X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Bayi Comel 8 Bulan Cacat Seumur Hidup Kerana Tertelan Bateri, Itulah Bahayanya Bateri Lithium Dalam Mainan Kanak-Kanak

28 Oct, 2021
Bayi Comel 8 Bulan Cacat Seumur Hidup Kerana Tertelan Bateri, Itulah Bahayanya Bateri Lithium Dalam Mainan Kanak-KanakBayi Comel 8 Bulan Cacat Seumur Hidup Kerana Tertelan Bateri, Itulah Bahayanya Bateri Lithium Dalam Mainan Kanak-Kanak

Ibu ayah perlu lebih peka tentang bahaya bateri lithium pada bayi. Tragedi tragis yang berlaku pada bayi Devon perlu dijadikan pengajaran kepada kita semua.

Ini lagi satu kisah tragis yang terjadi pada insan kecil yang tidak berdosa. Kita semua tahu tentang bahaya bateri lithium pada bayi. Namun, akibat kecuaian diri, anak yang menanggung kesannya. Bateri kecil ini memang sering terdapat dalam alat permainan bayi. 

Menurut satu laporan di New Zealand, Givealittle, seorang bayi lelaki, Devon Hacche, telah dimasukkan ke Unit Penjagaan Rapi Kanak-Kanak di Hospital Children Starship di Auckland.

Anak kecil ini dimasukkan ke wad sejak Disember 2014 iaitu 4 hari selepas dia tertelan sebiji bateri lithium-ion.

bahaya bateri pada bayi - devon hacche

Kredit: Mamamia.com

Bahaya bateri lithium pada bayi – Jadikan ini kisah pengajaran buat kita

Amanda Hacce, ibu kepada bayi Devon, berkongsi bagaimana tragedi tersebut terjadi pada anaknya.

Beliau pada mulanya mendapati yang anak bongsunya itu mengalami simptom selesema dan sering mengeluarkan bunyi berdehit.

Selepas dibawa berjumpa doktor, Devon didiagnosis dengan bronchiolitis, iaitu satu penyakit yang sering terjadi pada salur pernafasan.

Ia adalah akibat jangkitan yang kemudiannya memberi kesan kepada saluran pernafasan bayi yang kecil.

Namun, selepas itu, keadaan Devon menjadi semakin teruk. Hacche kemudiannya membawa anaknya ke Hospital Tauranga pada keesokkan harinya.

bahaya bateri pada bayi - tercekik melecur

Kredit: theAsianparent Singapore

Selepas pemeriksaan X-Ray, barulah mereka mendapati yang ada sebiji bateri tersekat pada saluran pernafasan esofagus anak kecil itu.

“Ini adalah antara benda yang paling bahaya dan merosakkan yang anak lelaki comel saya telah telan. Bateri ini telah bertindak balas dengan air liur dan cecair gastrik dan mengakibatkan reaksi elektro-kimia yang menyebabkan hakisan lecur pada tisu badannya!”

Itu adalah luahan hati si ibu. Selain Devon, Hacche juga mempunyai dua orang anak sulung yang berusia lima dan 15 tahun.

Rawatan lanjut diberikan pada bayi Devon

Bateri tersebut berjaya dikeluarkan pada hari seterusnya dan doktor menjalankan beberapa ujian lanjut.

Pemeriksaan rapi itu mendedahkan bagaimana bateri yang ada pada tekak Devon telah pun menyebabkan lecur sepanjang 10cm pada saluran esofagusnya!

bahaya bateri pada bayi - bayi devon

Kredit: Dailymail.co.uk

Malah, ia turut menyebabkan lubang sebesar 5cm. Trakea bayi ini turut melecur dan telah menyebabkan kerosakan teruk pada saraf yang mengawal vokal.

Sejak Disember itu, Devon telah melalui lima pembedahan untuk membuang dan membaiki tisu yang melecur.

Menurut NZ Herald, ada antara pembedahan itu yang mengambil masa selama lapan jam di mana jantung dan paru-parunya telah berhenti berfungsi dan disedarkan semula dengan bantuan mesin pintas jantung.

Apa kata doktor tentang kesan bahaya bateri lithium pada bayi Devon

bahaya bateri lithium pada bayi - amanda hacche

Kredit: Mamamia.com

Laporan awal daripada doktor menunjukkan yang Devon perlu dipantau dengan rapi di hospital selama lapan bulan dan diikuti dengan rawatan lanjut bertahun lamanya. Menurut ibunya:

“Devon mungkin tidak dapat bernafas sendiri seperti biasa lagi dan dia akan kekal bisu. Dia tidak mampu untuk mengeluarkan bunyi tanpa saluran vokal yang berfungsi.”

Keluarga Devon telah pun memulakan kempen dana di laman Givealittle di mana ahli keluarga, sahabat dan mereka yang bersimpati boleh mengetahui perkembangan si kecil ini dan juga membuat sumbangan kewangan.

Kini, kempen tersebut telah pun ditutup dan berjaya mengutip hampir $63,000!

Lindungi anak kecil daripada bahaya barangan yang ada di rumah kita

Ramai antara kita tahu yang benda kecil amat berbahaya pada bayi. Antara benda kecil yang kita selalu lihat di rumah adalah bateri.

Bahaya bateri lithium pada bayi adalah lebih teruk kerana ia bukan sahaja membawa kepada risiko tercekik, malah lecur dan kerosakan pada bahagian dalaman badan apabila ditelan!

bahaya bateri pada kanak-kanak
Stories Rakan Kongsi
Does Your Growing Up Child Have A Sensitive Tummy? Here’s What You Should Know
Does Your Growing Up Child Have A Sensitive Tummy? Here’s What You Should Know
Pengalaman Adalah Guru Terbaik, Cuba Tanya Pada Freestyler
Pengalaman Adalah Guru Terbaik, Cuba Tanya Pada Freestyler
Resilient Location Quiz: Where To Bring Your Kids To Build Resilience
Resilient Location Quiz: Where To Bring Your Kids To Build Resilience
Sambutan Istimewa Untuk Para Ibu - Super Brand Day Special!
Sambutan Istimewa Untuk Para Ibu - Super Brand Day Special!

Kredit: Investorintel.com

Jadi, kami sangat ingin menekankan kepada ibu ayah semua untuk lebih peka dalam hal meletakkan barangan kecil seperti bateri ini di rumah.

Berikut adalah antara beberapa perkara yang anda boleh lakukan bagi memastikan keselamatan anak anda terjamin.

  • Sentiasa pastikan ruangan slot bateri pada barangan mainan dan alat elektronik di rumah rapat tertutup dan elok terkunci
  • Simpan semua benda yang bersaiz duit syiling atau lebih kecil secara rapi di dalam laci dan di tempat tinggi atau berkunci
  • Apabila memberi makan kepada anak kecil, contohnya anggur atau marshmallow, pastikan makanan tersebut dipotong kecil agar selamat untuk dimakan
  • Buang bateri lama serta-merta di dalam tong sampah, jauh dari capaian anak kecil anda yang sedang asyik meneroka seluruh rumah
  • Jika anda mengesyaki anak anda tertelan bateri, jangan pandang remeh perkara tersebut. Telefon 999 atau terus membawanya ke hospital

Ibu semua, mari kita kongsikan kisah ini dengan keluarga dan rakan-rakan. Beritahu mereka tentang bahaya bateri lithium pada bayi.

Barangan kecil bukan sahaja boleh menyebabkan tercekik, malah membawa kepada risiko kerosakan kepada sistem badan anak!

Terjemahan dari theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kanak-Kanak 3 Tahun Meninggal Dunia Selepas Tercekik, Kini Ibunya Beri Amaran!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noor

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Bayi Comel 8 Bulan Cacat Seumur Hidup Kerana Tertelan Bateri, Itulah Bahayanya Bateri Lithium Dalam Mainan Kanak-Kanak
Kongsikan:
  • Elak anak tertelan bateri hingga bocor perut dengan kaedah berkesan ini!

    Elak anak tertelan bateri hingga bocor perut dengan kaedah berkesan ini!

  • Awas dengan skru longgar dan bateri kecil kalau tidak mahu bayi tertelan bateri berbahaya!

    Awas dengan skru longgar dan bateri kecil kalau tidak mahu bayi tertelan bateri berbahaya!

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

app info
get app banner
  • Elak anak tertelan bateri hingga bocor perut dengan kaedah berkesan ini!

    Elak anak tertelan bateri hingga bocor perut dengan kaedah berkesan ini!

  • Awas dengan skru longgar dan bateri kecil kalau tidak mahu bayi tertelan bateri berbahaya!

    Awas dengan skru longgar dan bateri kecil kalau tidak mahu bayi tertelan bateri berbahaya!

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.