Khasiat Bunga Betik Untuk Kesihatan Anda, Ia Mampu Mencegah Diabetes & Turunkan Kadar Kolesterol

undefined

Beberapa khasiat bunga betik yang anda mungkin tak tahu sebelum ini malah ia sangat bagus untuk manfaat kesihatan dalaman dan luaran. Anda patut cuba!

Ada nak tahu tak, rupa-rupanya ada banyak khasiat bunga betik yang cukup terkenal kepada masyarakat di Malaysia.

Walaupun ia mempunyai rasa pahit namun khasiat bunga betik ini memiliki beberapa nutrisi penting seperti protein, lemak, karbohidrat, kalsium, fosfor, zat besi, vitamin dan banyak lagi.

10 Khasiat bunga betik untuk kesihatan anda

Ada beberapa manfaat yang dimaksudkan di sini iaitu seperti berikut:

#1. Melancarkan sistem pencernaan

khasiat bunga betik

Tanin yang terkandung dalam bunga betik dapat membantu organ pencernaan dalam menjalankan fungsinya secara optimal.

Kandungan inilah yang membuatkan bunga ini bermanfaat untuk melancarkan sistem pencernaan.

#2. Meningkatkan nafsu makan

Apabila anak mengalami kurang nafsu makan, tidak ada salahnya untuk memanfaatkan bunga ini sebagai ubat bagi mengembalikan nafsu makannya yang hilang. Cara ini telah banyak digunakan di beberapa negara di Asia termasuklah Indonesia dan Malaysia. 

#3. Menghilangkan radikal bebas

Bunga betik mengandungi berbagai unsur antioksidan yang memberi manfaat bagi mencegah kemasukan radikal bebas ke dalam badan.

Seperti yang diketahui, radikal bebas ini menyebabkan berbagai penyakit kronik dan penyakit degeratif seperti serangan jantung, alzheimer, strok dan kanser.

#4. Melancarkan peredaran darah

Khasiat Bunga Betik Untuk Kesihatan Anda, Ia Mampu Mencegah Diabetes & Turunkan Kadar Kolesterol

Jika anda memiliki tekanan darah tinggi, maka anda amat disarankan untuk mengambil bunga ini secara teratur kerana ia boleh jadi salah satu alternatif untuk tujuan perubatan.

Zat yang terkandung dalam bunga betik ini sangat berguna untuk mengatur peredarah darah dalam tubuh dan membantu tekanan darah ke paras normal.

#5. Mencegah kanser

Senyawa flavonoid dan antioksidan yang terkandung di dalamnya dapat berfungsi untuk mencegah radikal bebas ke dalam tubuh yang menjadi penyebab kanser.

Fungsi flavonoid ini adalah untuk menjaga stabiliti sistem kekebalan tubuh anda.

#6. Mengubat sakit diabetes

Khasiat Bunga Betik Untuk Kesihatan Anda, Ia Mampu Mencegah Diabetes & Turunkan Kadar Kolesterol

Bunga betik dipercayai membantu menurunkan kadar insulin dalam tubuh yang disebabkan oleh diabetes.

Meskipun itu, belum ada penelitian yang ilmiah bagi menunjukkan bukti bahawa bunga betik ini dapat menyembuhkan kencing manis.

Namun pada zaman dahulu, ramai yang menggunakannya bagi mengawal kadar gula dalam tubuh mereka.

Dipetik dari Dr Health Benefits, Dr Shika Sharma seorang doktor bersetuju dengan kenyataan ini. Dia mengungkap bahawa bunga betik ini memang mengandungi banyak vitamin dan elemen yang berfungsi untuk sembuhkan beberapa penyakit seperti diabetes.

#7 Menurunkan berat badan

Bunga ini turut mengandungi serat, Vitamin A, B dan C yang memadai meskipun tidak banyak seperti mana buahnya.

Dengan berbagai kandungan ini, bunga betik memiliki manfaat untuk menurunkan dan mengawal berat badan.

#8. Menurunkan kadar kolesterol

Kandungan folat dan antioksidan di dalam bunga ini dapat digunakan sebagai ubat bagi menurunkan kadar kolesterol.

Jika anda mengambil bunga ini, kandungan folat dan antioksidan di dalamnya sangat bermanfaat untuk melawan kolesterol jahat.

#9. Mencegah penyakit strok

Khasiat bunga betik ini juga dipercayai mengandungi nutrisi yang baik bagi mencegah penyumbatan pembuluh darah akibat saluran darah yang buruk. Hingga boleh mengakibatkan pembuluh darah tersumbat dapat dihindari.

#10. Mencegah sakit jantung

Selain itu, manfaat kesihatan bunga betik juga adalah dapat membantu jantung agar sentiasa sihat dan jauh daripada serangan jantung.

Sumber : Penulis asal Fadhila Auliya Widia Putri. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Indonesia untuk diterjemah. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comkhasiat-buah-betik-untuk-ibu-mengandung

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!