Ibu "sibuk" dengan telefon, anak sampai terjatuh bawah kereta api!
Keburukan telefon pintar bukan saja pada anak malah ibu bapa. Ini terbukti apabila ketika ibu sibuk lihat telefon, anak terjatuh ke landasan kereta api.
Seperti yang kita tahu, telefon pintar sudah menjadi sebahagian dari hidup kita. Sama ada untuk menghubungi orang, bekerja atau sebagai tempat hiburan anak. Kita juga tahu tentang keburukan telefon pintar.
Antara keburukannya adalah bila kita terlalu sibuk dengan telefon pintar sama ada secara sengaja atau tidak, kita sebenarnya telah meletakkan nyawa anak dalam bahaya. Ini apa yang berlaku pada ibu dari Beijing ini.
Keburukan telefon pintar: Anak terjatuh ke landasan kereta api gara-gara ibu sibuk dengan telefon
Menurut berita tempatan, pada 16 Oktober lalu, seorang kanak-kanak perempuan terjatuh ke bawah kereta api tak bergerak di Beijing. Ibunya tak perasan anaknya jatuh kerana dia terlalu sibuk melihat telefon.
Video CCTV menunjukkan kanak-kanak perempuan ini berusia dalam linkungan empat ke lima tahun. Kanak-kanak ini ditemani ibunya di Stesyen Kereta Api Beijing ketika kejadian menakutkan ini berlaku.
Kanak-kanak ini telah melintas garisan keselamatan dan terjatuh ke dalam jurang antara platform ketika ibunya sibuk melihat telefon bimbit.
Selepas menyedari anaknya jatuh, ibu ini cuba membantu mengeluarkan anaknya dengan memberi arahan kepada anaknya untuk berjalan ke arah pintu kerata api yang ada jurang lebih besar.
Selepas kanak-kanak ini disahkan tak mengalami apa-apa kecederaan serius, salah seorang dari pekerja kerata api ini telah menasihatkan ibu ini untuk jauhkan diri dari pintu kereta api.
Pekerja ini kemudiannya mengangkat satu panel dari lantai kereta api untuk memudahkan mereka mengangkat kanak-kanak ini dari bawah. Selepas itu, pekerja ini pergi ke bawah kereta api untuk mengambil kanak-kanak yang ketakutan ini keluar.
Dalam video di bawah, anda dapat dilihat ibu kepada kanak-kanak ini sangat trauma. Bagaimanapun, kanak-kanak ini tak mengalami apa-apa kecederaan lain selain benjolan kecil di kepala.
“Ini bukan pertama kali saya baca berita macam ini,” kata salah satu post. “Saya rasa ibu bapa lebih berminat untuk bermain dengan telefon mereka dari menjaga anak sendiri.”
Apa pendapat anda? Ini adalah video kejadian tersebut:
Keburukan telefon pintar kepada ibu bapa
Apabila ibu bapa sibuk dengan telefon pintar dan mengabaikan anak, akan ada akibat yang serius.
Selain kejadian yang boleh meragut nyawa (sememangnya boleh dielakkan), telefon pintar juga boleh melenyapkan masa berkualiti antara ibu bapa dan anak.
Ini adalah beberapa tip untuk anda pertimbangkan supaya keburukan telefon pintar tak akan meragut masa berkualiti anda dan anak anda.
1. “Bersihkan” telefon pintar anda
Anda mungkin akan menggunakan masa yang banyak dengan telefon jika anda mempunyai aplikasi dan permainan dalam telefon.
Dengan uninstall aplikasi yang tak produktif dan tak diperlukan ini, anda boleh mengelakkan gangguan dan mempunyai masa yang lebih untuk diluangkan dengan keluarga.
Perkara ini juga perlu anda lakukan untuk telefon anak anda. Mempunyai beberapa permainan tak mengapa, tapi jika mereka mempunyai pilihan permainan yang banyak, mungkin anda perlu buang beberapa.
2. Buat tempat untuk telefon pintar anda
Membuat “rumah” untuk telefon anda seperti kotak atau laci akan memudahkan anda untuk elak dari menggunakan telefon. Lebih mudah untuk anda tak melihat telefon anda berbanding bila telefon sentiasa dekat dengan anda.
3. Pilih untuk membuat panggilan dari mesej
Mesej memang mudah, tapi ia juga mengambil masa yang lama untuk anda. Membuat panggilan suara adalah lebih mudah dan senang untuk berkomunikasi melalui telefon dan anda akan kurangkan masa dengan telefon anda.
Mengelakkan mesej adalah cara yang berkesan untuk jauhkan diri anda dan anak anda dari ketagihan telefon pintar.
Kami harap kejadian seperti ini atau lebih teruk lagi dapat dielakkan selepas anda mengikuti tip-tip di atas dan anda juga akan mendapat masa berkualiti yang lebih untuk diluangkan bersama anak-anak.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Artikel ini asalnya ditulis oleh Kevin Wijaya dan mendapat izin theAsianparent Singapore untuk diterjemah
Baca juga: