Ibu terkejut jumpa anak bogel, diikat & kebuluran di balkoni rumah bekas suami!
Seorang ibu menemui anaknya diikat dan dibiarkan kelaparan di balkoni rumah bekas suaminya. Kes dera anak ini sangat menyedihkan.
Kes dera anak yang sungguh mengejutkan telah berlaku di Taiwan baru-baru ini. Pada 22 September lalu, seorang ibu terkejut apabila menemui anaknya yang berusia tiga tahun, kelaparan dan dibiarkan terbogel di balkoni rumah bekas suaminya.
Kes dera anak di Taiwan yang amat mengejutkan
Menurut media Taiwan, budak lelaki ini diikat dengan wayar kabel semasa ditemui ibunya di balkoni rumah bekas suaminya itu.
Ibu ini membuat keputusan untuk memeriksa keadaan kedua-dua anak lelakinya yang tinggal bersama bapa mereka dan pasangannya selepas anak perempuannya memberitahu ibu ini yang dia selalu mimpi adik lelakinya hampir mati.
Apabila ibu tersebut tiba di rumah bekas suaminya, dia menemui anaknya bogel, kurus dan dipenuhi dengan lebam.
Laporan mengatakan kanak-kanak ini sangat lapar sehingga dia cuba untuk makan najisnya sendiri.
Kanak-kanak ini dikatakan kini telah dikembalikan ke penjagaan ibunya selepas menerima rawatan perubatan. Ibu ini mengatakan sebelum ini juga, dia perasan lebam-lebam pada anak bongsunya ini.
Bapa kanak-kanak ini semasa disiasat oleh pihak berkuasa telah mengaku memukul anaknya apabila anaknya nakal dengan selipar dan tangan.
Kes dera anak: Kenapa amaran awal diabaikan?
Kita bukan nak menghukum ibu ini. Kita tak tahu bagaimana hubungan sebenar ibu ini dengan anak atau bekas suaminya atau berapa kerap dia melawat anak-anaknya.
Tapi kita tertanya-tanya soalan ini: Kenapa dia tak lakukan sesuatu jika dia dah perasan lebam pada badan anaknya sebelum ini?
Lebam pada badan anak, lebih-lebih lagi jika berulang adalah tanda penderaan fizikal yang jelas. Tanda-tanda lain tak begitu jelas, seperti:
- Regresi pada anak, seperti kembali menggunakan “baby talk”
- Kanak-kanak yang biasanya senang bergaul bertukar malu secara tiba-tiba
- Mimpi ngeri
- Kencing tilam secara tiba-tiba
- Takut bila bersama dengan beberapa orang, sama ada dengan pendera atau orang yang mengingatkan mereka dengan pendera.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Artikel asal ditulis oleh Nalika Unantenne dan diterjemah dengan izin dari theAsianparent Singapore
Baca juga: