5 Tip Untuk Kenalkan Makanan Pejal Pada Anak Dengan Cara Montessori

undefined

Ramai yang mencuba cara Montessori untuk kenalkan makanan pejal pada anak. Jom tengok bagaimana caranya dan apa tip penting untuk ajar anak makan ini.

Memperkenalkan makanan pepejal pada anak

Bukan senang nak memperkenalkan makanan pejal pada bayi anda. Waktu inilah anda perlu menahan sabar kerana mereka sedang belajar.

Si manja anda akan cuba menggunakan perkakas untuk makan sama seperti orang dewasa. Nanti, mereka akan mampu makan semeja dengan anda, dah!

Tapi macam mana cara yang mudah untuk memperkenalkan makanan pepejal ini?

Ramai ibu bapa telah mencuba kaedah baby-led weaning (BLW) untuk mengajar anak makan makanan pepejal.

Ada juga ibu bapa yang mencuba kaedah Montessori weaning. Kedua-dua kaedah mempunyai fokus yang sama: mengajar bayi anda untuk makan seperti orang dewasa.

kenalkan makanan pejal pada anak

Inilah meja Montessori weaning yang boleh anda gunakan untuk kenalkan makanan pejal pada anak Kredit: Instagram mama_the_explorer

Beza antara baby-led weaning dengan Montessori weaning

Dalam kaedah baby-led weaning, si manja harus menyuap masuk makanan ke dalam mulutnya dengan tangan sendiri.

Dari situ mereka akan belajar cara untuk mengunyah dan mengambil makanan dengan betul.

Manakala kaedah Montessori pula bermaksud anda memberi ruang pada si manja untuk beralih dari susu ke makanan pepejal. 

Mereka akan digalakkan untuk makan di atas meja, duduk di kerusi dan menggunakan cawan, sudu, pinggan malah pelapik makanan yang betul.

kenalkan makanan pejal pada anak

Kredit: Howwemontessori.com

Dari situ, mereka akan belajar dan memahami cara untuk makan sambil menyesuaikan diri perlahan-lahan.

5 tip penting untuk anak belajar makan makanan pejal dengan cara Montessori

1. Cari tempat untuk letak meja bayi

Menurut At Home With Montessori, perkara pertama yang harus anda buat sebelum menggunakan kaedah Montessori untuk kenalkan makanan pejal pada anak adalah dengan mencari tempat untuk letak meja makan bayi.

Cuba pertimbangkan tempat yang dekat dengan dapur, sumber air dan lantai yang boleh dibasuh.

Pada awalnya, memang akan bersepah tempat makan ini. Tapi percayalah, anak anda akan belajar.

2. Cari meja dan kerusi untuk bayi

Anda perlu mendapatkan meja dan kerusi yang benar-benar direka khas untuk bayi yang sudah mula merangkak dan berjalan.

Pastikan meja/kerusi itu rendah dan cukup stabil untuk diduduk.

kenalkan makanan pejal pada anak

Kredit: Howwemontessori.com

Pastikan juga meja/kerusi tersebut tidak mengganggu si manja anda daripada bangun dengan sendiri bila dia sudah selesai makan.

3. Beri pinggan, mangkuk, sudu dan gelas 

Berikan pada mereka set pinggan mangkuk yang biasa mereka nampak anda guna. Kalau boleh, jangan guna bahan plastik, sebaliknya guna pinggan kaca.

Ya, anda tak salah baca. Jika anda guna kaca, memang ia akan mudah pecah, namun itulah tujuan utama kaedah Montessori ini.

www.instagram.com/p/BWm1YkQlI8U/

 

Apabila pinggan, mangkuk atau gelas kaca pecah, si manja akan belajar yang kaca boleh pecah, jadi mereka akan tahu untuk lebih berhati-hati.

Apabila ia pecah, apa kata anda cuba katakan pada mereka – “jom kemas sama-sama“. Jangan salahkan mereka pula!

Tapi, anda juga perlu bijak menguruskan situasa barangan pecah dengan lebih tenang ya…

4. Sediakan pelapik gaya Montessori

Beli pelapik gaya Montessori yang menunjukkan di mana pinggan, sudu, garfu dan cawan harus diletakkan di atas meja.

kenalkan makanan pejal pada anak

Kredit: Howwemontessori.com

Dengan cara ini, si manja anda akan mampu memahami di mana mereka patut letak semua bahan tersebut sebelum makan.

5. Bibs, napkin, tuala basah dan span

Bibs dan napkin amat membantu jika anda tidak mahu si manja terlampau “comot” sebelum dan selepas makan.

Malah dengan adanya benda ini, anda juga boleh mengajar si kecil itu bagaimana ingin mengemas meja lepas habis makan.

Kelak, mereka akan bijak mengemas dan boleh membantu anda dalam mengemas rumah pula!

Ingat satu perkara: Sentiasa perhati isyarat yang ditunjukkan oleh anak anda. Jangan paksa mereka untuk makan dengan sendiri jika mereka masih belum bersedia.

Ajar anak anda perlahan-lahan, tapi jangan ambil alih meja makan itu kalau anak anda masih tidak faham.

Anda mahu mereka meneroka, mencuba dan menemui jalan penyelesaian sendiri. Barulah mereka dapat makan seperti orang dewasa.

Bersabarlah dengan makanan yang tumpah dan bersepah, ya!

Sumber rujukan: Smart Parenting. Mama The ExplorerHowwemontessori.com dan At Home with Montessori

Kredit gambar: Howwemontessori.com

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Baby Led Weaning (BLW): Bila Boleh Mula, Manfaat & 10 Cara Melatih Bayi Makan Sendiri

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!