TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Ibu Bapa Yang Kerap Main Telefon Mungkin Punca Anak Buat Perangai!

3 min bacaan
Ibu Bapa Yang Kerap Main Telefon Mungkin Punca Anak Buat Perangai!

Anda selalu "main" telefon ketika bersama dengan anak-anak? Kurangkan perbuatan itu! Kajian membuktikan ia mungkin punca utama kenapa anak anda selalu mengamuk dan buat perangai!

Masalah Tingkah Laku Kanak-Kanak

Anak anda selalu mengamuk tak tentu pasal, terutamanya jika anda tak beri perhatian pada mereka? Ha… ini mungkin terjadi sebab anda selalu sangat “main” telefon!

Ya betul. Kajian baru-baru ini telah membuktikan yang telefon bimbit anda mungkin adalah punca utama kenapa anak-anak anda selalu mengamuk dan “buat perangai“.

Semuanya kerana hubungan antara anda dan anak-anak. 

Ibu Bapa Yang Kerap Main Telefon Mungkin Punca Anak Buat Perangai!

Penyelidik mendapati tingkah laku anak yang terlebih sensitif, gemar mengamuk, hiperaktif dan sering mengeluh adalah “reaksi” ke atas sikap ibu bapa yang tak beri fokus pada waktu keluarga.

Tapi, janganlah terburu-buru untuk buang telefon bimbit anda itu! Jom fahami kenapa kajian tersebut membuktikan perkara ini. 

Hubungan Antara Ibu Bapa Dan Anak

Menurut Brandon McDaniel, pakar keluarga dari Illinnois State University, penggunaan teknologi digital mampu mempengaruhi hubungan antara ibu bapa dan anak.

Kanak-kanak akan lebih cenderung untuk mengamuk dan buat perangai bagi “mencuri perhatian” apabila ibu bapa mereka sibuk bermain teknologi canggih ini. 

Malah, semakin leka ibu bapa bermain telefon, semakin teruk perangai yang akan ditunjuk oleh anak-anak!

Ibu Bapa Yang Kerap Main Telefon Mungkin Punca Anak Buat Perangai!

Kredit gambar: Fatherly

Waktu Bersama Keluarga

Sebuah kajian yang diterbitkan oleh Child Development membuktikan kenapa hal ini berlaku. Ia kerana waktu bersama keluarga “telah diganggu“.

Pakar kajian menyoal hampir 170 buah keluarga tentang bagaimana penggunaan teknologi digital di rumah mereka. Antara soalan yang ditanya dalam kajian adalah:

  • Adakah ibu bapa memeriksa telefon mereka ketika waktu makan atau waktu bermain dengan anak-anak?
  • Adakah penggunaan ini mengganggu kualiti anda bersama keluarga?
  • Bagaimana tingkah laku anak-anak anda di rumah?

Hasil kajian mendapati hampir 89% ibu bapa sering memeriksa telefon mereka ketika waktu bersama keluarga.

Hanya 11% ibu bapa saja tak sentuh sebarang teknologi digital langsung!

Dan perbuatan tersebut nyata memberi kesan pada tingkah laku anak-anak. Terutamanya jika ibu mereka yang “sibuk” dengan telefon itu!

Kanak-kanak akan mula “mengamuk” dan menangis tanpa henti apabila mereka tak dapat perhatian yang sepenuhnya. 

Jadi, bagaimana ingin mengatasi masalah ini?

Ibu Bapa Yang Kerap Main Telefon Mungkin Punca Anak Buat Perangai!

Kuncinya di sini adalah dengan mengehadkan penggunaan telefon bimbit atau sebarang teknologi lain ketika anda bersama keluarga.

Fokus pada keluarga, perkembangan semasa anak-anak dan kesihatan mereka. 

Anda ada masa lain untuk main teknologi ini. Kan ada 24 jam dalam sehari!

Kurangkan membelek smartphone tercinta anda itu ketika anda sedang melayan anak-anak, dan lihat kesannya kelak. Anak anda pasti akan lebih manja dengan kalian!

Apa yang pasti, kajian lanjut tentang kaitan antara penggunaan telefon oleh ibu bapa dan hubungannya dengan tingkah laku anak-anak wajar diperbanyakkan. 

Sumber rujukan: Fatherly, Pediatrics, dan Child Development

Kredit gambar: Fatherly

Baca juga:

Jangan Sebut 8 Ayat Pedas Ini Pada Anak, Buruk Padahnya! – Pakar Psikologi

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Ibu Bapa Yang Kerap Main Telefon Mungkin Punca Anak Buat Perangai!
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

powered by

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham