Luahan pilu isteri hero yang terkorban ketika selamatkan kanak-kanak sesat dalam gua #ThaiCaveRescue

Jasa dan pengorbanan wira negara Thailand, Saman Kunan akan sentiasa terpahat di hati 13 kanak-kanak yang sesat dalam gua

Dalam kita meraikan 12 orang kanak-kanak lelaki warga Thailand yang selamat keluar dari gua bersama jurulatih setelah 18 hari sesat dalam gua Tham Luang itu, namun masih ada sisi kehidupan lain yang berduka apabila kematian suami tercinta. 

Bekas penyelam laut Thailand, Saman Kunan, 38 tahun meninggal dunia selepas mengalami kekurangan oksigen semasa menyelamatkan 12 kanak-kanak yang sesat dan terperangkap dalam gua Tham Luang terbabit. 

Berita kematiannya bagai tak disangka dan ramai orang terkejut terutamanya isteri yang tercinta, Valeepoan Kunan. 

Bahkan, apa yang telah berlaku membuatkan isterinya itu masih bersedih di atas kematian suami tercinta. Lantas beliau mendedikasikan beberapa post di Instagram bagi mengingati kematian suami dan memori tatkala masih bersama yang kini beliau pegang erat. 

Kematian suami bernama Saman Kunan 

kematian suami, suami meninggalkan isteri, suami meninggal dunia, kematian suami selepas selamatkan kanak-kanak, saman kuman, isteri sedih kematian suami, isteri bersedih, kesedihan seorang isteri, isteri bersedih, kematian Saman Kuman

Valeepoan memuat naik coretan hati ini pada 7 Julai — sehari selepas kematian suami

Abang… awak akan sentiasa ada bersama saya. Tak ada seorang pun yang boleh menggantikan tempat abang di hati saya sehingga hujung nyawa ini.  Sekiranya abang tidak bersama saya, sukar untuk saya bernafas dan meneruskan hidup ini  kerana abang sudah berjanji kita akan sehidup semati bersama-sama. 

Selepas itu, beliau memuat naik luahan pilu ini pula:

kematian suami, suami meninggalkan isteri, suami meninggal dunia, kematian suami selepas selamatkan kanak-kanak, saman kuman, isteri sedih kematian suami, isteri bersedih, kesedihan seorang isteri, isteri bersedih, kematian Saman Kuman

Kematian suami, Saman Kunan

Suamiku yang tersayang… Terima kasih di atas segalanya yang telah abang berikan kepada saya. Bahkan abang sentiasa mengasihi dan berada di sisi ini sepanjang kita bersama. Abang pernah kata pada saya ‘untuk jadi isteri askar, saya perlu berani dan kuat.  Ya abang, kini saya tetap akan terus kuat menghadapi hari mendatang walaupun abang tidak bersama saya lagi…

Terdahulu, Kunan diberikan tanggungjawab untuk menghantar oksigen kepada kanak-kanak dan jurulatih mereka yang terperangkap di dalam gua tersebut.

Malangnya, dia maut selepas tidak cukup oksigen kepada dirinya sendiri ketika keluar semula dari gua Tham Luang tersebut pada 6 Julai lalu.

Tak sangka kematian suami tercinta 

kematian suami, suami meninggalkan isteri, suami meninggal dunia, kematian suami selepas selamatkan kanak-kanak, saman kuman, isteri sedih kematian suami, isteri bersedih, kesedihan seorang isteri, isteri bersedih, kematian Saman Kuman

Kredit: Channel News Asia

Dapat dirasai kesedihan yang dialami isteri ini selepas kematian suami yang tidak disangka terbabit. Kini, beliau terpaksa menghadapinya berseorang diri.

Bagaimana dengan anda jika hadapi perkara yang sama? Di luar mungkin kita akan nampak kuat namun di hati tak siapa yang tahu berapa luluh dan hancur hati itu. 

Valeepoan tetap terus meratapi kematian suami tercinta yang pergi secara tiba-tiba. Beliau seolah hilangnya sebelah sayap dalam kehidupannya selama ini.

Bahkan, ada banyak perkara yang kita tidak ketahui dan jangka akan berlaku. 

Kesimpulannya, sokongan dari segi emosi dan kaunseling penting bagi membantu pasangan yang bersedih apabila kehilangan orang yang mereka sayang sama ada anak, isteri , suami atau kaum keluarga yang lain.

Kita tidak boleh membiarkan mereka dilanda kesedihan yang berpanjangan dan kesepian seorang diri. 

Kami di theAsianparent mengucapkan salam takziah dan Saman Kunan tetap menjadi wira yang dibanggakan seluruh rakyat seantero dunia. 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Rosanna Chio; Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemah. 

Baca juga

12 remaja Thai yang terperangkap dalam gua akhirnya berjaya diselamatkan! Ini kisah mereka

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!