Makan banyak kentang boleh tingkatkan risiko kencing manis ketika hamil
Kajian baru-baru ini telah mendapati wanita yang makan kentang dalam kuantiti yang banyak berisiko untuk mendapat kencing manis semasa hamil.
Risiko kencing manis ketika hamil kerana kentang
Adakah anda gemar makan kentang? Mungkin kentang bersama kari, atau dalam bentuk mash potato dan fries? Sekiranya anda menjawab ‘ya’, anda mempunyai risiko kencing manis ketika hamil yang lebih tinggi.
Penyelidik dari AS telah melakukan kajian untuk mengkaji hubungan antara diet yang berasaskan kentang dan kencing manis. Mereka mendapati kencing manis mungkin disebabkan oleh kanji di dalam kentang yang senang diserap badan sehingga mengakibatkan kadar gula dalam darah naik mendadak.
Hampir 21,693 wanita hamil yang terlibat diberi satu cawan:
- Kentang dibakar atau direbus,
- 237ml mashed potato,
- 113g kentang goreng / fries.
Kajian dijalankan untuk tempoh 10 tahun dan mereka mendapati sebanyak 854 wanita telah mendapat kencing manis ketika mengandung!
Penemuan penting tentang diabetes ketika hamil dari kajian
- Mereka yang makan 1 hidangan setiap minggu sebelum kehamilan meningkatkan risiko kencing manis ketika hamil sebanyak 20%, berbanding mereka yang makan kurang daripada 1 hidangan seminggu.
- Mereka yang makan lebih dari 5 hidangan seminggu akan meningkatkan risiko kencing manis ketika hamil sebanyak 50%.
Tetapi kajian juga meminta wanita-wanita ini menukarkan hidangan kentang mereka kepada sayur-sayuran hijau dan makanan yang lebih berkhasiat seperti kekacang.
Kajian mendapati wanita yang telah bertukar kepada sayur-sayuran dan kekacang mempunyai 9 – 12% peluang untuk mengurangkan kencing manis.
Walaupun keputusan kajian tidak dapat membuktikan kentang boleh meningkatkan risiko kencing manis ketika hamil, penyelidik masih menegaskan ia perlu dikaji dengan lebih mendalam.
Cara mengurangkan risiko kencing manis ketika hamil
Wanita boleh mengurangkan risiko kencing manis ketika hamil dengan mengekalkan gaya hidup yang sihat.
Jika anda merancang untuk hamil tidak lama lagi, jangan bingung dengan kajian ini. Di bawah adalah beberapa cara untuk mengelak ini dari berlaku:
- Pastikan berat badan dan BMI anda sentiasa terkawal dan jangan percaya mitos ‘makan untuk dua orang‘
- Elakkan dehidrasi ketika hamil dengan minum air yang secukupnya
- Teruskan aktiviti fizikal biasa dan bersenam
Rujuk kepada pakar wanita anda dan pastikan anda rajin mengambil ubat yang ditetapkan jika didapati mempunyai kencing manis.
Artikel ini telah diterbitkan semula dari theAsianparent Singapore.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
Ini Rupanya 5 Makanan Yang Bagus Untuk Menjaga Kesihatan Faraj Anda!