Hati-Hati Sendawa Semasa Perut Kosong, Ia Petanda Tak Baik Untuk Kesihatan Anda
Berhati-hatilah jika anda kerap sendawa tatkala perut kosong bermula sekarang kerana risikonya tentu merisaukan anda.
Pelik tak dengan badan sendiri apabila kerap sendawa padahal perut masih kosong dan belum menjamah sebarang makanan. Pernah tak anda terfikir tentang ini?
Sebelum itu, sendawa merupakan salah satu cara tubuh mengeluarkan gas secara semulajadi dan keadaan ini adalah normal sebagai petanda badan anda sihat dan tiada apa yang perlu dibimbangi.
Ini kerana, jika anda tidak mengeluarkan gas melalui sendawa atau kentut maka anda berisiko untuk kembung perut atau masalah angin yang berlebih hingga menyebabkan perut rasa kurang selesa atau sakit perut.
Kerap sendawa berisiko terkena penyakit GERD
Dr Hendra Nurjadin mengatakan kalau kerap sendawa tapi perut masih kosong itu boleh menandakan gejala pedih ulu hati atau Gastroesophageal Reflux Disease (GERD
Menurutnya lagi, ia adalah gangguan penyakit pencernaan kronik yang berlaku apabila asid dalam perut atau kandungan isi perut mengalir semula ke dalam saluran esofagus (laluan antara mulut dan perut). Lalu menyebabkan komplikasi berat seperti dysphagia (sukar menelan) dan barrett’s esophagus.
Apabila seseorang mengalami gejala ini maka mereka boleh tidak bersendawa atau sendawa secara tidak sengaja.
Oleh itu, jika mengalami gejala ini anda tidak boleh sembarangan bersendawa kerana ia tidak normal kerana angin tersebut sepatutnya ke bawah dan bukan ke bahagian atas.
Apa berlaku bila selalu sendawa?
Walaupun sendawa ini bagus bagi mengeluarkan gas dalam perut namun dalam keadaan tertentu ia tidak normal jika sendawa tanpa sengaja.
Komplikasi buruk yang dikaitkan dengan sendawa yang tidak terkawal boleh berakhir dengan kanser esofagus.
Ya, sendawa memang normal tapi jadi tidak normal apabila sendawa ketika perut kosong yang bermaksud asid perut naik ke bahagian atas lalu menolaknya melalui sendawa. Apabila keadaan ini tidak terkawal maka berlakunya radang yang semakin melebar hingga terjadinya kanser.
Penjelasan dari Dr Hendra lagi, barrett’s esophagus ini merupakan keadaan di mana dinding di saluran kerongkong luka kerana iritasi dari asid perut. Bila dibiarkan boleh menimbulkan perubahan sifat sel hingga terjadinya kanser.
Pesan beliau lagi, sebaiknya anda tahan sendawa semasa perut kosong sekaligus risiko lebih rendah untuk terkena penyakit berbahaya.
Ini boleh dihindari dengan cara mengelak makanan pedas, makanan terlalu masam, coklat, teh pekat, makanan berminyak dan berlemak. Selain menjaga pola pemakanan dengan lebih teratur dimulai dengan kuantiti yang sedikit dalam tempoh masa tertentu.
Kesimpulannya, jangan membiasakan perut terlalu lapar atau kenyang yang berlebihan.
Semoga perkongsian ini berinformasi buat pembaca sekalian.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Penulisa asal Fadhila Afifah dan artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.
Baca juga