4 Makanan Terbaik Untuk Otak, Boleh Beri Anak Makan!

undefined

Khasiat makanan sangat pelbagai dan semestinya ibu-ibu gemarkan makanan yang khasiatnya baik untuk otak anak. Banyakkan membaca pasti temui jawapannya.

Khasiat makanan sangat pelbagai dan semestinya ibu-ibu gemarkan makanan yang khasiatnya baik untuk otak anak.

Siapa saja yang tidak mahu berikan makanan yang terbaik dan berkhasiat untuk otak anak mereka kan?  Pelbagai usaha dilakukan bagi memberikan yang terbaik untuk anak.

Jadi, makanan adalah salah satunya yang mempengaruhi perkembangan otak anak. Ibu ayah di luar sana bolehlah buat homework makanan apakah yang baik untuk otak anak mereka.

Khasiat makanan ini bantu cerdaskan otak anak

Menurut portal neuroversiti, terdapat beberapa makanan di sekeliling kita yang sebenarya berupaya membuatkan sesiapa saja yang memakannya menjadi cerdas dan bijak!

Jadi bolehlah ibu bapa cuba berikan makanan ini kepada anak mereka jika mahu anak itu menjadi bijak dan cerdik kerana ia sangat baik untuk perkembangan otak.

Antara makanannya termasuklah:

#1. Bendi

Khasiat makanan

Bendi walaupun kecil, besar pada manfaat dan khasiatnya. Biji bendi contohnya ada anti oksida catechin, epicatechin, procyanidin. Walaupun kecil bijinya juga ada vitamin B1 dan B2, quercetin.

Lebih menarik tentang bendi ini, kajian dapati bendi adalah:

  1. Anti diabetic – fiber dari bendi perlahankan kemasukan gula dalam darah.
  2. Anti kolesterol – pectin di dalam bendi bantu rendahkan kolesterol sebanyak 10% berdasarkan kajian.
  3. Penjaga neuron atau sel otak – catechin bertindak menghalang sel otak dari mati.
  4. Tingkatkan kapasiti otak – epicatechin di dalam bendi hidupkan sel otak atau neurogenesis terutamanya bahagian otak yang libatkan belajar dan memori.
  5. Anti nyanyuk atau Alzheimer – quercetin dan procyanidin di dalam bendi punyai kapasiti halang penyakit berkaitan neurodegenerative seperti alzheimer dan dementia. Ia juga bertindak sebagai neuroprotection atau penjaga kepada sel otak.

Tidak hairanlah atlet negara China jadikan bendi sebagai sajian utama sewaktu Sukan Olimpik Beijing.

#2. Kunyit

Kunyit ini merupakan makanan luar biasa hebat yang ramai tidak tahu. Tak hairanlah kunyit banyak digunakan dalam resipi orang tua.

Banyak khasiatnya. Antaranya:

  1. Penghalang racun arsenik – Arsenik adalah racun berbahaya kepada kesihatan manusia. Bahaya arsenik ini hingga boleh rosakkan DNA.
  2. Anti kanser – Di dalam Journal Alternative Therapies in Health and Medicine, dilaporkan curcumin dalam kunyit bantu halang perkembangan sel kanser. Lebih menarik lagi apabila dicampur dengan piperine (bahan yang sebabkan rasa pedas pada lada hitam) ia kecutkan stem sel kanser payudara.
  3. Anti tumor – Kunyit juga melemahkan sel kanser, curcumin dari kunyit juga halang pembuluh darah dari membentuk tumor.
  4. Penghalang otak rosak – Curcuminoid dari kunyit dapat neutralkan radikal bebas dan halang kerosakan kepada sel otak. Bukan itu sahaja ia juga bertindak sebagai penjaga kepada sel otak. Dikenali sebagai agen neuroprotective.
  5. Glowing skin – Bukan sekadar cepat sembuhkan luka tetapi apabila dicampur yogurt, dan madu ia jadi masker semulajadi yang hebat. Melembut dan meremajakan kulit.
  6. Fat burner – Kalau bercita mahu kurus, ambillah kunyit. Kunyit halang pembentukan lemak. Menarik lagi, kunyit ada kuasa thermogenic – bakar lemak.

#3. Dark chocolate

Khasiat makanan

Ini adalah coklat yang bagus untuk otak. Cuma hati-hati dalam memilih. Pilih yang kandungan dark coklatnya 70% ke atas. Kalau kurang dari 70%, maksudnya coklat itu lebih banyak gula!

Antara kebaikan dark chocolate adalah:

  1. Mengandungi Theobromine – Bagus untuk meningkatkan kepantasan berfikir. Menambah tenaga otak.
  2. Ada Anandamide – Dikenali sebagai ‘feel good chemical’. Kesannya sama macam mengambil ganja. Bezanya, ganja menyebabkan otak tidak aktif.
  3. Tiada kafein – Bagus untuk fokus dan siap siaga. Kekadang kita terlalu asyik melakukan sesuatu hingga terlepas masa.

Jadi apa tunggu lagi, inilah masanya untuk dapatkan Dark Chocolate.

#4. Keledek ungu

Khasiat makanan

Keledek adalah makanan berserat tinggi.

Menurut kajian di Journal of American College of Nutrition pengambilan makanan tinggi fiber seperti keledek bantu lambatkan proses penuaan.

Rahsia awet muda! Ada lagi kebaikan keledek? Ada.

  1. Anti oksida – Anti oksida tinggi. Juga anti radang. Bagus untuk OTAK. Bagus untuk usus
  2. Vitamin A – Saiz sederhana besar bekalkan 400% vitamin A. Vitamin A perlu untuk kulit dan mata. Zaman ber’smart phone’ penting ambil vitamin ini. Supaya mata tajam menikam walau dalam kelam. Pandangan tidak suram.
  3. Turunkan uric acid – Dalam kajian yang dimuat di Journal Food Functional 2015, keledek ungu turunkan uric asid sebanyak 30%.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: neuroversiti

Baca juga:

Makanan Punca Kanser Yang Kita Makan Setiap Hari – Jom Kurangkan!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!