X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Bayi Boleh Kebuluran & Kena Penyakit Kuning Jika Ibu Didesak Beri Susu Badan Secara Eksklusif?

4 min bacaan
Bayi Boleh Kebuluran & Kena Penyakit Kuning Jika Ibu Didesak Beri Susu Badan Secara Eksklusif?

Susu badan memang terbaik untuk anak. Tapi, bayi boleh kebuluran, terkena dehidrasi, jaudis dan hypoglycemia jika anda tak beri susu badan yang mencukupi!

Faedah memberi susu badan 

Semua orang tahu faedah penyusuan susu badan hingga ramai yang berkumpul untuk mempromosikan kebaikannya. Walaupun ramai ibu tak menghadapi masalah memberi susu badan, ada juga yang tak begitu bernasib baik.

Setiap hari ibu dengan bekalan susu yang rendah akan melakukan apa sahaja untuk menghasilkan susu yang mencukupi. 

Tak dapat dinafikan, tekanan yang dihadapi untuk memberi susu badan secara eksklusif amat tinggi sekarang berbanding dulu.

Inilah tanggapan yang ingin dibanteras oleh yayasan Fed is Best.

Menurut mereka, penyusuan susu badan yang tak mencukupi adalah punca gula dalam darah yang rendah, penyakit kuning, dan dehidrasi, yang boleh menyebabkan kecederaan otak. 

(Fed is Best bukan anti susu badan. Organisasi ini menentang perbuatan mendesak dan memaksa ibu untuk menyusu, terutama bagi mereka yang tak berupaya untuk berbuat demikian.)

“Menyusu badan secara eksklusif bukan bermaksud bayi itu cukup minum ataupun tidak”

Bayi Boleh Kebuluran & Kena Penyakit Kuning Jika Ibu Didesak Beri Susu Badan Secara Eksklusif?

Sumber gambar: Dreamstime

Payudara adalah untuk memberi makanan terbaik kepada bayi.

“Tapi, ramai orang lupa sebab asas mengapa bayi perlu makan,” kata Dr. Christie del Castillo-Hegyi, pengasas Fed is Best memberitahu Forbes. 

Promosi penyusuan susu badan sebagai makanan terbaik untuk bayi mengabaikan satu perkara penting: pastikan bayi diberi makanan yang secukupnya.

Pengalaman yang mengerikan

Sebenarnya Del Castillo-Hegyi bercakap dari pengalaman. Di laman web Fed is Best, dia berkongsi kisahnya dalam sebuah surat terbuka kepada doktor dan ibu bapa. 

Anaknya lahir selepas kehamilan yang sihat dan kelahiran yang normal. Kemudian, dia memberi susu badan serta-merta selepas bersalin.

Semuanya okay : dia ada latch yang bagus, dan dia menyusu selama 20-30 minit setiap 3 jam seperti yang disarankan dalam buku panduan penyusuan susu badan. 

Dia juga telah diperiksa oleh ahli pediatrik dan pakar laktasi. Tapi sesuatu terjadi!

“Setelah kami pulang ke rumah, anak saya mula merengek dan saya telah memberi dia susu badan semalaman. Dia akan menangis walaupun sudah menyusu dan dia akan melekap saja setiap kali dia menyusu semula. Dia tidak tidur hingga keesokan harinya. Dia berhenti menangis. Kami bawanya  berjumpa pakar kanak-kanak pada akhir hari ke-3. Walaupun anak saya telah menghasilkan jumlah lampin basah dan kotor yang sepatutnya, dia kehilangan berat sebanyak 600gm, iaitu kira-kira 15% berat badan kelahirannya!”

Kenapa jadi begitu?

Rupa-rupanya – dia tak dapat susu badan langsung!

Pakar kanak-kanak beri 2 pilihan: beri susu formula atau tunggu hingga susu saya masuk pada hari ke-4 ataupun 5.

Tapi, sebab saya nak sangat memberi susu badan, kami tolak susu formula. Esok saya melawat seorang lagi pakar laktasi.

Pakar laktasi itu telah menimbang pemakanannya dan mendapati anak saya langsung tak mendapat susu.

Bayi Boleh Kebuluran & Kena Penyakit Kuning Jika Ibu Didesak Beri Susu Badan Secara Eksklusif?

Mula-mula saya tak percaya! Takkan selama 4 hari saya menyusu badan sebelum ini, susu tak keluar?

Tapi betul! Bila saya pam dengan tangan dan pam payudara, payudara saya tak keluar susu!

Sakit hati memikirkan anak kebuluran selama 4 hari walaupun telah menyusu mengikut apa yang disarankan dalam buku panduan menyusu. Selepas kami memberi susu formula, dia akhirnya tertidur. 

Tiga jam kemudian, dia tak beri respon. Kami cuba memasukkan susu ke dalam mulutnya, dan dia terbangun. Tapi, dia terkena sawan!

Kami bergegas ke bilik kecemasan.

Kesan yang tak dijangka!

Di hospital, doktor mendapati bayi tersebut ada tahap glukosa rendah, dehidrasi dan penyakit kuning yang teruk. 

Selepas dia dirawat, del Castillo-Hegyi diberitahu anaknya akan pulih sepenuhnya. Tapi beliau tahu sel-sel otak boleh mati dengan cepat akibat hypoglycemia dan dehidrasi teruk.

Sekarang anaknya berumur 6 tahun, namun didiagnosis dengan: spektrum autisme, ADHD, gangguan deria, IQ rendah, gangguan kemahiran motor dan sawan yang berkaitan dengan kecederaan pada otak.“

Stories Rakan Kongsi
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Eratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Si Manja Menerusi Pencarian Friso Gold DadMombassador 2022
Eratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Si Manja Menerusi Pencarian Friso Gold DadMombassador 2022
Ingin Bantu Menyokong Proses Pembelajaran & Ingatan Anak? Ini Rupanya Cara Mudah Ibu Boleh Cuba!
Ingin Bantu Menyokong Proses Pembelajaran & Ingatan Anak? Ini Rupanya Cara Mudah Ibu Boleh Cuba!

Kes ini mungkin jarang berlaku. Kajian yang dijalankan keatas 280 ibu yang bertujuan untuk mengkaji penyusuan susu badan secara eksklusif, mendapati 22% daripada ibu mengalami permulaan beri susu badan yang lambat.

1 dalam 5 bayi baru lahir berisiko mengalami komplikasi kelaparan

Bayi Boleh Kebuluran & Kena Penyakit Kuning Jika Ibu Didesak Beri Susu Badan Secara Eksklusif?

Fed is Best mencadangkan pemantauan bayi baru lahir yang diberi susu ibu secara eksklusif ditingkatkan dan pemberian susu tambahan seperti susu formula supaya bayi itu tidak kebuluran.

Langkah-langkah pencegahan yang dicadangkan:

  1. Mengajar para ibu untuk mengepam susu mereka untuk memastikan mereka menghasilkan susu yang cukup.
  2. Memantau berat badan bayi baru lahir yang menyusu secara eksklusif dua kali sehari sehingga melihat peningkatan.
  3. Pemeriksaan berat badan sebelum dan selepas penyusuan serta selepas lactogenesis II (peringkat di mana pengeluaran susu berlaku, antara 32 dan 96 jam selepas melahirkan)
  4. Pemeriksaan bilirubin dan glukosa yang kerap
  5. Mendidik ibu-ibu tentang risiko dehidrasi, jaundis, dan hypoglycemia apabila bayi tidak mendapat susu ibu yang mencukupi.
  6. Mendidik ibu-ibu bahawa penggunaan susu tambahan seperti susu formula bukan sesuatu yang memalukan.

Mari sama-sama kita elak daripada kejadian ini berulang, ya! 

Baca juga:

Ibu Ini Masih Menyusu Badan Anaknya Berumur 6 Tahun – Dia Ada Alasannya!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Penyusuan & Pemakanan
  • /
  • Bayi Boleh Kebuluran & Kena Penyakit Kuning Jika Ibu Didesak Beri Susu Badan Secara Eksklusif?
Kongsikan:
  • Ibu Yang Sedang Beri Susu Badan Perlu Sokongan "Satu Kampung"!

    Ibu Yang Sedang Beri Susu Badan Perlu Sokongan "Satu Kampung"!

  • Asas Beri Susu Badan Yang Penting Untuk Ibu Baru Menyusu

    Asas Beri Susu Badan Yang Penting Untuk Ibu Baru Menyusu

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Ibu Yang Sedang Beri Susu Badan Perlu Sokongan "Satu Kampung"!

    Ibu Yang Sedang Beri Susu Badan Perlu Sokongan "Satu Kampung"!

  • Asas Beri Susu Badan Yang Penting Untuk Ibu Baru Menyusu

    Asas Beri Susu Badan Yang Penting Untuk Ibu Baru Menyusu

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.