Kelahiran Mati: Bagaimana Untuk Menghadapinya & Perlukah Diceritakan Kepada Rakan-Rakan

Menghadapi kelahiran mati, sesungguhnya sesuatu yang cukup perit. Tak pernah terfikir akan mengalami pengalaman sebegini namun akhirnya ia terjadi. 

Menghadapi kelahiran mati, sesungguhnya sesuatu yang cukup perit. Tak pernah terfikir akan mengalami pengalaman sebegini namun akhirnya ia terjadi. 

Sedih, kecewa, marah semuanya hadir dalam dalam satu pakej. Memanglah kematian itu pasti, tapi siapa dapat menyangkakan penantian kelahiran satu kehidupan baru akhirnya menjadi kelahiran mati bukan? 

Satu episod yang mungkin ibu bapa tidak akan lupakan sampai bila-bila. Malah untuk memulakan kehidupan selepas titik hitam itu bukannya mudah. Lagi pula bila orang bertanya apa yang sebenarnya berlaku, bagaimana ia boleh berlaku dan sebagainya. Nak menjawab itu bagai kelu lidah dan fikiran tiba-tiba jadi kosong, tidak tahu dari mana patut dimulakan. 

Sekiranya tragedi ini berlaku kepada anda, ingatlah memang tiada masa yang sesuai untuk anda membongkarkan apa yang terjadi yang pasti, anda perlu kuat apabila diajukan soalan sebegini. Dan apabila anda betul-betul sudah bersedia yakni lebih kuat dari segi mental dan emosi, waktu itulah anda boleh luahkan segalanya. 

Ini antara apa yang dicadangkan oleh ibu-ibu yang pernah mengalami tragedi yang sama:

Bangkit selepas kelahiran mati

kelahiran mati

Menangis sepuasnya

Tiada kata yang boleh diluahkan lagi, hanya air mata menjadi penawarnya. Lepaskan apa yang terpendam dengan menangis sepuasnya. Anda boleh melayani perasaan pada satu-satu masa. Memang ia normal. Sedang makan tiba-tiba mengalir saja air mata tanpa diduga, sedang mandi pun menangis teresak-esak dan waktu ingin tidur mengalir air mata di sisi sederas-derasnya. TAK MENGAPA, menangislah. Malah setiap kali anda rasakan anda sudah menangis terlalu banyak secara automatik anda beringat sendiri. Cepat-cepat berzikir dan berdoa moga dikuatkan hati untuk menempuh dugaan ini. Percayalah selepas menangis memang anda akan berasa lega. 

Alihkan tumpuan

Memang normal untuk anda asyik teringatkan kejadian itu, dan mulalah terfikir yang bukan-bukan, dan berfikir kalaulah itu, kalaulah ini. Jangan, elakkan menyalahkan diri sendiri dan cepat-cepat mengalihkan tumpuan kepada benda yang lebih positif. Fikirkan apa benda menyeronokkan yang anda ingin lakukan selepas habis waktu berpantang. Tuliskan satu wishlist. Jangan pernah rasa bersalah untuk memulakan kehidupan baru, ingat bayi anda kini di syurga, tempatnya jauh lebih baik daripada di dunia. Jadi, tidak mengapa untuk anda moved on secepat yang mungkin. 

Lakukan aktiviti baru

Bincang dengan suami tentang aktiviti menarik yang anda sentiasa ingin lakukan sebelum ini. Dan jadikan ia satu rutin setiap hujung minggu. Seperti hiking, wall climbing, swimming, tennis dan sebagainya. Kalau nak disenaraikan satu-satu memang panjang! Jadi fikirkan apa yang betul-betul menarik minat anda berdua. Tak mengapa untuk invest pada aktiviti yang mahal, ingat pemulihan mental dan emosi anda lebih penting sekarang ini. 

Bercuti

Pergilah bercuti ke negara yang sejauh-jauhnya anda boleh fikirkan. Mungkin bukanlah waktu PKPP ini. Apabila keadaan sudah kembali normal cari satu destinasi yang menjadi idaman anda selama ini. Kalau tak pergi sekarang bila lagi? Mana tahu waktu bercuti nanti terhasilnya ‘rezeki’ baru? Jadi plan bersama suami destinasi mana yang menjadi pilihan untuk anda berdua, New York? London? Paris? Morocco? Wah, bestnya!

 

Berjumpa dengan pakar

Sekiranya anda merasakan tragedi ini sukar betul untuk dilupakan anda boleh berjumpa dengan pakar psikiatri. Ya, itu adalah normal. Memang hospital menyediakan sesi kaunseling untuk ibu bapa yang mengalami kelahiran mati ini. Biar orang luar membantu anda sekiranya sukar untuk anda bantu diri sendiri. Percayalah mereka di luar sana ingin bantu anda sebanyak yang anda inginkan bantuan mereka. 

Rancang kehamilan seterusnya

kelahiran mati

Tiada apa yang mampu mengubati anda selain mendapat zuriat seterusnya. Ya, anda boleh berjumpa dengan gynae anda sebaik habis berpantang. Selepas pemeriksaan perubatan mendapati tubuh anda sudah sihat apatah lagi kelahiran anda sebelum ini adalah normal. Maka tiada halangan untuk anda mencuba lagi secepat yang mungkin. Ia juga bagus untuk keadaan mental anda. Namun usah terlalu gelisah dan mengharap. Anda perlu dalam keadaan relaks untuk mencuba hamil lagi. Kalau stres nanti susah juga. 

Bagaimana untuk menjelaskan kepada orang ramai?

Satu lagi fasa yang anda perlu lalui selepas pengalaman hitam ini adalah bagaimana untuk memberitahu orang ramai. Ya, ia boleh menjadi satu benda yang sangat tertekan dan ia agak tricky.

Kata Deirdre Ryan, Pengarah Perubatan Reproductive Mental Health & Substance Abuse Services Programs di Women’s Hospital & Health Centre, dia selalu menyarankan kepada ibu bapa yang pernah mengalami kelahiran mati ini untuk menyediakan satu penjelasan yang singkat, ini bagi mengelakkan mereka dari perlu berkongsi butiran terperinci mengenai kejadian yang mereka tidak sedia untuk jelaskan lagi.

kelahiran mati

Katakan sesuatu yang ringkas, rangka sebuah naratif yang ringkas seperti “kami telah mengalami keguguran, dan kami okey sekarang” atau, jika ia adalah kelahiran mati, cuma katakan “malangnya bayi kami meninggal saat kelahiran, tiada apa yang mampu dilakukan,” dari penjelasan itu orang ramai akan memahaminya dan akan memberi kata-kata semangat untuk anda. Ia bukanlah sesuatu yang teruk untuk menjelaskan tentang kejadian yang berlaku, anda hanya perlu merangka satu penjelasan yang singkat dan bermakna. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Sumber: Today’s Parent

Baca juga:

Lahir Mati (Stillbirth): Punca, Tanda Bayi Meninggal Dalam Perut & Perbezaan Dengan Keguguran

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!