Awas dengan skru longgar dan bateri kecil kalau tidak mahu bayi tertelan bateri berbahaya!
Sebuah post mengenai pengalaman seorang ibu dan kes bayi tertelan bateri telah viral baru-baru ini di Facebook. Ketika berkongsi kisahnya, ibu Nur Amirah Yusof berharap agar ibu bapa lain tidak mengalami perkara yang sama.
Kejadian itu berlaku tatkala anak sulung ibu terbabit sedang menyusun kalkulator apabila kalkulator itu terjatuh tiba-tiba. Akibat hentakan di lantai, tepi kalkulator it berkecai sehingga tertanggal skru dan bateri kecil.
Nuqman anaknya yang ke-2, sedang duduk di belakang abangnya pada masa itu. Oleh sebab tahu risiko bayi tertelan bateri, Nur memeriksa mulut anaknya dengan segera tetapi tidak terjumpa bateri itu.
Selepas satu petang sampai malam masih tak jumpa juga bateri itu, Nur mula rasa tidak sedap hati. Suaminya pun menasihatkan Nur supaya membawa anak berjumpa doktor untuk mendapatkan x-ray.
Doktor mengesahkan kes bayi tertelan bateri
Selepas doktor melihat x-ray Nuqman, memang confirm ini kes bayi tertelan bateri. Mereka mendapati bateri kecil itu kini berada dalam usus anaknya! Sebak hati Nur mendengar berita itu.
Nasib baik dia mengikut naluri dan gerak hati untuk menjalani x-ray walaupun anaknya masih nampak aktif dan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda bahaya tertelan bateri. Nuqman perlu dibawa ke hospital dengan segera untuk mengeluarkan bateri tersebut.
Apabila mendapat tahu ini kes bayi tertelan bateri, pihak hospital melakukan x-ray semula untuk memastikan kedudukkan bateri itu. Selepas berbincang dengan doktor pakar, rupa-rupanya bateri itu masih berada di dalam perut dan bukannya di usus Nuqman!
Doktor terus menjadualkan endoskopi keesokkan harinya untuk mengeluarkan bateri itu.
Kes bayi tertelan bateri: Bateri berjaya dikeluarkan
Apabila doktor pakar, dia terus mengarahkan x-ray baru untuk menentukan kedudukan sebenar bateri tersebut. Nasib baik bateri itu masih di kedudukan yang sama. Nur ikut bersama apabila Nuqman diberi bius dan hanya keluar selepas Nuqman sudah tertidur.
Semuanya berjalan lancar dan bateri itu berjaya dikeluarkan. Ngeri..tak sampai satu hari di dalam perut Nuqman, bateri itu sudahpun bertukar warna dan mula berkarat.
Bahaya betul apabila anak ataupun bayi tertelan bateri. Perut mereka boleh bocor, malah ada yang telah maut dan cacat seumur hidup kerana tertelan bateri.
“Sebelum Nuqman discharge semalam doc pakar jumpa anak aku, lepas tu dia share cerita dengan aku. Dia kata semalam group whatsapp doctor bius bincang pasal kes anak aku. Diorang semua cuak sebab minggu lepas ada budak tertelan bateri masuk perut tetapi terkena saluran darah. Budak itu mati. Alhamdulilah waktu diorang keluarkan bateri semuanya berjalan lancar. Thank you semua yang tolong mendoakan untuk Nuqman”
Pesanan doktor agar tidak berlakunya anak ataupun bayi tertelan bateri
- jangan ingat apa yang anak kita makan akan keluar ikut najis
- pastikan mainan yang dibeli selamat dan sesuai untuk anak
- periksa bateri mainan sentiasa ada dan ketatkan skru pada mainan itu supaya bateri tidak senang keluar
- apabila mendapati bateri hilang, bawa anak dengan segera untuk mendapatkan x-ray untuk memastikan tidak berlakunya anak atau bayi tertelan bateri.
- jangan pandang ringan bayi tertelan bateri
Sebarkan artikel ini sebagai peringatan dan pengajaran kepada ibu bapa lain. Periksa semua mainan yang berbateri dan ketatkan semua skru-skru yang longgar.
Tampal bahagian bateri dan skru dengan cellotape agar hati rasa lebih lega. Biar nampak hodoh asal dapat memastikan keselamatan anak.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Pakar Diari Hati
Baca juga:
https://my.theasianparent.combayi-tertelan-pin-tudung/