Hamil Di Usia Tua Dapat Melahirkan Bayi Yang Super Pintar, Adakah Anda Setuju?

undefined

Anak perempuan Aishwarya Rai Bachchan mungkin akan membesar sebagai seorang gadis super pintar. Ini sebabnya...

Jika anda berusia dalam lingkungan 20-an dan baru berkahwin, anda pasti biasa mengelak soalan berkaitan bila anda akan mengandung. Namun, jika anda masih belum mencapai tahap itu dalam hidup anda — tidak mengapa.  Walaubagaimanapun, benarkah hamil di usia tua melahirkan generazi yang pintar? 

Dalam sebuah penyelidikan menarik, yang dijalankan oleh penyelidik daripada Pusat Pengajian Ekonomi London, United Kingdom – seramai 18,000 orang kanak-kanak telah dikaji untuk memahami kesan umur ibu ke atas perkembangan mereka. Dan umur yang gemilang adalah dalam lingkungan 30-an.

Hamil di usia tua dapat lahirkan bayi pintar 

Kajian yang telah diterbitkan dalam jurnal Biodemografik dan Biologi Sosial ini mengatakan bayi yang dilahirkan oleh wanita yang berusia lebih daripada 30 tahun adalah lebih pintar berbanding dengan kelahiran daripada wanita yang berusia dalam lingkungan 20-an atau 40-an. Tambahan lagi, kanak-kanak ini juga memperoleh skor yang lebih tinggi dalam ujian kognitif.

Para penyelidik juga mengatakan wanita yang pertama kali menjadi seorang ibu ketika dalam lingkungan umur 30-an, –  akan lebih berpendidikan, memiliki pendapatan yang lebih tinggi, gaya hidup yang lebih sihat dan dalam perhubungan yang stabil.

Malah, mereka juga kebiasaannya merancang kehamilan mereka. Seperti contoh, selebriti Bollywood – Aishwarya Rai Bachchan, Lara Dutta, Madhuri Dixit, Shilpa Shetty, Karishma Kapoor dan lain-lain.

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!