Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?

undefined

Lampin anak jenis seluar amat sesuai bagi anak yang sedang membesar dan aktif. Namun bilakah waktu terbaik untuk ibu memperkenalkannya?

Setiap ibu ayah pasti inginkan yang terbaik buat si manja. Peningkatan usia mereka begitu cepat membuatkan anda perlu sentiasa bersedia dengan pelbagai perubahan baharu memandangkan anak memasuki fasa aktif. Pemilihan jenis lampin anak menjadi keutamaan bagi membolehkan si manja bebas bergerak dan bertumbuh tanpa sebarang halangan.

Melihat sahaja anak yang kini sedang membesar, membuatkan hati ibu ayah berasa gembira. Dari meniarap, merangkak dan berjalan semuanya memerlukan sokongan sepenuhnya dari anda. 

Pemilihan lampin jenis seluar amat sesuai bagi membolehkan si manja melalui kehidupan sehariannya dengan ceria kerana penggunaannya yang begitu mudah dan pantas, hanya sarungkan sahaja seperti memakai seluar.Ia sekali gus membolehkan anak kekal berasa selesa, memudahkan pergerakan dan aktivitinya tidak terganggu.

Memandangkan terdapat banyak pilihan lampin yang dijual di pasaraya, kami mencadangkan untuk ibu ayah pertimbangkan beberapa aspek penting bagi mendapatkan lampin jenis seluar yang terbaik. Antaranya ialah menyemak jenis material yang digunakan, saiz lampin sesuai dengan berat dan usia si manja serta tahap daya serapan dan fungsi bertambahan untuk keselesaan anak.

4 Tanda-Tanda Yang Menunjukkan Anak Sudah Pun Bersedia Untuk Cuba Lampin Anak Jenis Seluar

Lampin anak

Tanda 1: Mereka semakin pantas 

Pergerakan anak yang semakin pantas memerlukan mereka menggunakan lampin jenis seluar. Ini kerana kebanyakan ibu mungkin berdepan kesukaran ketika tibanya waktu menukar lampin.

Sesetengah ibu juga mengakui bahawa mereka keletihan ketika berdepan ‘drama’ kejar-mengejar, anak menangis enggan memakai lampin dan perlu memujuk si manja terlebih dahulu bagi memastikan lampin dilekatkan dengan baik.

Kini dengan adanya lampin jenis seluar, ibu tidak lagi perlu mengharungi fasa penuh mencabar kerana anda hanya sarungkan terus kepada si manja.

Tanda 2: Tabiat tidur anak sudah berubah

Mana-mana anak yang sedang membesar akan memiliki banyak tenaga tidak kira siang ataupun malam. Ada sesetengah ibu terpaksa berjaga malam kerana si manja aktif bermain sehingga lewat malam.

Namun seiring peningkatan usia, si manja cenderung menghabiskan tenaga dengan pelbagai aktiviti pada waktu siang. Ibu ayah hendaklah memupuk tabiat tidur yang betul agar perkembangan fizikal dan mental mereka tidak terganggu.

Justeru, pemilihan lampin bagi kegunaan waktu malam adalah sangat penting supaya tidur si manja tidak terganggu. Kami menyarankan ibu ayah memilih lampin seluar kerana daya serapannya yang tinggi, nanti tidaklah berlaku kebocoran dan anda perlu menukarnya dengan kerap.

Tanda 3 # Mereka lebih mengenali tubuh sendiri

Bayi yang baru dilahirkan beberapa bulan akan mula menunjukkan perkembangan fizikal yang melibatkan otot kecil dan keupayaan seluruh anggota badan. Di sini mereka mula akan menggunakan tangan untuk memegang, menyentuh atau merasa persekitaran mereka.

Malah, bayi yang semakin mengenali tubuh mereka juga akan mula menunjuk lagak untuk mencuba mengesot dan bergerak. Lagi-lagi apabila anda cuba tukar lampin mereka, mulalah mereka cuba bergerak-gerak pantas.

Jadi bagi memudahkan situasi, si manja boleh menggunakan lampin anak jenis seluar yang mana anda hanya perlu sarungkan sahaja pada mereka. Ini juga sekaligus membuatkan mereka selesa dan tenang dengan lebih pantas!

Tanda 4 # Mereka lebih terlibat dalam aktiviti 

Setiap perkara yang ada di sekeliling bayi, pasti si manja akan laju memberikan respon. Sebagai contoh, bunyi muzik di televisyen atau permainan membuatkannya menari, bertepuk tangan kerana berasa seronok dan gembira.

Bukan itu sahaja, jika bayi melihat anda sedang melipat pakaian, dia cenderung untuk menyentuh dan cuba menyelerakkan. Meskipun keadaan ini sukar bagi ibu-ibu, percayalah bahawa ia tidak akan lama.

Penjagaan emosi si manja sedikit sebanyak dipengaruhi oleh pemilihan lampin dalam seharian. Justeru dengan pertambahan usia ini, ibu perkenalkan kepada mereka lampin jenis seluar.

Tip Untuk Memilih Lampin Seluar Yang Terbaik Buat Si Manja

Lampin anak

Lampin menjadi satu keperluan bagi bayi dan kanak-kanak. Rata-rata ibu akan memilih lampin yang mudah digunakan serta praktikal untuk si manja ketika berada di dalam atau luar rumah.

Namun tidak semua lampin adalah sesuai untuk bayi anda. Ketika proses ‘try and error’, kami sarankan supaya anda mendapatkan pek percubaan atau membeli pek kecil terlebih dahulu agar nanti tidak membazir.

Ada beberapa panduan dalam memilih lampin terbaik buat si manja iaitu:

  • Pilih saiz dan jenis yang betul

Elakkan saiz lampin terlalu ketat atau longgar pada tubuh bayi anda. Pastikan memilih lampin mengikut saiz dan berat si manja. Kini ramai pengeluar lampin bayi mempunyai dua jenis lampin iaitu jenis berpelekat dan seluar, terdapat dalam pelbagai saiz seperti Newborn, saiz S sehingga XXL tetapi Newborn adalah untuk lampin jenis berpelekat sahaja.

Sekiranya si manja dalam fasa aktif, ibu ayah disarankan memilih jenis seluar bagi memudahkannya pertukaran lampin dan anak boleh bebas bergerak juga.

  • Daya penyerapan untuk kekeringan sepanjangan

Ia adalah ciri yang penting dalam memilih lampin untuk si kecil. Lampin yang terbaik memiliki lapisan cepat kering dan daya penyerapan yang tinggi bagi mengelakkan berlakunya kebocoran untuk penggunaan harian.

Biasanya si manja yang aktif meneroka dunia mungkin berdepan masalah kebocoran di celah paha dan menyebabkan seluarnya basah. Justeru ibu ayah hendaklah pastikan lampin memiliki lapisan yang mampu mengunci cecair secara efektif dan mempunyai perlindungan kebocoran agar kulit bayi kekal kering dan selesa.

  • Mudah untuk digunakan

Sesetengah ibu berdepan kesukaran ketika menukar lampin anak. Hal ini kerana si manja yang semakin aktif biasanya akan banyak menguji kesabaran ibu ayah. Jadi pertimbangkan untuk menggunakan lampin jenis seluar berkualiti bagi memudahkan kerja anda.

Sebahagian ibu bapa juga akan hadapi cabaran semasa membuka dan membuang lampin kerana mereka tidak pasti sama bagaimana untuk membuang lampin kotor tanpa mencemari anak atau persekitaran mereka. Pita pada lampin anak jenis seluar ini amat mudah untk digunakan dan memastikan pembuangan bersih dan bebas kotoran.

  • Diuji secara dermatologi dan bebas daripada alergen 

Kulit si manja sememangnya sangat sensitif. Antara tanda lampin yang digunakan tidak sesuai dengan kulit adalah munculnya ruam atau bintik-bintik merah, anak kerap ingin membuka lampin dan mengalami kegatalan tidak terhingga.

Keadaan ini terjadi apabila lampinnya mengandungi bahan yang berbahaya seperti alahan dan logam berat yang mengakibatkan kerengsaan kulit si kecil. 

Mujurlah bahawa Drypers Drypantz BAHARU memiliki kesemua ciri yang dinyatakan di atas dan direka khas untuk setiap peringkat tumbesaran bayi dengan ciri-ciri yang menjanjikan keserasian, kekeringan serta melindungi bayi dan alam persekitaran.

Drypers Drypantz boleh didapati dalam saiz S, M, L, XL dan XXL, maksudnya bayi anda boleh mula menggunakan lampin seluar yang mudah dan penuh fungsi ini dari 4kg!

Berikut adalah ciri-ciri istimewa Drypers Drypantz BAHARU

Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?

 

  • 6 AbsorbDRY Layers™: Daya penyerapan yang kuat supaya kulit bayi kekal kering sehingga 10 jam.
  • (BARU) Penunjuk Kebasahan: Masa untuk menukar lampin baru apabila penunjuk kuning bertukar menjadi biru. Ini membantu ibu bapa agar tidak lagi risau bila waktu tepat untuk menukar lampin. 
  • (BARU) Pro-Skin™ pH Balanced Layer: Melindungi bayi dari kerengsaan kulit dengan menyediakan permukaan yang kurang berasid, untuk kulit bayi yang lebih sihat.
  • (BARU) Eco Green: Drypers Drypantz adalah produk biobased yang diperakui USDA, ia mengandungi 28% bahan bio yang boleh diperbaharui, terbiodegradasi dan berasaskan tumbuhan. Paling penting, Drypers adalah jenama lampin bayi pertama di Asia yang diperakui oleh USDA!
  • Padanan khas pada bayi yang berbaring (LayDownFIT), merangkak (CrawlFIT™) atau yang aktif bergerak (MoveFIT) untuk mengelakkan kebocoran.
  • Pita Mudah Buang: Membolehkan pembuangan lampin semudah 1, 2, 3 – hanya perlu koyakkan sisi lampin, gulung dan lekat pita. 

Pelbagai ganjaran menanti anda di Drypers Baby Club!

Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?

 

Daftarkan diri sebagai ahli Drypers Baby Club hari ini untuk mendapatkan sampel percuma Drypers Drypantz BAHARU yang merupakan pemegang memenangi anugerah Lampin Seluar Bayi Terbaik buat si manja kesayangan anda yang makin aktif.

Selain itu, anda berpeluang mendapat petua keibubapaan yang bermanfaat dan pelbagai faedah lain yang menarik. Selamat menjalani perjalanan keibubapaan dengan Drypers Baby Club sekarang!

Untuk pembelian dalam talian, anda boleh layari VindaMall, Lazada atau Shopee untuk penghantaran depan pintu. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 3 kesalahan ibu bapa yang boleh menyebabkan ruam lampin pada bayi

Baca juga:  Cara Mencuci dan Menyimpan Baju Bayi Baru Lahir Buat Ibu Bapa Baru

Baca juga: Mencari Meja Tukar Lampin Untuk Bilik Nurseri Si Manja? Ini Meja Tukar Lampin Terbaik 2021

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!