TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Bila Dan Bagaimana Cara Terbaik Untuk Memberus Gigi Bayi Anda?

3 min bacaan
Bila Dan Bagaimana Cara Terbaik Untuk Memberus Gigi Bayi Anda?

Bila anda patut memberus gigi anak dan bagaimana? Ketahui cara asas untuk menjaga kebersihan gigi bayi anda dengan bantuan dari doktor gigi kanak-kanak terkemuka ini!

Ibu bapa mungkin rasa tidak sabar untuk melihat senyuman anak dengan gigi pertamanya. Tapi bilakah anda perlu mula memberus gigi anak dan apakah cara terbaik?

Seorang bayi boleh keluar gigi seawal usia 4 bulan selepas kelahiran. Tapi kebanyakkan bayi hanya akan menunjukkan tanda-tanda keluar gigi sekitar 6 bulan.

Bila Dan Bagaimana Cara Terbaik Untuk Memberus Gigi Bayi Anda?

Kredit: Sherwood Dental

Bila ibu bapa perlu mula memberus gigi bayi?

Aura Caldera, DDS, seorang Doktor pakar gigi kanak-kanak dari New York / New Jersey, mencadangkan:

“Sebelum bayi anda keluar gigi pertama, anda sepatutnya sudah mula membersihkan gusi mereka dengan kain lap basah yang lembut atau berus gigi jari khas untuk bayi, selepas menyusu dan sebelum masa tidur. “

Ibu bapa perlu mula memberus gigi mereka sebanyak dua kali sehari. Sekali pada waktu pagi (selepas bersarapan) dan sekali lagi selepas makan malam sebelum tidur.

Ibu bapa juga perlu memastikan anak tidak menyusu atau makan lagi selepas memberus gigi mereka untuk kali terakhir.

Bila Dan Bagaimana Cara Terbaik Untuk Memberus Gigi Bayi Anda?

Cara paling baik untuk memberus gigi anak

“Pilih berus gigi yang lembut, dengan kepala yang kecil dan senang dipegang,” saran Caldera.

Hanya sikit saja ubat gigi diperlukan – sekecil biji nasi dan berus gigi di bahagian depan dan belakang perlahan-lahan.

Pastikan gigi di bahagian belakang dan bawah mulut diberus dengan baik kerana itulah tempat di mana bakteria suka berkembang.

Jenis ubat gigi yang sesuai untuk memberus gigi bayi

Sebelum membeli ubat gigi untuk si manja, semak dulu jika anak mengambil vitamin yang sudah mempunyai fluorida.

Sebaik-baiknya, pilih ubat gigi tidak berflourida, yang khas untuk bayi dan kanak-kanak serta selamat jika ditelan. 

Jika ibu bapa tidak dapat mencari jenis yang tanpa flourida, Robert Delarosa, DDS – bekas presiden Akademi Pergigian Pediatrik Amerika, mengesyorkan ibu bapa mengguna ubat gigi berfluorida dalam kuantiti yang kecil sahaja.

Flossing

Delarosa menyarankan ibu bapa mula floss gigi anak sebaik saja gigi mereka sudah menyentuh satu sama lain. Untuk memudahkan kerja ibu bapa untuk floss gigi anak, gunakan floss jenis ini:

Bila Dan Bagaimana Cara Terbaik Untuk Memberus Gigi Bayi Anda?

Sumber gambar: Watsons

Floss jenis ini lebih senang untuk digunakan dalam mulut kanak-kanak.

Cuba alih perhatian anak

Kanak-kanak dan bayi mungkin tidak akan suka proses memberus gigi atau floss gigi jadi ibu bapa kenalah pandai-pandai ya?

Cuba alihkan perhatian anak dengan bernyanyi, atau pasangkan lagu kegemaran mereka.

Jika anak anda suka main air, ibu bapa juga boleh berus dan flosskan gigi anak sambil mandi. Anak boleh main air dan ibu bapa pun boleh berus dengan senang.

Bila Dan Bagaimana Cara Terbaik Untuk Memberus Gigi Bayi Anda?

Jumpa doktor gigi buat pertama kali

Menurut American Academy of Pediatric Dentistry, ibu bapa patut bawa anak mereka jumpa doktor gigi apabila mereka hampir 1 tahun.

Apabila ibu bapa mementingkan penjagaan gigi dan membawa anak untuk temujanji doktor gigi tahunan, ini boleh memastikan kesihatan gigi dan mengurangkan rongga gigi.

Sumber: Momtastic

Diterbitkan semula dari: theAsianparent Philippines

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Stories Rakan Kongsi
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?

10 Cara Melegakan Kesakitan Bayi Tumbuh Gigi, Boleh Dibuat Di Rumah Saja!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Bila Dan Bagaimana Cara Terbaik Untuk Memberus Gigi Bayi Anda?
Kongsikan:
  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

  • Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

    Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

  • Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

    Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham