Kurangkan berat badan tanpa ke gym?
Berat badan selepas melahirkan seringkali menjadi topik perbincangan ibu-ibu baru atau lama. Tidak kurang yang mencadangkan untuk ke gym dan mendapatkan nasihat pakar. Mari membaca tip-tip mengurangkan berat badan selepas kehamilan tanpa perlu pergi ke gym.
Kurangkan berat badan tanpa ke gym
Boleh ke kurangkan berat badan tanpa ke gym selepas bersalin?
Saya tiada peralatan senaman di rumah, boleh kurangkan berat badan?
Bayi masih kecil, tak boleh bergerak bebas sangat, masih boleh kurangkan berat?
Boleh, boleh dan boleh!
Tidak perlu peralatan senaman canggih dan ada masanya tidak perlu tinggalkan rumah pun. Lebih-lebih lagi, ibu-ibu hanya dibenarkan untuk melakukan senaman yang lebih serius 6 minggu selepas bersalin, dan lebih lagi bagi yang melahirkan melalui C-section. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah kerja rumah seperti biasa dan layan bayi anda sebaiknya. Tidak ada senaman yang lebih efektif untuk menurunkan berat badan selain melakukan kerja-kerja rumah.
BERKAIT : Adakah berat badan anak saya berlebihan?
Kami bawakan beberapa aktiviti beserta jumlah kalori yang dapat dibakar dalam melakukan aktiviti tersebut. Pakar pemakanan ada menyebut bahawa kita perlu perhatikan perbezaan dalam pengambilan dan pembakaran kalori, biasanya antara 500-700 kalori. Jika kita mengambil 1,500 kalori, anda perlu membakar antara 2000-2200 untuk mengurangkan berat badan.
Bangun dan bergerak
Berjalan sebenarnya merupakan senaman yang terbaik untuk mengurangkan berat badan. Berjalanlah sambil menolak bayi anda dalam stroller di sekitar kawasan perumahan atau di taman-taman. Jika anda menolak stroller sejauh 1.5 – 3.5km dalam masa 30 minit, anda membakar 150 kcal. Jumlah sama dibakar jika anda bergerak turun naik tangga rumah anda selama 15 minit. Turun naik tangga juga merupakan satu senaman kardiovaskular, sama seperti anda menggunakan stepper di gym. 30 minit turun naik tangga membakar 285 – 300 kcal, sama seperti 19.5 minit anda melakukan lompat tali.
Susukan bayi anda
Menyusukan bayi sebenarnya memerlukan 500 kalori sehari, tetapi memandangkan penyusuan bayi membakar sejumlah 600 hingga 800 kalori sehari, walaupun anda hanya duduk dengan selesa sambil menyusukan, anda masih boleh mengurangkan berat badan. Sesetengah wanita berjaya menghilangkan berat badan tambahan hanya dengan menyusukan bayi.
Seperkara yang perlu diingatkan, sekiranya tidak lagi menyusukan atau bayi mula mengambil makanan tambahan, keperluan kalori semasa menyusu akan menurun dan ini perlu distabilkan dengan perancangan pengambilan makanan dan rutin senaman lain.
BERKAIT : Kurangkan berat badan menerusi menyusukan anak
Mengurus rumah
Mengemas dan membersihkan bukan sahaja dapat membantu menguruskan rumah tetapi juga menawarkan kepuasan mental. Berikut adalah beberapa kerja rumah dan jumlah kalori yang mampu dibakar dalam masa 30 minit yang telah dibuktikan:
Mencuci pinggan
Jika anda mencuci pinggan dengan tangan, anda membakar 160 kcal, berbanding 105 kcal mengisi mesin mencuci pinggan. Jumlah ini sama seperti melakukan regangan ringan selama 30 minit.
Membersih tingkap
Bergantung kepada keluasan tingkap dan jenis tingkap, anda dapat membakar 125 kcal setiap sesi. Jika anda menggunakan baldi, letakkannya jauh sedikit daripada anda supaya anda perlu berjalan mendapatkannya. Jumlah ini sama seperti anda melakukan 20 minit power yoga.
Membersih habuk sekitar rumah
Anda dapat membakar sejumlah 50 kcal, sama seperti melakukan 10 minit tarian salsa. Aktiviti ini bermanfaat sama seperti anda melakukan regangan otot-otot terutama jika anda perlu mencapai tempat tinggi.
Menggosok baju
Aktiviti ini dapat membentuk otot pada bahagian tangan dan bahagian atas badan. Anda membakar 70 kcal, sama seperti anda lakukan 11 minit aerobik. Pastikan anda berdiri tegak dan cuba untuk sentiasa bertukar tangan.
Memasak
Aktiviti ketika memasak seperti memotong bahan, membasuh dan mengangkat pinggan mangkuk dapat membakar kalori sebanyak 80 kcal, sama seperti anda bermain tenis selama 9 minit.
Mengemas barang-barang dapur
Mengemas barang-barang dapur yang baru dibeli atau yang sedia ada dapat membakar sejumlah 110 kcal. Ini sama seperti anda bermain badminton selama 18 minit.
Mengemas katil
Menukar alas tilam dan sarung bantal juga memerlukan tenaga dan mampu membakar sejumlah 130 kcal, sama seperti anda berlari-lari anak selama 12-15 minit.
BERKAIT : Hilangkan berat badan yang tercapai semasa hamil
Menghias rumah
Jika anda merasakan perlu, menghias rumah seperti mengganti langsir dapat membakar sejumlah 160 kcal, sama seperti anda berjalan selama 25 minit.
Mop lantai, menyental lantai dan memvakum
Aktiviti mop lantai dan menyental lantai, masing-masing dapat membakar sejumlah 132 kcal dan 163 kcal. Memvakum pula dapat membakar sejumlah 90-150 kcal, sama seperti anda melakukan 15 minit kick-boxing. Namun aktiviti-aktiviti ini mungkin agak berat bagi ibu-ibu selepas bersalin.
Bagaimanakah anda mengurangkan berat badan anda?
Kongsikan di ruangan komen di bawah. 🙂
Jangan lupa ‘Like’ lelaman Facebook kami!
Rujukan:
Loose the baby fat
Losing Baby Weight: Health and Fitness For New Moms
Exercising through household chores
Calories burnt doing household chores
How household chores keep you in shape