Penting Ambil Tahu Jenis Krim Yang Disapu Pada Kulit Anak, Jangan Pakai Sapu Saja
Memang biasa terjadi kulit anak kecil sensitif dan gatal-gatal. Tetapi jika mahu sapu krim, pastikan anda dapatkan nasihat doktor dulu.
Kulit anak gatal, anda sapu krim, tapi bila ditanya tak tahu krim apa. “Ada orang suruh cuba, saya pun cuba”. Begitulah jawapan yang sering diterima daripada ibu bapa bila ditanya krim apa yang disapu pada kulit anak.
Mereka mungkin terlalu percaya yang ia sesuai untuk kulit orang lain, tetapi ada kemungkinan besar tidak sesuai dengan kulit anak mereka. Dah tak pasal-pasal jadi lebih teruk kulit anak.
Tahukah anda pelbagai jenis krim di pasaran dikhaskan untuk sesetengah penyakit dan sekiranya berlaku kegatalan atau iritasi pada kulit, adalah lebih baik anda dapatkan nasihat doktor dan elakkan membeli terus di farmasi tanpa dapatkan nasihat doktor.
Kulit anak bukan bahan eksperimen, anda wajib tahu jenis krim yang disapu
Menurut Dr Khairiul Faizie, ubat krim yang biasa dapat jika pergi mendapatkan rawatan doktor ada kegunaan khasnya bagi setiap jangkitan yang berlaku.
Katanya, jangan sewenang-wenangnya pergi beli di farmasi sebarang jenis krim tanpa dapatkan nasihat doktor dulu. Anda wajib tahu apa yang anda sapu pada kulit anda atau anak sekalipun.
6 jenis krim
#1. Steroid cream
Secara umum nya digunakan utk merawat keradangan ( inflammation) pada kulit. Contoh paling tipikal utk merawat eczema.
Bagaimana nak tahu steroid cream? Perhatikan nama saintifik cream itu ( bukan brand name). Nama saintifik nya berakhir dengan ” SONE”. Contoh:
– Hydrocortisone – Clobetasone – Mometasone – Fluticasone – Betamethasone.
Krim steroid ada kelasnya dari yang paling power kepada yang paling kurang power. Tidak boleh sebarang sapu saja tanpa tahu kelasnya kerana ada yang kadar potency tinggi dan tidak sesuai di sapu di kawasan sensitif seperti kulit mula kerana kawasan itu akan menipis dan terdapat komplikasi.
Kesan jika gunakan krim steroid terlalu lalu akan membuatkan kulit menipis, hilang pigmen, kulit akan menjadi alah pada krim yang disapu, meninggikan risiko jangkitan.
#2. Anti fungal cream
Digunakan untuk merawat jangkitan fungus ( kulat). Jangkitan kulat ni org Melayu panggil kurap / kulat air. Panau itu pun sebenarnya ialah jangkitan kulat.
Bagaimana nak kenal anti fungal cream? Perhatikan nama saintifik cream itu, berakhir dengan “ZOLE”. Contoh: – Miconazole – Clotrimazole – Econazole – Ketoconazole – Fluconazole
Ada lagi satu jenis anti fungal krim yg nama saintifiknya Terbinafine ( brand name Lamisil).
#3. Antibiotic cream
Digunakan untuk merawat jangkitan bakteria pada kulit. Ada pelbagai jenis jangkitan bakteria, dan pelbagai rupanya. Bagaimana nak kenal antibiotic krim? Perhatikan nama saintifik cream itu, kebanyakkan nya berakhir dengan ” IN” Contohnya:
– Gentamicin – Fucidin – Neomycin – Mupirocin
#4. Combination of cream
Krim dalam jenis keempat ini, ialah kombinasi antara 3 jenis krim di atas. Contoh kombinasi yg biasa kita jumpa:
– Steroid cream + antibiotic cream
– Antifungal cream + steroid cream.
Bila kita perlu guna krim 2 in 1 ini? Atau kadang kala , ada yg 3 in 1 ( kombinasi antibiotic + steroid + anti fungal)
Bila ada komplikasi dari jangkitan asal. Contohnya kita kena kurap ( fungal infection). Kita garu dan garu, punya syiok garu sampai luka kulit. Kuku kita bukan sterile, bawah kuku banyak bakteria. Lepas seminggu kurap kita luka, kurap kita dapat jangkitan bakteria. So dlm kes ini kita guna krim anti fungal + antibiotic /steroid.
Ataupun kita ada eczema yg kronik. Garu punya garu sampai luka, lepas tu infected. Jadi kena sapu krim steroid + antibiotic.
#5. Anti viral cream
Krim jenis ini utk jangkitan virus. Paling mudah nak faham, kalau kena chicken pox atau kayap. Kedua dua penyakit ni disebabkan jangkitan virus. Selain kena ambik ubat oral, sapuan krim anti virus pun perlu.
#6. Moisturising cream
Krim ini sangat sangat penting. Walaupun ia hanyalah krim pelembab, namun ia memainkan peranan penting dalam rawatan. Contoh paling klasik ialah pesakit chronic eczema.
Kulit pesakit eczema akan kering. Kering sebab cycle penyakit itu sendiri, kering sebab kesan sapu ubat steroid. Kulit yg kering akan menjadi gatal. Jadinya, perlu sapu krim pelembab setiap hari.
Krim pelembab boleh di sapu setiap hari utk tempoh yang lama. Disarankan utk mereka yg ada eczema, sapulah krim pelembab setiap malam sebelum tidur..
Untuk kulit yg super sensitive juga, disarankan untuk jangan lap badan terlalu kuat dengan tuala. Tinggalkan sikit basah-basah atau kelembapan pada kawasan kulit terlibat, dan lepas tu sapu krim pelembab uuntukmaintain kelembapan di kawasan itu
‘Krim’ ada pelbagai peringkat
Katanya, memang kita biasanya panggil ‘krim’ untuk semua jenis sapuan. Krim ini sebenarnya disediakan oleh syarikat ubat dalam beberapa persediaan atau preparation. Memang kita biasa panggil krim, tetapi ada beberapa ‘persediaan’ krim yang perlu kita tahu. Ia termasuklah:
#1. Ointment
Ia adalah berasaskan minyak. Disebakan asasnya minyak, maka ia melekat lebih lama pada kulit dak lebih kuat kesannya pada kulit (more potent). Kita gunakan ‘krim’ jenis oinment pada kawasan kulit yang sudah menebal dan kasar kerana kesan garu atau gesel.
#2. Cream
Ini adalah berasaskan air. Ia kurang potent berbanding ointment. Krim jenis ini biasanya kita letak di kawasan yang jarang bergesel atau kawasan kulit sensitif seperti kulit muka.
#3. Lotion / gel
Kita sapu krim asas lotion/gel ini pada kawasan yang berbulu, juga kawasan pelipat seperti di ketika, celah kelangkang, kawasan anus ke kemaluan atau bawah lipatan payudara.
Jadi apabila anda terima ‘krim’, pastikan tengok adalah ia cream, ointment atau lotion?
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Perlukah Kita Memakai Krim Pelindung Matahari Di Dalam Rumah Atau Kereta?
Baca juga: Kulit Bayi Sensitif Cenderung Alami Ruam & Ekzema, Ini 7 Jenis Krim Berkesan Merawatnya
Baca juga: Ibu ini sembuhkan ekzema pada bayinya dengan krim semulajadi yang berkesan!