
Ia menjadikan tubuh boleh menoleransi karbohidrat dengan lebih baik. Malah, kadar gula dalam darah juga akan semakin baik!
2. Meningkatkan metabolisme tubuh
Salah satu kebaikan berpuasa ialah ia mampu membenarkan sistem pencernaan kita berehat sekejap. Almaklumlah, 11 bulan sistem ini bekerja keras untuk mengolah makanan yang kita makan selama 24 jam.
Jadi apabila ia boleh “berehat” sekejap, maka, metabolisme tubuh juga dapat berfungsi dengan lebih baik untuk membakar kalori.
Jangan tak tahu, tapi berpuasa sebenarnya mampu menyihatkan usus dan pencernaan!
3. Buat individu lebih panjang umur
Sebuah kajian mendapati, individu yang makan sedikit memiliki harapan untuk hidup lebih lama. Hal ini berkaitan dengan metabolisme yang meningkat ketika kita berpuasa.
Proses metabolisme yang lambat kerana kerap makan akan menjadikan kesan penuaan jadi lebih cepat!
Tak percaya lihat sajalah tips sihat Tun Dr Mahathir. Anda pasti takkan percaya!
4. Bijak mengendali rasa lapar
Salah satu kebaikan berpuasa yang kita tidak sedar ialah ia membantu anda mengendali rasa lapar.
Bayangkan, ketika berpuasa, kita tidak makan atau minum selama lebih dari 12 jam. Padahal kalau tidak berpuasa, 3-4 jam saja kita sudah rasa lapar, kan?
Berpuasa sebenarnya membantu mengatur hormon yang bertanggungjawab untuk beri rasa lapar. Sebab itu ketika puasa, kita akan rasa lapar hanya bila tubuh betul-betul memerlukan makanan.
5. Memperbaiki pola makanan
Bagi anda yang ada masalah gangguan pola makanan tak teratur atau berlebihan, puasa boleh membantu anda mengatasi masalah itu.
6. Meningkatkan fungsi otak
Kebaikan berpuasa yang paling tidak diduga ialah ia mampu meningkatkan pengeluaran protein BDNF (brain-derived neurotrophic factor) di otak.
BDNF ini fungsinya untuk mengatifkan sel induk dalam otak. Ia kemudiannya menjadi sel saraf baru lalu meningkatkan kesihatan sistem saraf.
7. Meningkatkan sistem imun badan
Ketika berpuasa, tubuh mengurangkan radikal bebas yang boleh masuk dari makanan. Ketika tubuh berehat dan proses percernaan berjalan, ia mampu mencegah pembentukan sel kanser!
Hasilnya, sistem imun badan anda akan jadi lebih kuat untuk lawan jangkitan atau bakteria.
8. Mengatasi jerawat
Siapa sangka, kebaikan berpuasa juga dapat membantu anda mendapatkan kulit yang lebih bersih dan tanpa jerawat!
Ini kerana ketika tubuh berehat dari proses mencerna makanan, sistem keremajaan kulit akan bekerja lebih keras untuk menjaga kesihatan kulit.
Selepas anda baca semua 8 kebaikan berpuasa ini, pasti anda tak ragu-ragu lagi tentang manfaat puasa, kan?
Kami di theAsianparent mendoakan agar anda sentiasa bersemangat untuk berpuasa!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber rujukan: theAsianparent Indonesia
Kredit gambar: India.com
Baca juga:
https://my.theasianparent.comresepi-kekal-bertenaga-ketika-puasa/