Pelik Tapi Benar, Seorang Wanita Mengandung Kembar Tapi Lahirkan Pada Tahun Yang Berbeza!

undefined

Kembar yang dilahirkan di tahun yang berlainan oleh seorang ibu di US! Kedengaran pelik? Tetapi ia benar!

Scarlett Annie dan Virginia Rose adalah kembar, walaupun salah seorang dari mereka lahir pada tahun 2016 dan seorang lagi pada tahun 2017. Kedengaran pelik? Ini adalah kes benar, di mana seorang ibu di California, US telah mengandung kembar  berlainan tahun. 

Menurut laporan, Scarlet Annie telah dilahirkan pada 11.56 malam, 31 Disember 2016, manakala Virginia Rose, telah dilahirkan pada jam 12.00 tengah malam 1 Januari 2017. Kelahiran tersebut berlaku di Hospital Wanita dan Bayi Sharp Mary Birch di Kearny Mesa, San Diego.

Nama akhir bayi-bayi tersebut belum disediakan mana ibu bapa mereka yang dikenali sebagai Brittany dan Brett enggan ditemuramah.

Sepelik bunyinya, situasi tersebut bukanlah sesuatu yang tidak pernah terjadi di San Diego. Kelahiran yang seumpama ini juga terjadi tahun lalu apabila seorang bayi perempuan, Jaelyn dan bayi lelaki, Luis dilahirkan oleh Maribel Valencia, 22. Jaelyn telah dilahirkan pada 11.59 malam 31 Disember 2015 manakala Luis telah dilahirkan pada 12.02 tengah malam 1 Januari 2016. 

Mengandung kembar – 5 tips penjagaan 

Sekarang apabila anda akhirnya sudah memegang kegembiraan anda, masanya untuk melihat realiti. Kami merasai kesakitan anda, bingung bagaimana untuk menjaga dua bayi, apabila kebanyak ibu sudah menarik rambut menguruskan hanya seorang. Berikut adalah lima tip penting untuk menjaga bayi kembar anda tanpa menjadi gila:

1. Tetapkan jadual: Susukan bayi anda pada masa yang sama. Anda boleh menggunakan bantal menyusu untuk penyusuan bersama. Pilihan yang lain ialah, susu badan seorang bayi dan susukan menggunakan botol bayi yang lagi seorang dan bertukar giliran kemudiannya. Sudah tentu, sendawa perlu selepas ini, mengikut turutan.

2.Biarkan mereka menangis: Dunia belum berakhir jika anda membiarkan anak anda menangis. Salah satu perkara yang paling sukar menjadi ibu kepada kembar ialah rasa bersalah kerana tidak mampu melayan dua bayi serentak di dalam satu masa yang sama. Tetapi jangan sedih, anda berseorangan dan terdapat banyak perkara ygn perlu dilakukan. Dalam masa yang singkat, anda akan mula faham bahasa tubuh bayi anda dan boleh membezakan sama ada merengek atau mereka betul-betul memerlukan anda.

3. Meminta pertolongan: Ya, anda seorang ibu yang hebat. Namun, Batman pun masih memerlukan Robin. Jadi, dekati pasangan anda, mertua atau jiran jika anda memerlukan bantuan. Kawan anda ingin datang? Minta dia membelikan barang yang diperlukan di dalam perjalanan. Suami anda juga boleh membantu menyedawakan bayi anda sementara anda menyusukan yang lagi seorang. Jangan takut untuk meminta bantuan di kala anda memerlukan.

4. Berehat sebentar: Ada sebabnya mengapa ‘me-time’ dikatakan penting untuk para ibu. “Me-time” sememangnya penting terutamanya jika anda mempunyai kembar. Membaca buku, pergi ke spa atau berjumpa kawan-kawan untuk minum kopi. Kembali dengan nafas baru dan lebih bersemangat untuk menghadapi tugas ibu. Tiada siapa akan menghakimi anda.

5. Berpegang pada prinsip anda: Menjadi tegas. Buat peraturan dan patuhi peraturan itu. Ya, kita sedang bercakap tentang peraturan untuk bayi anda dan percayalah, lebih awal anda mulakan, lebih baik untuk anda dan bayi-bayi anda. Biar mereka tahu yang tantrum mereka tidak akan membantu mereka. Tidak tetap bermakna tidak.

Memikirkan bagaimana untuk mengendalikan kembar berseorangan mungkin akan menjadi cabaran terbesar anda akan lalui sebagai ibu. Namun, semakin lama, apabila anda tetap dengan pendirian anda, anda akan mampu menari kerana berjaya mengawal situasi ini dengan baik.

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!