Mengajar Anak Cara Betul Untuk Jaga Kebersihan Kemaluan Mereka

Kebersihan kemaluan harus diajar pada anak-anak sejak kekal agar mereka tidak dijangkiti kuman atau jatuh sakit. Bagaimana cara ingin mengajarnya?

Mengapa perlu ajar anak jaga kebersihan kemaluan?

Penjagaan kebersihan kemaluan anak sangat penting untuk memastikan mereka tidak mendapat jangkitan atau jatuh sakit.

Bahagian kemaluan anak lelaki dan anak perempuan boleh jadi tempat bakteria berkembang jika ia tidak dibersihkan dengan betul. 

Jadi, amalan menjaga kebersihan diri adalah sesuatu yang perlu diajar oleh ibu bapa dari kecil.

Mengajar Anak Cara Betul Untuk Jaga Kebersihan Kemaluan Mereka

Kredit: PopSugar

Selain dari perkara biasa seperti mencuci tangan, mencuci muka, berus gigi dan sebagainya, mereka perlu diajar cara yang betul untuk menjaga kebersihan kemaluan mereka juga.

Ibu bapa perlu mula ajar anak cara betul untuk menjaga kebersihan kemaluan sekitar usia 6-11 tahun, kerana kemaluan mereka mula berkembang pada usia itu.

Apabila kanak-kanak semakin besar, mereka akan rasa malu atau kekok untuk bercakap tentang kemaluan mereka.

Tapi jika ibu bapa telah mula mengajar anak amalan kebersihan diri secara menyeluruh dari kecil, perbincangan tentang cara penjagaan kemaluan mungkin akan jadi lebih senang. 

Berikut adalah bagaimana anda boleh mengajar anak lelaki atau perempuan untuk menjaga kebersihan kemaluan mereka:

Kebersihan kemaluan untuk anak lelaki

Mengajar Anak Cara Betul Untuk Jaga Kebersihan Kemaluan Mereka

  • Hujung zakar – kawasan di bawah kulup perlu dibersih dengan kerap. Jangan tarik balik bahagian kulup dari hujung secara paksa. 
  • Ajar anak supaya tidak menggunakan sabun ketika mencuci kawasan di bawah kulup. Ia adalah kawasan yang halus dan senang terengsa, jadi gunakan air sahaja.
  • Jika anak mendapati ada bahan putih di bawah kulup, itu adalah smegma – rembesan semula jadi badan dan perlu dibersihkan ketika mandi.
  • Ajar anak cara mencuci kemaluan mereka, sama seperti mencuci bahagian-bahagian badan yang lain.
  • Ajar anak yang kemaluan mereka mungkin boleh terkena kurap atau rasa gatal-gatal. Ini adalah jangkitan kulat yang biasanya berlaku pada musim panas. Ia boleh disebabkan oleh pakaian yang terlalu ketat dan kawasan kemaluan yang tidak mendapat pengudaraan yang baik. Tanda-tanda jangkitan termasuk kulit yang kemerahan, lepuh dan rasa gatal-gatal.

Kebersihan kemaluan untuk anak perempuan

Mengajar Anak Cara Betul Untuk Jaga Kebersihan Kemaluan Mereka

  • Faraj perempuan boleh membersihkan dirinya sendiri, oleh itu anak cuma perlu cuci bahagian luar sahaja.
  • Jangan masukkan sebarang objek untuk membersihkan faraj kerana ini boleh merosakkan kulit di dalam.
  • Kuman juga boleh masuk dan menjangkiti kawasan faraj. Oleh itu, ajar anak gadis untuk mencuci kawasan itu dengan berhati-hati.
  • Ajar anak untuk mencuci dan mengelap dari depan ke belakang selepas ke tandas. Ini penting untuk mengelak sebarang bakteria dari kawasan dubur masuk ke saluran kencing atau faraj.
  • Bincang dengan anak gadis mengenai kitaran haid dan bagaimana mereka perlu menjaga kawasan kemaluan mereka semasa tempoh ini.
  • Ajar mereka untuk menggunakan tuala wanita dengan betul dan untuk mengantikannya dengan kerap.

Ajar anak jaga kebersihan diri dan kebersihan kemaluan

Mengajar Anak Cara Betul Untuk Jaga Kebersihan Kemaluan Mereka

Juga, ajar anak tentang pentingnya kebersihan secara keseluruhan.

Terangkan kepada mereka bahawa kita mempunyai bakteria di seluruh badan. Misalnya, mereka selalu makan sel-sel kulit mati kita, bahkan peluh kita.

Sesetengah bakteria boleh menyebabkan bau yang tidak menyenangkan.

Dengan pembersihan yang kerap dan penggunaan produk mesra kulit kanak-kanak, anda boleh mengurangkan bau anak dan dia akan lebih selesa.

Pastikan anak tahu kepentingan menjaga kebersihan kemaluan dan bahagian-bahagian tubuh yang lain.

Amalan menjaga kebersihan diri yang ditanam dari kecil akan kekal bersama anak untuk jangka masa yang panjang dan menjauhkan anak dari sebarang jenis jangkitan kulit.

Sumber: World of Moms

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Cara Menjaga Kebersihan Kemaluan Bayi Lelaki: Panduan Buat Ibu Bapa

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!